Pages

Follow US

Our Video

Saturday, September 27, 2014

Dari dapur : Resipi apam paling sedap di dunia!!

Salam berhujung minggu semua, semalam saya saja lah up post kat fb tentang buatan apam sendiri. Baru pertama kali cuba tau dan hasilnya memang menjadi..soft..sedap..berlemak..sesuai untuk budak2 yang sukakan kelainan. Dan healthy jugak!

apam
Ini lah apam saya. Patutnya putih kan, tapi ini saya modify jadi apam manis


Lepas beberapa minit saya letak gambar ni di fb, ramai komen nak resipi. Tak sangka ramai suka ye. Dulu saya tak suka pun makan ni. Rasa macam masam-masam. Tapi sekarang ni suka sangat! Licin kalau emak buat.

Sebab ramai nak tahu buat resipi ni, saya akan share resipi turun temurun ni. Kalau apam gini, kena betul-betul pakar yang bagi resipi. Bagi saya ibu saya memang dah pakar sebab dia ada tips-tips ekslusif. Ok jom tengok resipi nya.

Sebelum tu, masing-masing kalau nak buat kena ada kuali apam tau. Kuali apam tu boleh beli kat mana-mana kedai perkakas india. Dekat kelang dan masjid india banyak. Kalau ada kuali lempeng atau apam balik pun boleh,cuma tak adalah jadi macam piring terbang tu kan. hehe. Nak cari kuali tu senang je. Bukan susah mana.

Resipi APAM

Bahan-bahan

4 cawan beras putih
setengah biji kelapa
1 mangkuk kecil nasi masak direndam dalam air
sedikit air
garam
soda bikarbonat

CARA-CARA

1. Rendam beras dalam air selama 9 jam. Kalau saya, saya akan rendam sebelum pergi kerja pagi tu. Lepas balik kerja baru akan sambung. so cun-cun 9 jam beras tu dah direndam. Beras tu bila da direndam akan jadi kembang sedikit. Lepas 9 jam, tos beras tersebut.

2. Ambil setengah biji kelapa yang diparut dan masukkan ke dalam beras tadi. Gaul rata sehingga bercampur semua.

3. Nasi yang di rendam tu pun boleh gaul sekali atau boleh masuk nanti semasa blend secara berselang-seli.

4. Blend beras+kelapa tersebut sehingga halus. Macam saya guna blender khas, memang soft. Kalau blender yang biasa tu, kena sabar sikit ye, Kena blend betul-betul bagi halus. Cuma tekstur kalau rasa kat jari macam ada kasar sikit sebab beras tersebut. Tapi kalau tengok dengan mata kasar dah jadi macam halus dah. Blend tu kena campur air tau. Jangan cair sangat , jangan pekat sangat. Kena macam pekat sikit ala-ala nak buat lempeng tu.

5. Dah blend semua, masukkan dalam bekas atau mangkuk besar ye. Pastikan ada ruang dalam 3/4 lagi sebab tepung ni akan menjadi tapai. Dia akan kembang, kalau letak bekas kecik ngam-ngam memang akan melimpah.


6. Lepas tu, biar selama 12 jam rendam tepung tu. Macam saya, jumaat malam blend, Sabtu pagi tu boleh buat dah. Hehe.

7. Lepas 12 jam tu, tengok tepung tersebut. Pastikan gaul sebati lagi sekali sampai smooth. Kemudian tambah garam 2 sudu kecil dalam tepung tu.

8. Boleh masak dah! Masa nak masak tu baru masukkan secubit atau 2 cubit soda bikarbonat. Selalunya, kalau sukatan yang saya bagi ni untuk satu famili 5 orang, boleh makan tiga kali. So kalau nak masak tu baru ambil sedikit yang nak masak je, Lepas tu baru campur soda bikarbonat. Yang tak nak masak tu boleh masuk bekas dan tutup rapat dan letak dalam peti sejuk. Bila-bila nak boleh buat ( selalu dalam masa seminggu)

MACAM MANA NAK BUAT??

1. Kalau anda nak apam ni cicah dengan kari ikan or udang ( favourite) , anda boleh buat kosong je. Tuang. Guna satu sudu senduk untuk satu apam. Kemudian pusing-pusing kuali tersebut supaya dapat jadi kerak kat tepi tu..buat cantik-cantik tau..lepas tu kalau nak letak telur, boleh pecahkan sebiji telur tengah-tengah tu. kacau telur tu sahja tau. Jangan usik tepung tu, kacau telur sikit supaya dia letak elok kat tengah-tengah apam tu. Dan tutup kuali. Api kena perlahan dan kena sabar menunggu. Sebab tak perlu terbalikkan apam ni. Lepas masak boleh angkat terus
guna senduk begini. satu apam satu senduk

2. Kalau nak apam manis, boleh campur telur dan gula perang sedikit. So boleh makan macam tu aje. Tak perlu kuah..

3. Kalau nak makan dengan santan, boleh letak santan dan gula kat dalam apam, rendam sekejap dan makan!

Tak tahu la korang faham ke tak. Kalau nak tanya soalan boleh pm saya. Heee....Hope faham la...hehe..selamat mencuba!!



Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Tuesday, September 23, 2014

DIY : HOME MADE FACIAL : MURAH! BERKESAN! TAHAN LAMA!

Aktiviti hujung minggu saya BERFACIAL. Actually bukan aktiviti hujung minggu sebab masa buat facial ni dah malam ahad dah. Esoknya kerja tapi saya gigih nak bereksperimen dengan full course facial. Hehe. gigih nak dapat muka yang super lembut. Kalau dulu saya buat masker vita C dan ESP shj, Kini saya ambil jalan panjang sikit sebab nak lawa kan...Muka ni sekali sekala kena belai. Baru best dan terpelihara.. :)

Saya ambil masa selama 30 minit untuk buat facial ini. Ringkas sahaja, cuma part tunggu masker jadi kering tu yang lama :).. Okay, jom tengok step2 facial home made saya :

scrub
2 biji alfalfa saya tumbuk kasar. Kalau dulu untuk masker saya tumbuk halus, kini saya tumbuk kasar pula sebab nak buat skrub

alfalfa shaklee
Nampak tu agak kasar-kasar sikit kan. Baru berfungsi sebagai skrub untuk menanggalkan kotoran dari dalam

Tambah gula. Gula ni patut kene tumbuk halus gak. Jangan kasar sangat sebab nanti calar kulit muka. Tak cantik nanti. 

masker
Collagen powder saya masuk kat bekas yang lain pula . Ini untuk bahan masker. Saya guna separuh peket jer, Baki saya simpan untuk minum

Masker
Tambah sikit ESP dalam collagen tadi

alfalfa
Ok jom mula, skrub campuran alfalfa dan gula di campur dengan gentle deep foaming cleanser or saya panggil pencuci muka nutriwhite. Campur, lepas tu skrub lah muka anda dengan gerakan memutar. Saya paling suka bab skrub ni, rasa memang smooth tau lepas basuh dengan air. Rasa macam breathable sebab kotoran2 semua keluar. Oh ye, skrub tu boleh campur air sikit ye.

cleanser
Kemudian, cuci muka dengan pencuuci nutriwhite . Cuci bersih-bersih. Kalau boleh dengan air suam la ye..hygenic.heee..

Collagen + ESP ni dah tambah air sikit. ni terlebih air so apply masker ni tak rasa tebal sangat tapi still rasa best . Lepas apply masker ni, tunggu dalam masa 15 minit baru boleh basuh 

toner nutriwhite
Selepas tu, lap muka bersih-bersih dengan tuala lembut. Kemudian apply Soothing Radiance Whitening Softener dengan kapas muka. Apply tipis kat muka. 

krim malam
Akhir sekali saya guna night cream nutriwhite. Kemudian, rilex dan tidur!

Senang kan step-step nak buat facial ni. Saya buat malam kerana lagi bagus buat facial malam. Ada cerita lanjut dalam entri krim malam

Outcome:

* Bangun pagi rasa moist
* Rasa nak pegang-pegang kulit muka sebab melantun
* Nampak agak cerah
* Kesan facial bertahan sehingga 2 hari lebih.

Kos facial ni tak sampai RM 15 pun. Heee....tapi high class punya facial tau. Bahan-bahan semua yang berkualiti dan bebas bahan kimia..

Ok! tidur jom!!!
zzzzzz





Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Sunday, September 21, 2014

Info lengkap : Nutrisi semasa hamil

Assalamualaikum semua,

Dah tengah-tengah malam baru boleh up entri hamil ini. Sebab dari pagi anak asyik melekat je. Memandangkan weekends, keutamaan diberikan pada mereka.

ibu mengandung

Lama dah nak cerita tentang nutrisi semasa hamil ini tapi asyik pending aje sebab memerlukan sedikit masa untuk menulis, mengkaji dan berkongsi apa yang saya rasakan. Kalau dah mengandung mesti macam-macam persediaan rapi yang kita buat. Dari isi buku merah sampailah ke barang bayi. Tahukah anda nutrisi semasa hamil sangatlah penting sebab nutrisi itu untuk 2 orang dan jik tidak mencukupi maka badan mungkin akan jadi lemah tak energetik dan bayi mungkin kurang sihat
pil kalsium untuk mengandung
Hamil bukanlah satu penyakit. Dan ia bukanlah alasan untuk para ibu untuk tidak bergerak secara biasa. Bukan ye, 9 bulan itu sepatutnya perlu berlalu biasa cuma ditambah dengan momen-momen indah semasa hamil. Mungkin juga ada yang lembik selama 9 bulan tersebut, tapi macam-macam pilihan kita ada untuk tidak menjadi lemah. Kecualilah sesuatu itu di luar kawalan kita kan?

Antara nutrisi-nutrisi penting semasa hamil :

PROTEIN

keperluan protein

Protein ialah unit asas yang membentuk sel. Bayangkan ye, bayi baru nak terbentuk, asid amino sangat penting untuk pembentukan sel-sel asas. Selain itu, saya pilih ESP sebagai protein utama kerana ia nya mempunyai asid amino perlu dan tak perlu, rendah kolestrol, dan yang paling penting beri tenaga yang maksimum terutama semasa melahirkan anak selepas 9 bulan.

VITAMIN C

vitamin c






Vitamin C sangat penting untuk sistem imun , pembinaan salur darah yang sihat dan juga kolagen untuk tulang rawan. Selain itu, vitamin C membantu mengekalkan seri wajah dan mengelakkan pigmentasi.

ZAT BESI

HB low
Zat besi adalah salah satu nutrien yang paling penting semasa hamil. Jikalau HB rendah dan kurang darah semestinya ramai yang memilih Vitalea kerana ianya merupakan multivitamin dan mempunyai zat besi. Anda perlu tahu jika darah kurang pekat boleh menyebabkan risiko gugur. Selain itu zat  besi sangat penting untuk membawa oksigen kepada otak.

ASID FOLIK
b compleks
Asid folik ni memang sangat penting dalam pembentukan saraf bayi dan mengelakkan kecacatan pada tiub neural. Untuk ibu mengandung, sebanyak 400-800mcg. Asid folik juga terkandung dalam B compleks yang juga meredakan stress.

KALSIUM
pil kalsium mengandung
Kalsium sangat lah penting kerana ia perlu untuk pembentukan tulang dan gigi. Kebanyakan kalsium akan diserap oleh bayi, jadi ibu hamil perlu mengambil susu atau pil kalsium semasa mengandung. Oh ye, lagi satu kalau saya telan ostematrix kan, memang akan kurang cramp atau kejang kaki saya semasa mengandung dulu. Antara pil yang saya tak pernah miss!
Daily intake  = 1000-1500mg untuk wanita hamil

MINYAK IKAN

EPA& DHA
EPA & DHA sangat penting untuk pembentukan otak dan mata janin. Dinasihatkan untuk mengambil minyak ikan yang berkualiti tinggi seperti omega guard untuk kesan yang lebih baik. Omega juga boleh diambil antara trimester kedua untuk mengelakkan darah cair yang boleh menyebabkan keguguran.


Pendek kata, tepuk dada tanya yang mana anda perlu utamakan. Saya akan share lebih details lagi insha Allah.

Bukan saya seorang yang cerita tentang kepentingan nutrisi semasa hamil ye. Dr pun ada menekankan kepentingan nutrisi semasa hamil. :)



Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Friday, September 19, 2014

KRIM MALAM MEMBAZIR?

Salam jumaat semua, apa khabar semua..rata-rata semua dah masuk tidur atau masih di depan tv sebab esok hari minggu. Enjoy bersama keluarga tercinta.

Alang-alang cerita pasal nak tidur, saya baru dapat baca tentang kepentingan memakai krim malam. Sebelum ini saya buat tak endah. Tapi lepas ni kena wajib pakai krim malam hari-hari untuk kulit muka yang lebih energetik dan cerah serta awet muda..;)

Kenapa?

Sewaktu malam, kulit akan berada dalam keadaan rehat dan pada masa inilah sel-sel kulit akan proses secara perlahan-lahan, lebih -lebih lagi ada kajian mengatakan krim malam mampu menjadikan kulit lebih muda dari biasa...

Ha, best? Jom apply krim malam anda. Saya pilih yang ini
krim malam

Bebas bahan kimia, bebas paraben, tak ada unsur-unsur sintetik dan yang paling penting berkesan. Krim malam ni mengurangkan radang kulit dan melembapkan kulit serta mencerahkan dari kulit dalam. Best apply selepas guna toner Soothing Radiance Whitener Softener.

Ok jom tidur!



Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Wednesday, September 17, 2014

Collagen bantu sakit sendi?





















Sumber : http://www.healthybonesplus.com/en/page/8/why-calcium-alone-does-not-build-bone



Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Monday, September 15, 2014

AWAS DENGAN PRODUK NUTRIWHITE ! ANDA MUNGKIN TERTIPU!

Assalamualaikum semua, salam hari malaysia. Sukar dinafikan cuti di hari Malaysia ini memang memberi banyak ruang pada saya yang bekerja. Boleh masak macam-macam. Makan petang pun boleh nak buat, main-main dengan anak pun ada masa. Sementara anak layan tv dengan ayah dia, saya buatkan entri ini khas untuk anda.

Tajuk di atas tu memang betul. Sila AWAS jika anda beli produk nutriwhite skin care. Skin care product ini memang banyak kelebihan daripada harganya. Dan yang paling tertipu tu, produk ni boleh digunakan berbulan-bulan lamanya. Pernah sekali saya beli pencuci muka tu sebab ingat nak habis tapi memang extend sampai sebulan lebih lagi. Picit ada lagi. Picit ada lagi. Memang terbaik

nutriwhite
Yang ni antara yang saya guna. Paling wajib saya guna  gentle deep foaming cleanser







































Pencuci muka tu lah yang buat saya jatuh hati dengan nutriwhite. Sebab apa? Sebab nya saya dapat rasa memang mencuci betul2 dari dalam. Yang paling best tak ada rasa gatal-gatal ke, atau naik ruam macam pencuci muka sebelum ini. Jelas terbukti bahawa pencuci muka nutri white dan enfuselle  memang bebas paraben dan 100% semulajadi.

Cuba bayangkan anda cepat putih, cepat cerah cepat hilang jerawat dalam masa 2 hingga 3 hari atau seminggu tapi produk itu berasaskan bahan kimia? Mahu ke? Tepuk dada tanya diri anda. Kalau muka didedahkan dengan bahan-bahan kimia senang kena macam-macam penyakit.
Kesan menggunakan produk bahan kimia memang sangat bahaya! Boleh baca dalam link yang saya kongsikan di atas.

Nutriwhite ni tak ada wangi-wangi macam produk-produk lain. Tapi saya tak tipu, memang sangat best guna pencuci ni. Ingat ye. nutriwhite untuk kulit normal sahaja. Kalau kulit berminyak dan kering boleh gunakan enfuselle dari shaklee juga.

Antara kelebihan produk nutriwhite :
* Dijadikan secara semulajadi
* Bebas bahan kimia dan paraben
* Diekstrak dari 16 ramuan buahan dan tumbuhan
* kajian selama 3 tahun
* melembapkan kulit
* mengurangkan pigmentasi dan mencerahkan kulit secara semulajadi
* mengawal dan mengurangkan radang kulit secara beransur-ansur

Antara ekstrak dalam nutriwhite seperti rosemary, bearberry, soybean, green algae,cats claw, aloevera dan lain-lain
harga
Harga retail untuk produk. nak harga kasi sayang boleh hubungi saya





testimonial nutriwhite

testimonial nutriwhite

testimonial nutriwhite

Best kan tengok testimoni? Nak cuba boleh hubungi saya. Insha Allah tak menyesal :)



Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Friday, September 12, 2014

Bersalin secara Induce : Keperluan atau paksaan?

Baca tajuk pun dah tahu kan saya nak cerita tentang apa kan? Ibu-ibu yang mengandung perlu tahu serba sedikit tentang INDUCE.

Apa itu induce? Induce merupakan satu kaedah yang digunakan oleh doctor-doktor untuk merangsang kelahiran anak secara tidak semulajadi.


Perlu anda ketahui ada tiga tanda-tanda untuk bersalin iaitu 
a) Air ketuban pecah
b) Tanda darah yang keluar
      c)   Kontraksi atau sakit pinggang beritma mengikut kadar masa.

Namun begitu, doctor juga akan memeriksa kandungan seperti denyutan jantung bayi, kandungan air ketuban mencukupi dan keadaan bayi itu sendiri.  Tetapi akan wujud sesetengah keadaan yang menyebabkan doctor membuat keputusan untuk induce. Antara keadaan tersebut adalah seperti :     

      a) Tarikh bersalin (EDD) sudah hampir atau melepasi 41 minggu namun masih tiada tanda-tanda untuk bersalin
b    b)  Air ketuban sudah pecah namun tiada kontraksi yang berlaku, mungkin boleh menyebabkan bayi lemas atau terpaksa dibedah
      c)   Jangkitan dalam rahim
      d)  Kurang air ketuban 
           e)  Keadaan kesihatan yang tidak berapa baik seperti diabetes dan tekanan darah tinggi
f     f)    Uri bermasalah

Pengalaman bersalin induce   :Anak saya kedua-duanya induce. Dan sakitnya memang yang amat. Semestinya sakit bersalin tu sakit. Namun doctor saya beritahu induce memang lagi sakit sebab kita paksa bayi tu keluar secara tidak semulajadi. Kalau diberi pilihan, anda boleh menunggu sehingga 42 minggu untuk berbuat keputusan untuk induce atau tidak. Macam kes anak 1 saya dulu, saya baru mencecah 40 minggu dan di hari EDD saya diinduce sebab doctor kata heart beat bayi rendah. Malam tu saya di drip masuk air dulu, lepas tu heart beat dah ok, saya pula tak terfikir untuk pulang ke rumah. Terus tengah malam itu saya dah diinduce. Kalau ikut keadaan, saya boleh tunggu lagi sampai minggu ke 42.

Nasihat saya untuk para ibu, jangan terburu-buru untuk induce kerana hendak mempercepatkan proses bersalin. Kerana sakit itu memang sakit yang amat dan Allah pasti akan menciptakan sesuatu dengan fitrahnya.Ramai ibu di barat akan hanya fikir untuk induce jika sudah lebih 42 minggu atau sebab-sebab yang lain seperti rumah terlalu jauh dengan hospital dan sebagainya.

Zaman dulu semua mana pernah induce bagai kan? Semuanya natural. Macam saya pun disebabkan ada kemudahan seperti epidural, gas penenang, kita lagi jadi manja...hehe..

Induce ada 2 jenis : satu adalah memasukkan ubat sebesar panadol (prostaglandin ) ke dalam vagina. Ia untuk melembutkan rahim dan mempercepatkan bukaan servik.

Lagi satu adalah dengan memasukkan air secara drip. Dalam drip tu akan dimasukkan sejenis ubat (hormon oxytocin)  yang mempercepatkan bukaan rahim dan kontraksi


. 

Video ni saya tonton tentang mempercepatkan proses bersalin secara semulajadi. Tapi bab akupuntur tu saya tak berani jamin naaa...Apa-apa pun refer pada yang pakar :)

Petua tradisional ibu saya bila dah start sakit or contraction :

* castor oil+telurgoreng+nasi lembik : yang ni memang untuk kakak and kakak ipar berkesan..untuk saya mmg tak dapat la..rahim tebal sangat
* Air jintan manis panas

Tapi apa-apa pun, semulajadi is the BEST!!



Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Popular Posts

© REHAN'S WARDROBE | Template Designed By MH