Pages

Follow US

Our Video

Showing posts with label ESP. Show all posts
Showing posts with label ESP. Show all posts

Wednesday, March 11, 2015

SEGALA-GALANYA TENTANG ESP! BIAR GAMBAR BERBICARA





UNTUK TESTIMONI,

KLIK : https://www.facebook.com/rehana.nurulamin/media_set?set=a.10152832827389538.1073741828.788289537&type=1&pnref=story



Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Wednesday, March 4, 2015

BETULKAH SOYA PENYEBAB KANSER?

Tajuk ni dah cukup popular kan? Ramai yang rata-rata terus membuat simpulan bila dengar cerita tentang SOYA.

Lebih-lagi perempuan yang ingin meminumnya. Banyak sangat keraguan terhadap soya. Kenapa soya dikatakan boleh mendorong kanser payudara kerana elemen estrogen yang cenderung pada kanser payudara( itu kata orang lah kan)

Fakta sebenar tiada kajian yang kukuh mengatakan soya boleh menyebabkan kanser payudara. Saya sangat tertarik dengan cara penulisan Dr zubaidi di blognya mengenai soya tidak menyebabkan kanser. Beliau menggarap dengan penuh teliti bahawa kanser payudara tak ada kaitan dengan pengambilan soya. Malah seorang pengamal perubatan pun menegaskan bahawa kajian yang dilakukan dengan haiwan tidak boleh disamakan dengan manusia. Artikel lanjut tentang risiko soya dan kanser payudara mengulas lebih lanjut tentang persoalan ramai tentang soya.

Pendek kata, soya bukanlah bahaya jika memenuhi kriteria-kriteria yang tertentu. Contohnya, pilihlah soya yang non GMO dan bukan bersifat Genetically Modified Organism (GMO) .GMO ini adalah satu kaedah teknologi yang mengubah genetik sesuatu tanpa membiarkan membesar secara semulajadi. Selalunya langkah ini dibuat untuk mempercepatkan proses tumbesaran dan lebih menguntungkan pengusaha. Tahukah anda, pengusaha GMO tidak akan makan makanan yang sudah di GMO? Mereka akan makan yang berasaskan non GMO kerana mereka tahu tentang kebaikan non GMO dan juga keburukan non GMO. Banyak kesan sampingan akibat GMO termasuklah alahan, toksik merebak dan lain-lain kesan negatif.

Hendak panduan memilih soya yang lebih baik? Boleh klik link di bawah :
Cara memilih soya yang betul
Keistimewaan ESP shaklee

Selamat memilih yang terbaik untuk anda!!




Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Tuesday, March 3, 2015

SEBAB UTAMA KENAPA HARUS PILIH SOYA ESP SHAKLEE

Assalamualaikum semua, ramai ligat dengan promo ESP ye tak? Setiap kali promo ESP memang begini lah. hehe. Saya pernah ceritakan tentang ESP Shaklee dan kelebihannya dalam entri sebelum-sebelum ini. Hari ni, saya nak kupas lagi tentang kriteria yang terdapat dalam pemilihan soya  ESP. Banyak lagi nak cerita ni.



Tahukah anda soya ESP satu tin ni diperbuat dari 30 kg kacang soya yang berkualiti tinggi? Banyak tu. Memang sangat tulen dan asli ESP ni. Siapa yang dah pernah rasa memang akan setuju dengan saya.

ESP ni juga di basuh dengan air dan bukan alkohol. Bila basuh dengan alkohol kualiti akan hilang dan memang haramlah untuk minum kan. Jom tengok explanation Dr Shaklee kenapa beliau guna Air

Dr. Shaklee knew that By using a cold water extraction technique, you get the very best of the soy and all of the positive things like the phyto-estrogens which inhibit breast cancer and prostate cancer in men. There are over 1500 studies showing the positive benefits of soy and only 12 to 20 negative studies showing that when you alter and de-nature soy you end up with junk.Dr. Shaklee knew the difference

Menarik kan?

Ramai yang bila cerita tentang soya je terus negatif katanya soya tak bagusla..risiko kanser la...bukan semua jenis soya ye, pastikan pilihan soya memiliki kriteria-kriteria yang di sarankan



Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Saturday, February 7, 2015

SEMBELIT MIMPI NGERI SEMASA PANTANG!!!

 
Antara pengalaman yang paling ngeri semasa pantang adalah sembelit dan buasir!! Tanya sahaja setiap ibu yang melahirkan anak, pasti mereka gerun untuk ke tandas. Apatah lagi untuk meneran kerana sudah lelah meneran untuk melahirkan anak sebelum itu. 
 
Pada awal minggu semasa berpantang selalu ibu-ibu menghadapi masalah ini kerana kurang minum air, sibuk dengan melayan post depresi  ( hakikat ),  excited dengan baby baru sehingga lupa dengan diet yang seimbang. 

Anak pertama saya, memang saya mengalami buasir teruk sampai berdarah-darah. Masa tu tak kenal shaklee lagi. Memang berdebar nak pergi tandas sebab sangat gerun. 

Anak kedua pula, Alhamdulillah tiada masalah sedemikian. Apa yang saya amalkan??

1. Set berpantang shaklee ( ESP, Vitalea , Vita C, Zink, Ostematrix , Alfalfa)
2. Minum air 3 liter setiap hari
3. Mengamalkan makan nasi lembik untuk mengurangkan sembelit

Dalam set berpantang, ostematrix paling membantu untuk melegakan sembelit kerana ostematrix mengandungi elemen magnesium dalamnya. Magnesium membantu pergerakan usus dengan lebih baik dan juga menyerap air dalam kolon untuk memudahkan proses pembuangan
label

kandungan ostematrix
Bagi yang mengalami sembelit yang sangat teruk, boleh mengambil HERBLAX. Kalau yang menyusukan anak , kene tengok tindak balas herbalax terhadap bayi, jika bayi serasi bolehla mengambil herblax jika tidak boleh mengambil ostematrix sahaja :)

Tidak perlu lagi takut untuk ke tandas selepas ini!!!

Lagi tentang ostematrix atau kalsium :

Kepentingan kalsium seharian
Sukan ekstrem dan kesihatan tulang


Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Saturday, October 11, 2014

PENCINTA ESP BERCERITA!!! JOM BACA KISAH CINTA MEREKA!!




Salam berhujung minggu semua, selama ini saya asyik cerita tentang keberkesanan ESP dan shakleeeffect ke atas diri saya kan..kali ini saya bawakan ekslusif untuk anda tentang penangan ESP pada rakan-rakan saya. Tahu tak, asal promo ESP sahaja masing-masing sangat teruja kerana ESP ni memang bawa penangan hebat pada setiap orang. Bukan sahaja sebab nak menjual bertin-tin, tapi kami nak borong untuk diri sendiri juga :)

Ok jom dengan cerita mereka tentang ESP. Semua berkongsi pengalaman di JMS & Stayhealthy!


Hasrina
Saya mula minum Esp pada bulan Jun.. masa tu bulan Ramadhan.. saya minum Esp, segelas waktu sahur.. sepanjang hari, saya tidak rasa lapar.. tapi tetap bertenaga sepanjang hari.. Dan, sebelum saya minum Esp, selepas saya buat kerja rumah, terutama bila suda basuh baju, memang pakai mesin, tapi baju anak² saya kena berus dulu.. sebab mau hilangkan kotoran.. jadi banyak tenaga saya keluarkan.. lepas siap basuh baju, saya rasa lapar.. boleh rasa getar² badan.. Alhamdulillah, lepas minum Esp.. saya sikit pun tidak rasa lapar.. masih bertenaga lagi.. dan saya jadi kuat minum air masak.. terima kasih Esp.. inilah testimoni saya..

Nur Aisyah Maswar
Sy jenis kulit muka berminyak..jerawat memang tak ingat.
Sehari kalau tak tumbuh jerawat baru..bukan saya la tu..atas muka pasti ada bintik merah tandanya jerawat tgh nk naik..ahaiii..tensen
Lepas kenal esp..oppss jerawat memang benci nk ada atas muka ni..bila nk naik je yg baru..esok mesti cancel nk melekat kekal.
Kulit kian cerah , sekata dan lebih berseri..susu badan memang tip top bnyak..pekat dan meriah.
Anak kalau nmpak saya je..memang naik hantu..bergayut je...
Best tau..ESP ni..berbaloi beli buat bekalan harian..bertenaga sokmo


Dya Khadeeja
Esp..hmmm..Dya bukan kategori yang sukakan soya..riso jugak tak lalu benda bancuh2 ni...tapi tekad nak meriahkan susu...1st time bancuh,minum ngn air suam..mix sunquick..masyaAllah sedap gilerrr..rasa lemak manis..memang superb!!sepanjang pantang alhmdulillah..susu sangat2 meriah..tak larat nak salin baju,asyik basah..baby girl tak kuat menyusu,terpaksa bangun malam pam....stok ebm masa dalam pantang penuh satu peti ais tau....hehe...walaupun terpaksa bangun malam,handle 3 org ank,berpantang sendiri..mmg rasa lain macam..rasa bertenaga je...tak pening kepala macam berpantang ank2 yang lain...selesai berpantang,suka giler..dapat berat asal..saiz XS lagi...dan terima pujian,kulit makin cerah dan fresh..berseri2...hehe...pengalaman terbaik Dya bersama ESP...itulah bagaimana permulaanya dia jatuh cinta dengan ESP...i  ESP so much!!!

Gnalini Tigarajan
Been religiously consuming ESP with combination of Cinch Chocolate flavor! I must say, it is the best combination for breakfast as sometimes, i feel so full that I dont want to eat lunch also  As for me, with discipline and determination, I have successfully managed to lose 13kg to date. It might not be much in a span of 9 plus months but to me, something is better than nothing. This is my #ShakleeEffect ESP  Hope someone else benefits from the greatness of ESP! Btw, I managed to BF my second daughter exclusively for 7 months! This is a big achievement for me as my first only lasted 3 months  another #ShakleeEffect ESP

Nas Wazir
Nas start minum shaklee untuk slimming..minum untuk breakfast,mmg kenyang..sampai lunch time baru rasa lapar..jd jarang la sangat makan kudapan yg merepek2 sebelum waktu lunch..hasil..mmg berat menurun..Now, masa preggy pun minum esp..usia kandungan dah 8 bulan..tp memang x ada stretch marks..klu anak sulung dulu..masuk 7 bulan dah start parut hitam-hitam keluar, tapi yg kali ke dua ni memang tak ada..dekat leher pun tak ada hitam-hitam..Alhamdulillah sangat-sangat....cepatla mak jemah cantik kembali lepas bersalin nnt..

Nor Asmah Hashim
Esp buat saya jatuh cinta dengan set 3M..Dari ambil set basic menyusu terus semasa pantang terus kepada set lengkap kerana adanya ESP. Baunya harum dan alhamdulillah saya berjaya menyusukan anak ke2 sehingga 2 tahun stgh. Penyusuan anak berjaya terjebak pula dengan shaklee. Kulit anak pun cantik, bersih, tiada ruam2. Anak sentiasa kenyang, tiada kekurangan susu, malah berlebih dan lebih pekat. Sangat puas hati. Suami juga teruja juga consume ESP untuk tenaga berpanjangan. Insyaallah pregnant kali ini akan consume sepebuhnya shaklee teutama ESP. 


Nor Amalina Mazlan
Apa yang paling best dengan ESP menjadikan kulit kaki ku tidak lagi kering!
Kalau dulu kaki sebelah kanan gelap dari sebelah kiri. Buntu kerana tak tahu kenapa.
Tapi.. lepas ku ambil ESP untuk memekatkan susu badan, tetiba terperasan yang kaki ku menjadi cantik..wohooo..


Nak ada juga kisah cinta seperti ini? Jom grab peluang BUY 6 FREE 1 ESP bulan October ini!!!
Pasti berbaloi!!


Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Friday, October 3, 2014

ESP SESUAI UNTUK DIABETES

Assalamualaikum semua,

Sudah bersarapan? Barangkali ramai yang mengambil ESP untuk sarapan atau alas perut. :) Ada customer yang tanya saya,

' Kak, ayah saya sakit diabetes, boleh ker dia minum ESP? Saya takut nak bagi sebab takut paras gula naik....'


Ha, sebab itu la perlu tahu tentang kelebihan-kelebihan ESP ini. Bukan calang-calang soya yang kami war-warkan. Sebenarnya saya pernah cerita tentang indeks glisemik dalam entri sebelum-sebelum ini, cuma saya nak jelaskan lebih terperinci lagi tentang indeks glisemik yang mempengaruhi paras gula dalam darah.

INDEKS GLISEMIK : Kadar penyerapan karbohidrat dan menjadi glukos dalam darah.

Jom tengok diagram ini untuk lebih jelas :




indeks glisemik
Jenis-jenis makanan dan GI nya


Sebab tu memang saya syorkan pada customer yang menghidap diabetes atau kencing manis dengan ESP. Tak perlu gusar langsung sebab ESP mempunyai GI yang serendah 39 sahaja!!



Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Friday, August 8, 2014

Rasukan ESP!!


Assalam semua,

Di entri sebelum-sebelum ini saya pernah cerita anak ke-2 saya ada ekzema kan? Ekzemanya semakin baik tau dari hari ke hari. Konsisten dengan ESP & Omega memang betul-betul membantu mengurangkan ekzema anak saya. Selain itu, saya juga menjaga makan sebab saya dah tahu udang boleh trigger ekzema anak saya. Allergik, Kesian anak saya tak boleh dengan udang. Saya yang penggemar udang pun kena berkorban lah smpai saya wean off breastfeed dengan dia.

Tapi masa raya tu, macam mana ntah saya makan mini popia inti udang kering. Habis sepeket saya kerjakan masa pergi penang haritu. Hasilnya, memang jadi teruk ekzema anak saya kat belakang leher. Saya sapu herbal blend hari-hari dan saya pun konsisten minum ESP supaya anak saya boleh cepat sembuh. Alhamdulillah dah kering sikit ruam-ruam tu

Jaga makan ye ibu-ibu breastfeed yang anaknya ekzema...:)



Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Thursday, July 10, 2014

ESP & Vitalea : Tak boleh bertemu tapi kombinasi hebat!!

multivitamin shakleejana tenaga berkekalan

Assalamualaikum semua, apa khabar semua? Macam mana dengan puasa anda semua? Goin ok? Saya doakan semoga semuanya baik-baik belaka.

Sebenarnya, saya nak share tentang sesuatu yang mengujakan saya pada hari ini. Kisahnya begini, saya selalu struggle nak tidurkan anak-anak saya. Yang baby tu ok je,tapi syamil ni selalu lambat sikit nak tidur so, sy akan tunggu sampai mereka tertidur baru buat kerja lain. Tapi malam semalam, kerja banyak lagi tak siap, tak masak untuk sahur, tak susun baju dalam almari, tak update biz..Tup-tup memang tertidur. Hubby pun tak kejut :( . Terjaga dalam 2.30 pagi gitu. Fikir-fikir mahu layankan tidur atau nak sambung kerja. Memandangkan kalau nak bertangguh akan buat saya stress so saya bangun.

Saya solat isyak, pastu masak nasi goreng, lepas tu telan vitalea. Sambil-sambil masak tu saya minum vitagen sebab nak penyerapan yang bagus untuk vitalea tadi. Kemudian saya buat kerja saya macam biasa, lipat kain, update blog dan schedule post. Dalam pukul 5 cam tu saya makan nasi goreng dan ESP+milo. Lepas tu terus pergi kerja pukul 6.30 pagi.

Nak tahu hasilnya?? Alhamdulillah. sangat bertenaga walaupun workload kat ofis agak banyak. Baru saya sedar vitalea ni boleh elak mengantuk juga. Kenapa kita mengantuk? Sebab kurang oksigen dalam darah .Untuk mengetahui tentang kaitan IRON dan mengantuk ,Boleh refer link ini

Vitalea ni memang best multivitamin bagi saya. Walaupun dulu memang saya dah ada testimoni sendiri yang buat saya cergas, tapi sebab lama sgt mcm tak ambil vitalea macam hampir dah lupa.

Kenapa title saya ESP & Vitalea tak boleh bertemu? Ye, tak boleh di ambil dalam satu masa yang sama. tapi fungsi keduannya memang superb!!

The best multivitamin is multivitamin Shaklee ~ VITALEA
The best soya is Energizing Soy Protein~ ESP

Anda boleh dapatkannya dengan harga runcit atau terus beli di E-SELL.
Atau kalau nak murah sikit boleh whatsapp saya di 0122319979. Saya akan timbang-timbangkan..:)

Selamat berpuasa & kekal bertenaga semua!!











Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Saturday, July 5, 2014

GASTRIK : MIMPI NGERI SAYA!

Bila sebut pasal gastrik memang hanya orang yang mengalaminya sahaja yang tahu akan NIGHTMARE nya..percayalah, selagi anda tidak berada dalam keadaan tersebut, anda tidak mungkin akan tahu sengsaranya sesuatu penyakit.

Saya adalah salah satu individu terpilih yang dapat menikmati SAKIT GASTRIK. Saya nak share serba sedikit tentang kisah saya dengan GASTRIK. Pengalaman lalu sangat memberi kesan kepada saya sehinggakan saya mahu membantu orang yang menghidap sakit perut gastrik.

Saya tak berapa ingat bila saya kena gastrik. Lebih kurang tahun 2003 kalau tak silap. Sebenarnya cara pemakanan saya tak berapa betul dari tingkatan 3. Asyik studi2 sampai susah nak makan. Makan pun sedikit sahaja. Tapi jadual pemakanan saya tak pernah berubah selama 5 tahun di sekolah menengah. Bila masuk UIA sahaja baru saya terkena GASTRIK. Sebab apa? Makan tak ikut time, lari waktu pemakanan dan memang ikut bedal yang mana sempat. Saya tak tahu nak describe macam mana rasa tu, pedih ulu ati, sakit perut kat tengah2 perut, pening kepala, dan macam-macam lagi lah. Sakit..kadang2 nak menunduk je rasa sebab sakit tu mencucuk2.

Sampai satu tahap, saya sukar buang air besar. Macam-macam treatment yang saya ambil sampai doktor pun dah cakap IM ABSOLUTELY ALRIGHT.

Tapi sakit perut memang menyerang jika saya dah skip lunch hour or any meal. Ha, lagi satu saya baru dikenalkan dengan makanan tomyam pada 2003 oleh kawan baik saya. Saya memang suka sangat, sebab jakun tak pernah makan tomyam selama 20 tahun dengan emak. hehe. So saya rasa makan pedas dan masam boleh trigger gastrik macam yang diceritakan dalam blog ini 

Pantang saya makanan berangin macam nangka, durian atau goreng-goreng mesti saya akan rasa pedih ulu hati. Kalau saya minum teh berlebihan pun akan rasa begitu.

Wah, baru tahu dulu memang sangat2 tak jaga pemakanan. Nak tahu bila saya dah tak rasa sakit gastrik tu?Pada tahun 2012 saya mula ambil ESP secara konsisten. Alhamdulillah, memang terbaik. Sangat bersyukur kerana dapat mengurangkan rasa sakit itu. Sekarang dah langsung tak rasa. :) Alhamdulillah..

Sesiapa yang ada anamia pun boleh mendapat gastrik. Ia berlaku apabila kekurangan vitamin B dalam badan. Baca lebih lanjut dalam web favourite saya .



Antara supplemen yang mampu mengurangkan radang gastrik :

1. ESP

2. B compleks

3. Ostematrix

4. Peppermint ginger plus

Untuk terus membeli set gastrik boleh klik BELI SET GASTRIK. Jika sudah membeli boleh Whatsapp atau SMS saya untuk mengetahui cara pemakanan dan tips-tips yang hebat!!

Selamat tinggal gastrik!!


Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Friday, July 4, 2014

Dari dapur Rehanswardrobe : ANEKA RESIPI PERFORMANCE DRINK + ESP

Secara jujurnya, tahun ini baru saya cuba PERFORMANCE DRINK semasa puasa. hasilnya? Superb! Bertenaga, kurang haus dan memang best la...So setiap hari mesti akan cuba macam-macam rojak shake yang saya nak...semuanya pun memang sedap dan menghilangkan dahaga selepas seharian berpuasa.

Jom terjah dapur kita!

PERFORMANCE DRINK
PERFORMANCE DRINK + RIBENA / VITAGEN

ISOTONIK DRINK
PERFORMANCE DRINK + JUS TROPIKANA

performance drink
PALING FAVOURITE DAN PALING MUDAH! dan sedap!!!!

Tahu tak selama saya ambil PERFORMANCE DRINK ni memang rasa bertenaga, rasa macam tak guna banyak tenaga walaupun pergi kerja, pam, balik masak, jaga anak...wee..A MUST HAVE DRINK at home!! sangat effektif!!

Siapa yang tak suka minum air suam boleh amalkan air ini...tanpa gas tanpa perisa tambahan! Perisa orange yang sedap..pasti legakan tekak anda...

Ok untuk pembaca blog kesayangan saya, meh saya bagi anda resipi terulung dengan ESP!! Khas untuk anda semua!!!


Nak resipi yang lebih agresif?? Boleh klik resipi smoothies, protein shake yang menarik, atau lebih yummy di sini .

Sedap tau bancuh-bancuh ESP ni..memang mampu meruntun jiwa...perfect HEALTHY DRINK..lagi2 kalau campur bahan-bahan yang seimbang, nak minum shake untuk kurus pun boleh. ESP tu boleh replace dengan CINCH shake juga ye, ikut kesesuaian.

Selamat berpuasa semua!!!







Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Saturday, June 28, 2014

TERBONGKAR!!! BILA PUASA DAH TAK LUNYAI!!!

Puasa bukanlah alasan untuk seseorang jadi lemah dan longlai. Malah pada bulan puasa lah kita kena rebut pahala puasa. Bukan dengan duduk sahaja, atau tahan dari makan or minum sahaja

Zaman-zaman dulu, sebelum kenal shaklee, memang saya amalkan kurma untuk sahur sampai sekarang. Untuk tenaga yang berkekalan. Lepas kenal shaklee saya amalkan ESP. Alhamdulillah untuk husband pun saya bagi ESP, dia suka kata ' Best lah ESP ni, boleh tahan sikit puasa ni '.

Yelah, kita ni memang pemakanan asyik yang tak sihat, sayur pun kurang..memang sistem ketahanan badan agak lemah. Sebab tu kita boleh cuba makanan-makanan yang menaikkan tenaga semasa berpuasa.

Jom kita review sikit apa kata mommies yang dah cuba shaklee semasa bulan puasa :)

testimonial set puasa

testimonial set puasa

testimonial set puasa

testimonial set puasa

set puasa power / mighty3 gems


Bila buka puasa tu, cuba try yang ni...nampak sedap kan.....memang gain tenaga balik....slurrrrpppp...

performance drink


SEMOGA PUASA KITA AKAN LEBIH BERKUALITI DENGAN IBADAH-IBADAH YANG SEWAJARNYA..:)

Saya sertakan sekali jadual berbuka puasa bagi kawasan kuala- lumpur untuk rujukan anda semua ...Selamat berpuasa!!



Untuk tips berpuasa semasa hamil dan menyusukan anak leh baca ni...;)

Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Tuesday, April 8, 2014

TERKEJUT! * STRETCH MARK HILANG TIBA-TIBA *


stretch mark
gmbr hiasan




Benda yang paling wanita tak gemar lepas bersalin ialah STRETCH MARK! Siapa suka kan? Mesti tak suka dan fikir macam mana nak hilangkannya..saya dah anak 2 dah..lepas bersalin baru-baru ni memang tak best tengok sebab sangat ketara. Tapi saya konsisten je minum ESP sejak dari hari pertama bersalin.. Amazingly! Lepas almost 6 bulan, tengok dah pudar sangat-sangat..testimoni dari diri sendiri ye..bukan nak buat ayat overclaim ke ape..sebab saya tahu fungsi PROTEIN memang membaiki sel-sel kulit. Tapi kena sabar lah kan, bukan seminggu minum dah hilang stretch mark tu..Sangat best tau, hari-hari tak pernah miss minum ESP sebab memang dah dapat rasakan KEHEBATANnya..

Lepas ni dapat shake and take pulak, tak sabar nak buat macam-macam resipi dengan ESP ni...:)

Nak tahu fungsi lain ESP? Klik sini . Enjoy reading!




Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Tuesday, March 4, 2014

INDEKS GLISEMIK RENDAH SINONIM DENGAN DIABETES? APA PERANAN ESP disini?



Indeks glisemik (GI) adalah tahap glukos dalam darah seseorang. Semakin tinggi GI semakin tinggi paras gula dalam darah. Kajian dahulu menyatakan GI yang rendah boleh mengurangkan risiko sakit jantung, diabeted, stroke, depresi, dan kanser payudara.

Tahukah anda ESP di keluarkan dengan GI yang rendah..memang sangat sesuai untuk pesakit diabetes. Emak saya pun consume ESP ni sebab malas nak makan banyak2 ubat..So jom berESP sempena 6 TONG ESP YANG BAKAL MENDAPAT 1 TONG FREE...Hebat tawaran bulan mac ni kan..So jom cuba sebelum stok licin!!!


Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Wednesday, January 1, 2014

Alfalfa 3 biji boost susu **PENANGAN HEBAT ALFALFA**

Alfalfa memang terkenal dengan milk booster yang hebat lagi-lagi kalau ambil bersama ESP..terhebat!!!

Ni hasil pam saya untuk sesi yang ke dua..Sesi pertama saya dapat 5 oz je total walaupun baru perah setelah semalaman tak pam. Lepas tu saya amik ALFALFA 3 BIJI shj! dan minum air suam..

TADAA!!! Ini lah hasilnya!! marvelouss!!

p/s : saya lupa minum ESP pagi tu, kalau tak mungkinkah penuh botol??hihi..rezeki2!!




Jangan lupa konsep asas penyusuan ye :
1. Kerapkan pam dan direct feed
2. Minum air yang banyak dan mencukupi
3. Usir jauh2 stress yang mendatang!




Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Wednesday, November 13, 2013

Titisan emas~sikit-sikit lama-lama jadi bukit

Harini saya nak cerita pasal kebesaran Allah yang menjadikan susu ibu sangat unik..memang unik tau...pengalaman saya explore sendiri tentang susu ibu masa anak ke 2 ni...

Nak dijadikan cerita, anak saya hari ke 2 dah kena tahan wad..kena on antibiotik..memang saya down jugak lah..sebab sempat breastfeed hanya untuk 3 kali je rasanya..lepas tu terus kena tahan, tapi saya dah boleh balik.. tapi saya tak tension sangat lah sebab saya tahu if stress nanti susah susu nak keluar..so saya just akur dengan doktor untuk datang breastfeed atau pam dan beri dalam botol..

Hari pertama, memang doktor kata pasang tiub, tak perlu bagi susu..masa ni lah bermula cabaran..tapi tak kekok macam masa abangnya..Syamil pun dulu kena tahan wad..tapi masa tu anak sulung kan..memang STRESSSS....

So bermula la sesi pam setiap 3 jam untuk simulate susu sebab baby tak ada di sisi..Mula-mula nak dapat 0.5 oz memang lama dan dah cukup gembira if dapat 0.5 oz++...tapi doktor kata tak cukup..sebenarnya cukup aja kalau direct feed..sebab bagi dalam botol, they assume tak cukup..so memang terpaksa mix dengan FM untuk 2 hari pertama..Hari ke 4 macam tu dah keluar susu dengan baik..Alhamdulillah!

teknik marmet
Hari pertama ~marmet

teknik marmet
Hari kedua ~ kolustrum,,sikit tapi sangat bernilai tu

teknik marmet
Hari ke tiga ~ dah bertambah,..

teknik marmet
Hari ke empat ~ Alhamdulillah!!

teknik marmet
Hari ke enam ~ priceless!

teknik marmet
Teman setia saya :)

susu ibu
Stok yang dapat dikumpul sepanjang 20 hari di rumah emak!


So bagi ibu-ibu yang baru, jika nampak susu awal2 keluar sikit..jangan stress!! sebab memang awal2 bukan susu terus mencurah ye..salah konsep tu..awal2 susu memang cukup untuk perut si manja yang sebesar guli sahaja..jangan pula mengadu saya tak cukup susu...

Salah satu rahsia saya : Maintain pam, air tak putus minum, Energizing Soy Protein, keep out of STRESS!!

Jom breastfeeding!!




Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Saturday, October 12, 2013

MASYUK!! INCOME SHAKLEE MASUK LAGI...

Mak buyung tengah menanti hari untuk bersalin, tapi tengok akaun MBB tu terus nak update blog dan bagi semangat pada warga SME dan yang lain...

Alhamdulillah..siapa nak beri income yang banyak di tengah-tengah bulan kan?? Ada yang tanya, kerja lagi, part time lagi, nak buat apa duit sebanyak tu???

Well, saya ada misi tersendiri untuk ke arah 5 angka dalam bisnes shaklee ni..Insha Allah dalam beberapa bulan saya pasti akan capai 5 angka tu...AMIN!!

Nak tahu income shaklee tu saya buat ape? Saya beli handbag mahal2? Saya beli kasut branded? Saya makan di hotel 5 bintang setiap hari?? Mestilah tak...semua saya save demi cita-cita saya...Nak tahu apa??? Jom tengok gambar ni..





Inilah dia impian saya...Alhamdulillah, sebahagian daripada renovation rumah adalah income dari shaklee...Sebab apa yang saya saving dari gaji memang takkan cukup untuk buat renovation memandangkan kos hidup dah meningkat sangat-sangat...

Lagi satu misi.....

Work At Home Mother...nantikannya..soon..very sooon!!!;)

Semua ni bukan terhasil dari 1 hari sahaja...ia memerlukan usaha yang berterusan...dan kecekalan hati...jangan cakap biz online senang je buat duit...goyang kaki je dah dapat duit..WHO SAID SO???

Semua biz pun ada susah senang..macam mana kita nak tackle, itu lah kreatifnya berbisnes...

Yang penting minat dan cekal...oh ye..lagi satu saya ada group yang hebat yang membimbing saya...dan kini saya pula membimbing ramai yang lain untuk jadi macam saya...dengan berbekalkan modal RM 75 dan sekeping hati yang cekal...YOU CAN DREAM BIG and YOU CAN GO FAR!!!!

Jom sertai saya...:)

Stok shaklee saya...tunggu tahun depan saya akan expand pulak OFIS saya..hehe

Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Popular Posts

© REHAN'S WARDROBE | Template Designed By MH