Pages

Follow US

Our Video

Showing posts with label resipi. Show all posts
Showing posts with label resipi. Show all posts

Tuesday, March 3, 2015

RESIPI NUGGET IKAN PALING SIMPLE MUDAH DAN RINGKAS!!

Assalamualaikum semua,

Jom kita tengok resipi pulak. Asyik jamu mata dengan supplemen je, makanan yang berkhasiat pun penting jugak kan.

Nugget ikan atau fish cutlet ni memang favourite saya dari dulu. Emak dulu suka buat dengan sotong dan ikan. Sesuai untuk budak-budak yang picky eater, semua khasiat boleh dapat dalam seketul nugget kecuali la vitamin dan mineral..ahaks!Jom tengok bahan-bahan. Sangat simple, sangat mudah, yang penting bahan kena ada lah kan.

Bahan-bahan

Ikan tenggiri 2 keping
Telur 1 biji
Kentang lenyek ( saya tak masukkan)
bawang dan cili dihiris kecil2. ( saya tak masuk cili sebab anak saya tak suka pedas)
serbuk kunyit, serbuk ikan, serbuk cili merah, serbuk jintan manis ( semua sikit je, tak sampai sesudu)
garam ( optional untuk anak berumur kurang dari setahun)

Cara-cara nya :

Mula-mula rebus ikan dalam air sekejap, kemudian buang tulang. Saya pilih tenggiri sebab tulang tak banyak. Gambar rebus dah hilang plak :P. Kalau nak campur kentang pun kene rebus asing.  Boleh lenyekkan isi ikan. Saya guna jalan mudah, blend je terus dengan telur. hihi. Boleh pilih nak hancur halus or nak kasar-kasar. Ikut kesesuaian, kalo budak nak makan better halus sikit. :)

Pastu tambah lah semua rempah-rempah dan garam serta bawang or cili.

Gaul sebati agak-agak semua rempah masuk dalam ikan tu dan goreng!
Siap!!!




Senang kan nak buat? Budak-budak pun selalu suka sebab ada rasa rempah sikit. Boleh makan dengan nasi atau makan saja. Selamat mencuba!!!







Thursday, January 22, 2015

RESIPI CHICKEN PIE SEDAP & SIMPLE & EKSPRESS!!!

Semalam baru rasmikan oven yang sampai minggu lepas. Dah almost 2 weeks saya park resipi kat FB. Resipi di kongsi oleh seorang teman kat FB yang sharenya lebih 7k! Tengok gambar memang tempted nak buat.

Lama dah tak bake. So, memang eager la sangat. Syamil jadi saksi buat pie ayam ni. Dia siap tolong lenyek kentang.Hihi. Dia sangat excited tunggu pie siap

TEMPTED!!!!

Loyang pertama abis dimakan oleh me, my husband and syamil. Syamil suka!!! Berbaloi sangat buat.

Resipi asal dari Rahsia Hawa :

PIE AYAM
3 biji kentang


1/4 kiub ayam

1/4 cawan susu segar

1 tiup ayam kisar ramly

1/2 botol sos speghetti adabi

2 sudu cili sos

Garam & serbuk lada sulah secukupnya

1/2 bawang holland@bwg besar


Mozarella cheese secukupnya.lebih bnyk lg sedap


Cara
1.Rebus kentang,lenyek+kiub+lada sulah+susu segar.ketepikan.
2.Goreng bawang+ayam kisar+sos speghetti & sos cili+garam
 secukup rasa.
3.Masukan ayam ke dlm loyang.Ratakan kentang diatasnya.tabur 
cheese.
4.Bakar hingga cheese cair sahaja.Tak perlu lama sgt sbb semua 

bhn dh dimasak knn..

Hidang.

Selamat mencuba!!





Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Friday, July 4, 2014

Dari dapur Rehanswardrobe : ANEKA RESIPI PERFORMANCE DRINK + ESP

Secara jujurnya, tahun ini baru saya cuba PERFORMANCE DRINK semasa puasa. hasilnya? Superb! Bertenaga, kurang haus dan memang best la...So setiap hari mesti akan cuba macam-macam rojak shake yang saya nak...semuanya pun memang sedap dan menghilangkan dahaga selepas seharian berpuasa.

Jom terjah dapur kita!

PERFORMANCE DRINK
PERFORMANCE DRINK + RIBENA / VITAGEN

ISOTONIK DRINK
PERFORMANCE DRINK + JUS TROPIKANA

performance drink
PALING FAVOURITE DAN PALING MUDAH! dan sedap!!!!

Tahu tak selama saya ambil PERFORMANCE DRINK ni memang rasa bertenaga, rasa macam tak guna banyak tenaga walaupun pergi kerja, pam, balik masak, jaga anak...wee..A MUST HAVE DRINK at home!! sangat effektif!!

Siapa yang tak suka minum air suam boleh amalkan air ini...tanpa gas tanpa perisa tambahan! Perisa orange yang sedap..pasti legakan tekak anda...

Ok untuk pembaca blog kesayangan saya, meh saya bagi anda resipi terulung dengan ESP!! Khas untuk anda semua!!!


Nak resipi yang lebih agresif?? Boleh klik resipi smoothies, protein shake yang menarik, atau lebih yummy di sini .

Sedap tau bancuh-bancuh ESP ni..memang mampu meruntun jiwa...perfect HEALTHY DRINK..lagi2 kalau campur bahan-bahan yang seimbang, nak minum shake untuk kurus pun boleh. ESP tu boleh replace dengan CINCH shake juga ye, ikut kesesuaian.

Selamat berpuasa semua!!!







Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Thursday, May 1, 2014

HOMEMADE RICE CEREAL >> LAGI SEDAP >> TANPA PENGAWET DAN PEWARNA!

Assalamualaikum semua,
Lama tak update blog ni, tersangatlah busy..anak perempuan saya dah menginjak 6 bulan lebih, nak masuk 7 bulan dah pun tapi sekarang baru nak bagi makan..hehe..biar dia betul-betul rasa nak makan baru bagi.

Ok semalam punya projek.. tak sampai 15 min saya dah siap buat homemade cereal ni. janji cuaca panas terik, Memang boleh siap!

Jom tengok cara-cara buat rice cereal yang sangat simple :

beras
Step 1: Basuh dan toskan beras . Lepas tu keringkan bawah matahari yag memang terik. Sehari je saya keringkan memang dah kering habis
beras kuning
Untuk memastikan beras tu dah kering betul-betul, sangai beras sampai kekuningan. Pastikan api perlahan dan kena kacau selalu. Lagi satu, bila sangai rasa wangi sikit beras tu :)

blend beras
Masukkan dalam blender dan blend sampai halus. Ni blender yang paling best saya pernah jumpa. Thanks to my mom sebab hadiahkan. Sangat-sangat berguna!

ayak tepung
Wajib ayak untuk dapat tepung yang betul-betul halus

beras halus
Tada!!! Halus kan..very fine! best !


simpanan beras
Simpan dalam bekas kering dan kedap. Boleh guna bila-bila perlu

simpanan beras
Masak atas api perlahan selama 5 -10 minit. Boleh campur maca-macam puri dalam ni. Kalau breakfast bagi la puri buah ke, puri sayur ke..Nyumnyum,...lagi rasa best
 Tu jer nak share hari ini.. Nanti saya share lagi kalau buat puri yang lain..:)
Selamat mencuba!
Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Tuesday, March 12, 2013

Apple pie sedappppp

Hari ni nak tukar selera pula update blog, semalam dah berjaya buat PIE EPAL...memang sedap..cuma manis sebab saya guna epal merah yang manis. so tak terfikir nak kurangkan manis dalam inti tu..heheh...tapi memang tercapai hajat lah..:)

Bahan-bahan :

Inti :
6 biji epal ( hijau /merah)
200 g gula pasir
20 g tepung jagung
sedikit air

Untuk Doh:
500 g tepung gandum
200g gula halus ( tak nak pun tak ape sebab inti pie tu dah manis)
200g mentega
2 biji telur
Esen vanila


Ni bahan-bahan untuk inti epal. Panaskan air dan gula

Lepas tu masuk epal yang dah dipotong dadu. Masak sehingga perang. Angkat dan ketepikan


Ni doh tepung, masuk semua bahan2 doh dan gaul sebati. Pakai tangan je baru tahu tekstur
Simpan dalam peti sejuk 30 minit
 Letak lapisan pertama doh lebih kurang 1/2 inci. Pastikan loyang digris dengan mentega dan tepung. Kalau nak senang guna acuan pie. Saya ni nak cepat so pakai loyang je. hihi


Masukkan inti epal yang dah masak tadi. Ratakan

Letak lagi lapisan di atas untuk tutup epal. Pastikan tutup betul-betul. Masak dalam ketuhar 200 degree selama 20 minit. Tengok sekali sekala perubahan dalam ketuhar tu.

Tadaa...dah siap...boleh potong dan makan.. Saya makan dengan ESP..memang kombinasi hebat!hehe..





Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Popular Posts

© REHAN'S WARDROBE | Template Designed By MH