Pages

Follow US

Our Video

Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Friday, August 15, 2014

TAK SUKA MAKAN SUPPLEMEN TAPI NAK CANTIK JUGA??

Setiap hari saya akan dapat pelbagai ragam customer. Hehe. Suka aja layankan. Ada yang kata

"Akak, saya nak kulit licin macam akak tapi tak leh la telan supplemen banyak-banyak ni "

Memang ada yang utarakan persoalan yang sebegini. So kalau nak cantik jom buat masker??? Tak perlu telan bagai tapi jika anda konsisten insha Allah kulit jadi flawless dan gorjes ( walaupun yang telan itu lah mencantikkan dalam dan luar..hehe, ini sebagai alternatif )

Saya share sikit ye cara saya :

1. Makan vitalea sebiji sehari ( ini sahaja yang kena telan ). Vitalea ni bertujuan untuk memberi tenaga, lebih cergas dan untuk kesihatan dalaman

2. Masker vitamin C - sebiji x 2 kali seminggu

3. Masker vitamin E - setiap malam sebelum tidur

4. Masker collagen - 2 minggu sekali

5. Masker vivix - sebulan sekali

Yang ni paling basic la. Kalau kira-kira kos sebulan tak sampai RM 100 pun. tapi boleh dapat facial bertaraf tinggi tau.

Nak tahu detail masker kenala PM saya...heehe....




Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Friday, July 18, 2014

PETUA TRADISIONAL YANG SUPER MUJARAB : SELESEMA BAYI HILANG!

bayi selesema

Kalau ibu bapa yang ada bayi selesema tentu buat kita serba tak kena kan? Sebab akan mengganggu penyusuan atau tidur bayi itu sendiri. Saya cukup risau kalau anak-anak saya kena selesema. Memang akan fikir alternatif untuk sembuhkan selesema.


Tapi seperti yang ramai dah maklum, ubat selesema untuk bayi tidak digalakkan dan bagi saya memang tak akan ada kesan cuma bayi atau kanak-kanak akan tidur dengan lena sebab effect ubat itu. Tapi selesemanya tak pernah hilang. Ini pengalaman saya masa syamil. 3 hari bagi ubat selesema yang dibekalkan oleh doktor tapi tak baik- baik juga.

NAK TAHU PETUA TRADISIONAL YANG BERKESAN???

Tips ini memang patut dipraktikkan sebab keberkesanannnya hampir 90% pada anak-anak saya. 10% tu kita serah pada ketentuan Allah :) . Tips ni datang dari emak dan emak mertua saya. Jom tengok guna apa

petua tradisional
Daun bangun-bangun atau dalam bahasa tamilnya 'KARPURA VALLI'


Daun apa tuh? Tak pernah nampak ek? Memang jarang-jarang kita nampak daun ini sebab daun hijau ini hanya akan terdapat di rumah-rumah orang india atau pun di rumah orang yang memang dah tahu khasiat daun ini. Daun karpura valli ni banyak khasiat dan juga boleh jadi as milk booster. Tapi saya tak pernah try la.

MACAM MANA NAK GUNA DAUN INI?

Saya start guna lepas bayi dah lepas 6 bulan, kalau sebelum itu kena selesema saya guna cara tradisional yang lain , saya akan cerita tentang ini di akhir entri. Untuk bayi lebih dari 6 bulan:

1. Petik dalam 4 helai daun karpura valli / bangun-bangun ini. Pastikan daunnya besar-besar untuk kesan yang optimum.

2. Basuh bersih-bersih daun tersebut

3. Layarkan atas periuk panas atau perkakas panas. Ini untuk heat daun tu, tak yah layar atas api. 

4. Tumbuk daun tersebut sampai lumat

5. Perah daun yang dah di tumbuk itu

6. Masukkan dalam picagari ( selalu akan dapat 2-3 ml) 

7. Beri pada bayi

Boleh amalkan ini 2 hingga 3 kali setiap hari semasa selesema. Insha Allah hilang. Saya baru guna 2 kali memang akan kering selesema anak saya. Powerful leave! Anak anda mungkin akan berak hijau atau lendir, sebab daun itu menjalankan fungsinya. 


Kalau untuk kanak-kanak lebih setahun boleh bagi cara atas juga cuma dengan kuantiti lebih atau boleh di campur bersama madu. :)

Kadang-kadang kalau ada batuk atau kahak, saya akan campur dengan daun thulasi dan sirih.

Selain itu, saya akan sapu kunyit hidup yanng diekstrak jusnya atas hidung bayi. Yang ini pun cepat kering!
Kalau masa dulu bayi saya selesema teruk umur 4 bulan, saya guna teknik pengewapan.

Teknik pengewapan ini di ajar oleh dr rozita. Senang aja, panas kan air dalam satu periuk besar. Kemudian lepas mendidih guna asap itu, halakan pada muka bayi. Jauh sikit, agak-agak bayi boleh kena asap itu. Kalau ada vicks lagi best sebab baby akan rasa lega. Memang dia akan tidur lena lepas tu dan hingus tu selalu keluar bersama beraknya.

Ha, ada yang tanya macam mana nak cari daun karpura valli kan? Kalau rajin, boleh tanam sendiri. Kat rumah mak saya memang dah ditanam. Boleh cari pucuk atau daun ini kat kedai india yang jual bunga atau tepi-tepi kuil. Ye, saya memang cari bagai nak rak walaupun kat tepi kuil batu caves masa syamil selesema teruk dulu. Memang berjaya dapat. Nasihat saya, senang tanam aje. Boleh tanya pada kebun bunga yang jual herba-herba atau pokok ubatan.

Dan satu lagi petua, saya amalkan vitamin C +nutriferon semasa menyusukan anak. Memang membantu!!

Semoga tips ini sedikit sebanyak membantu anda!! :)


Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Sunday, June 8, 2014

Vitamin boleh jadi masker untuk hilangkan jerawat???

Jerawat? Jeragat? Memang jadi musuh utama para wanita. Kadang-kadang bila seharian kepenatan, muka pun terabai, lepas tu muncullah jerawat bagai.

Tapi banyak customer saya nak kesan cepat untuk jerawat ni..sebab makan vitamin memang selalu ambil masa sikit. So saya akan cadangkan makan vitamin dan juga buat masker vitamin untuk menghilangkan jerawat dan jeragat.

Ada macam-macam cara nak buat masker ni, jom intai sikit...:)


Masker vitamin E

Masker vitamin E ni selalu digunakan untuk menghilangkan jerawat yang timbul tiba-tiba...memang kalau malam buat masker tu pagi tu boleh kering jerawat yang muncul tu. Terbaik!!
1. Picit vitamin E
2. Sapu minyak dari pil tu
3. Biar kering semalaman

vitamin e
vitamin E
Masker ESP+ Vitamin C

Masker ni selalu untuk mencerahkan lagi kulit..bila dah masker ni, memang kulit akan bertambah cerah dan gebu! Kalau rasa muka kering sangat boleh tambah yogurt. :)

masker vita c + esp





Nak cara membuat masker yang lebih detail? Jom roger saya..kita chit chat!!
Lupe plak, promo VITAMIN E masih ON!! JOM BORONG!!


Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Thursday, May 1, 2014

HOMEMADE RICE CEREAL >> LAGI SEDAP >> TANPA PENGAWET DAN PEWARNA!

Assalamualaikum semua,
Lama tak update blog ni, tersangatlah busy..anak perempuan saya dah menginjak 6 bulan lebih, nak masuk 7 bulan dah pun tapi sekarang baru nak bagi makan..hehe..biar dia betul-betul rasa nak makan baru bagi.

Ok semalam punya projek.. tak sampai 15 min saya dah siap buat homemade cereal ni. janji cuaca panas terik, Memang boleh siap!

Jom tengok cara-cara buat rice cereal yang sangat simple :

beras
Step 1: Basuh dan toskan beras . Lepas tu keringkan bawah matahari yag memang terik. Sehari je saya keringkan memang dah kering habis
beras kuning
Untuk memastikan beras tu dah kering betul-betul, sangai beras sampai kekuningan. Pastikan api perlahan dan kena kacau selalu. Lagi satu, bila sangai rasa wangi sikit beras tu :)

blend beras
Masukkan dalam blender dan blend sampai halus. Ni blender yang paling best saya pernah jumpa. Thanks to my mom sebab hadiahkan. Sangat-sangat berguna!

ayak tepung
Wajib ayak untuk dapat tepung yang betul-betul halus

beras halus
Tada!!! Halus kan..very fine! best !


simpanan beras
Simpan dalam bekas kering dan kedap. Boleh guna bila-bila perlu

simpanan beras
Masak atas api perlahan selama 5 -10 minit. Boleh campur maca-macam puri dalam ni. Kalau breakfast bagi la puri buah ke, puri sayur ke..Nyumnyum,...lagi rasa best
 Tu jer nak share hari ini.. Nanti saya share lagi kalau buat puri yang lain..:)
Selamat mencuba!
Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Monday, March 31, 2014

SIAPA NAK TIPS SLIMMING YANG SUPER HEBAT???

 Fuh, baru siap slimming booklet khas untuk customer dan rangkaian ahli bawah saya..EKSLUSIF ye..
Bukan semua boleh dapat ni..hanya yang membeli dari rehanswardrobe atau ahli bawah kami...kenapa ekslusif? Sebab kami 1-1 dengan customer untuk memberikan hasil yang hebat!!

Nak baca tips menarik? Ada 2 pilihan:

1. Beli apa-apa produk shaklee dari kami atau

2. Register ahli dengan kami

Mudah sahaja kan!!!
Baru email kat customer..teruja dia untuk misi kurus!!hehe...


booklet :)




Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Sunday, March 2, 2014

ORGANIZING : Rempah & Santan

Ok jom kita share cerita tentang home organizing pulak, wee,teruja tau nak kemas rumah baru..dan HARUSLAH penat yang bertan2 sebab perah otak jugak nak susun barang bagi betul-betul organize.

Nak tahu rutin saya lepas ambil anak dari rumah mak saya buat apa? Masuk rumah, bagi salam, bukak tudung, sinsing lengan baju dan mula untuk memasak..Sebab paling awal saya sampai rumah pun dalam 6.30 - 6.45 pm, so saya kalau boleh memang nak siapkan b4 magrib atau paling lewat before kul 8 sebab by 8 pm tu saya dah boleh santai2 dah..dan encik suami balik memang perut dah lapar bunyi macam-macam lagu dah..

So sebab tu sangat penting organize barang dapur..sebab itu jugaklah saya kemas dapur dulu lepas pindah hari tu..

Macam mana saya simpan rempah? Sebelum ni dalam bekas-bekas biru yang pernah saya beli kat groupun dulu, terletak elok dalam laci, tapi Syamil boleh capai dan dia dah tumpahkan serbuk kari tu..huhu..sejak tu terfikir2 cam mana nak simpan since kabinet atas tu kalau boleh saya nak simpan dekat dengan tempat masak so saya nak capai.tapi ruang sangat kecil plak..so terpaksa saya tukar kepada jag yang comel.. daiso mari RM 5 sebijik,,mcm mahal ,tapi cute dan ruang sangat limited saya memang pakai benda ni..


Saya label di pemegang je sebab senang nampak. Father in law saya puji ni..hihi..die kata macam dalam lab dah..hehe..tapi memang sangat membantu label ni esp bila saya pernah terkonfius dengan serbuk ikan dan daging..habis kari jadi tak sedap..hihi..nampak teratur..perfect dengan bekas minyak kat sebelah tu.. ;)

Ini pula cara saya simpan santan..kalau dulu2 beli santan peket tu terus campak je dalam peti sejuk. hihi..so bila time emergency nak guna memang haru lah..so saya letak dalam bekas ais macam dalam gambar. so bila nak masak tu saya keluarkan kiub 1 je..senang cair bila masuk dalam masakan..




Kalau tengok kat sebelah santan tu ada cili giling yang dah di bekukan..sebab saya blend banyak2 terus. Masa weekend la selalu MIL saya buatkan..tips untuk tahan lebih lama..letak garam dalam cili tu..memang tahan..dan kalau lagi bagus letak dalam freezer macam dalam gambar..1 day before boleh turunkan kalau bekas yang sebelumnya dah habis..

ps : so tak perlu tambah garam dalam masakan..rasa dulu baru add on..kang terlebih masin plak..:P

Sekian tips untuk hari ini...;)


Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Popular Posts

© REHAN'S WARDROBE | Template Designed By MH