Pages

Follow US

Our Video

Saturday, March 29, 2014

FENOMENA SHAKLEE MASIH HANGAT!!!


Lama dah tak update sini..Sangat sibuk dengan urusan kemas rumah dan juga urusan shaklee yang telah diperketatkan RULES nya...

Jika sebelum ini ramai customer saya menikmati harga ahli tanpa menjadi ahli, tapi kini pihak shaklee telah enforce untuk STANDARDIZE harga ahli hanya untuk ahli sahaja. Kira privillege harga ahli untuk ahli je...kira ekslusif hanya untuk ahli..

Jadi jika sesiapa yang masih nak harga ahli, anda boleh mendaftarkan diri sebagai ahli dengan saya..senang sahaja nak daftar..

~ Bayar RM 65 atau beli barang untuk RM 650 ( free membership)
~ Bagi details lengkap
~ Saya akan klik2 dan siap online registration

Murah je RM 65 tu sebab saya sangat yakin anda akan dapat balik RM  65 tu melalui bonus anda...ha...mana lagi untung? Nak beli harga retail atau nak jadi ahli dengan pelbagai benefits yang tak terkira..

So once anda dah jadi ahli, anda boleh buat pilihan untuk buat biz sebagai side income atau untuk kegunaan sendiri..tapi jika untuk kegunaan sendiri pun masih ada benefits yang boleh dapat..classs gitu kan..;)
















Sesiapa mahu join kami untuk biz marketing yang hebat, boleh PM kami..:)

Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Tuesday, March 4, 2014

INDEKS GLISEMIK RENDAH SINONIM DENGAN DIABETES? APA PERANAN ESP disini?



Indeks glisemik (GI) adalah tahap glukos dalam darah seseorang. Semakin tinggi GI semakin tinggi paras gula dalam darah. Kajian dahulu menyatakan GI yang rendah boleh mengurangkan risiko sakit jantung, diabeted, stroke, depresi, dan kanser payudara.

Tahukah anda ESP di keluarkan dengan GI yang rendah..memang sangat sesuai untuk pesakit diabetes. Emak saya pun consume ESP ni sebab malas nak makan banyak2 ubat..So jom berESP sempena 6 TONG ESP YANG BAKAL MENDAPAT 1 TONG FREE...Hebat tawaran bulan mac ni kan..So jom cuba sebelum stok licin!!!


Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Sunday, March 2, 2014

ORGANIZING : Rempah & Santan

Ok jom kita share cerita tentang home organizing pulak, wee,teruja tau nak kemas rumah baru..dan HARUSLAH penat yang bertan2 sebab perah otak jugak nak susun barang bagi betul-betul organize.

Nak tahu rutin saya lepas ambil anak dari rumah mak saya buat apa? Masuk rumah, bagi salam, bukak tudung, sinsing lengan baju dan mula untuk memasak..Sebab paling awal saya sampai rumah pun dalam 6.30 - 6.45 pm, so saya kalau boleh memang nak siapkan b4 magrib atau paling lewat before kul 8 sebab by 8 pm tu saya dah boleh santai2 dah..dan encik suami balik memang perut dah lapar bunyi macam-macam lagu dah..

So sebab tu sangat penting organize barang dapur..sebab itu jugaklah saya kemas dapur dulu lepas pindah hari tu..

Macam mana saya simpan rempah? Sebelum ni dalam bekas-bekas biru yang pernah saya beli kat groupun dulu, terletak elok dalam laci, tapi Syamil boleh capai dan dia dah tumpahkan serbuk kari tu..huhu..sejak tu terfikir2 cam mana nak simpan since kabinet atas tu kalau boleh saya nak simpan dekat dengan tempat masak so saya nak capai.tapi ruang sangat kecil plak..so terpaksa saya tukar kepada jag yang comel.. daiso mari RM 5 sebijik,,mcm mahal ,tapi cute dan ruang sangat limited saya memang pakai benda ni..


Saya label di pemegang je sebab senang nampak. Father in law saya puji ni..hihi..die kata macam dalam lab dah..hehe..tapi memang sangat membantu label ni esp bila saya pernah terkonfius dengan serbuk ikan dan daging..habis kari jadi tak sedap..hihi..nampak teratur..perfect dengan bekas minyak kat sebelah tu.. ;)

Ini pula cara saya simpan santan..kalau dulu2 beli santan peket tu terus campak je dalam peti sejuk. hihi..so bila time emergency nak guna memang haru lah..so saya letak dalam bekas ais macam dalam gambar. so bila nak masak tu saya keluarkan kiub 1 je..senang cair bila masuk dalam masakan..




Kalau tengok kat sebelah santan tu ada cili giling yang dah di bekukan..sebab saya blend banyak2 terus. Masa weekend la selalu MIL saya buatkan..tips untuk tahan lebih lama..letak garam dalam cili tu..memang tahan..dan kalau lagi bagus letak dalam freezer macam dalam gambar..1 day before boleh turunkan kalau bekas yang sebelumnya dah habis..

ps : so tak perlu tambah garam dalam masakan..rasa dulu baru add on..kang terlebih masin plak..:P

Sekian tips untuk hari ini...;)


Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Monday, February 17, 2014

Bye-Bye to jerawat dan jeragat!



Saya tahu perasaan wanita bila jerawat or jeragat muncul di muka..wah..sangat lah annoying..tak best sungguh..kurang keyakinan diri, asyik fikir macam mana nak hilangkan jerawat tuh..fikir punya fikir, lagi stress dan lagi menjadi2 jerawat tu..hehe...so jom take 5, rilek-rilek...jom kita tengok solusinya satu per satu..confirm nak pilih solusi yang terbaik di abad ini...

Produk yang saya nak cerita bukan setahun atau dua tahun bertapak tau..dah berpuluh-puluh tahun bertapak dah..siapa yang dah cuba mesti jatuh hati pandang pertama dah...hehe..overrrrr...:P

Sebelum tu, jom kita gali info sikit kenapa jerawat dan jeragat ni terjadi..

Jerawat terjadi bila kelenjar kulit terganggu dan pori-pori halus tersumbat dengan bakteria, kuman atau minyak
jerawat
Sumber : google : SF Medica


Faktor terjadinya jerawat / jeragat :

1 ) Keturunan
2 ) Stress : stress ni memang kawan baik untuk jerawat tau. Bila stress sikit je mesti mula lah rasa nak naik jerawat tu.
3) Bakteria : kalau terdedah pada bakteria atau cuaca yang tidak berapa baik pun boleh mengakibatkan jerawat
4) Pemakanan : Makanan yang berminyak dan berlemak yang berlebihan boleh mendorong ke arah pembentukan jerawat
5) Penggunaan alat solek yang tidak sesuai
6) Hormon inbalance - selalunya terjadi pada wanita yang haid ( selalu jerawat akan timbul dan hilang selepas beberapa hari )
7) Toksik berlebihan dalam badan
8) Resdung

HINDAR JERAWAT??BAGAIMANA?

* Elak stress
* Pengambilan air lebih dari 2 liter air setiap hari
* Basuh muka selalu ( lebih baik dengan air suam untuk menghalang bakteria2)
* Jauhi makanan berlemak/berminyak
* Amalkan pemakanan yang sihat, lebihkan buah-buahan dan sayur
* Penggunaan alat solek atau bedak yang kurang bahan kimia

Antara Supplemen yang membantu untuk mengurangkan masalah jerawat :

# B compleks - mengurangkan stress, memberi tenaga kepada kulit
# Vitamin C - mengurangkan pigmentasi dan kesan UV
# Vitamin E / GLA - antioksidan yang terbaik untuk kulit dan cegah penuaan serta menstabilkan hormon
# Energizing Soy Protein - membaiki kulit dan tisu yang rosak serta melembut dan melicinkan kulit
# Zink - Mengurangkan luka berdarah akibat jerawat dan mengecutkan jerawat
# Alfalfa - Detoks toksin di dalam badan

Tambahan :
# Pencuci muka + toner nutriwhite atau enfuselle ( bergantung pada kulit muka masing-masing)

 Wah banyaknye supplemen kena ambil???? Koyak lah macam ni...hihi..saya pasti ramai yang mengeluarkan komen begini, Saya akan suggest set yang sesuai dengan masalah yang anda hadapi ;) so no worries.

set jerawat dan jeragat


 




Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Thursday, February 6, 2014

MENGAPA SHAKLEE MAMPU BERTAHAN SEHINGGA KE HARI INI??

Ramai yang masih tak tahu lagi rupanya keunikan shaklee..ok jom kita imbas balik...;)

Antara yang menjadikan Shaklee adalah no 1 syarikat supplemen adalah dengan sebab-sebab di bawah :-

1. Shaklee melakukan lebih 100000 ujian tahunan untuk memastikan keselamatan dan keberkesanan produk tersebut

2. Semua produk shaklee melalui 100% ujian untuk menjamin kualiti dan juga bahan yang terkandung di dalamnya

3. Semua bahan dalam shaklee adalah terjamin di bawah protokol shaklee yang sangat peka terhadap kualiti dan keselamatan melalui lebih 350 ujian kimia

4. Saintis Shaklee merekacipta formula yang unik agar bahan di dalamnya selamat dan berkesan digunakan

5. Shaklee menawarkan S.M.AR.T bioavibility untuk penyerapan nutrien/vitamin ( ni saya cerita lagi detail kat bawah ye )

6. Shaklee menetapkan piawai dengan tidak boleh menggunakan perisa tiruan, pemanis, dan perasa tambahan. Soya yang digunakan juga adalah base non GMO

7. Shaklee mempunyai GOOD MANUFACTURING PRACTICES standard


Ha, banyak kan kelebihan shaklee yang kita tak tahu? Sebab tu ramai yang memilih shaklee..kualitinya terjamin dan memang selamat untuk digunakan..


Gambar di atas ni lah menunjukkan SMART system Shaklee. Ia menunjukkan setiap vitamin di bebaskan di organ2 tertentu pada masa yang tertentu..hebat kan? Contoh : Vitalea mempunyai folik asid dengan mikrocoating untuk pembebasan segera di perut. Sebab tu ramai pilih SHAKLEE ;)

PS: PROMO HEBAT BULAN FEBRUARI : VITALEA BUY 6 FREE 1 atau SEBOTOL DENGAN HARGA RUNTUH, SMS/WA 0122319979



Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Thursday, January 23, 2014

KAFEIN PENYEBAB SUKAR UNTUK HAMIL??


Bila baca tentang info kafein baru tersedar kafein ini sangat buruk kesannya daripada yang baik. Oh no..dahlah baru-baru ni gian nak minum teh dan kopi aje, HARUS STOP!!!

Dipetik dari Journal Diabetes Care 2005, pengambilan kafein yang berlebihan boleh meninggikan rintangan insulin, bila  rintangan insulin meningkat, proses ovulasi boleh terganggu dan seterusnya boleh mengurangkan risiko untuk hamil.

Selain itu untuk ibu hamil, pengambilan kafein akan mengecutkan salur darah dan seterusnya boleh mengurangkan penghantaran darah ke dalam plasenta menyebabkan janin akan terjejas pertumbuhan selnya dan boleh mengakibatkan gugur jika janin tidak kuat.

Ha, dah nampak jelas kan..bukan tak boleh minum langsung tapi, sekali sekala bolehlah untuk lepas gian..hehe..tapi sebaiknya terus STOP..

Nak tahu kesan negatif yang lain ?

kafein







Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Monday, January 20, 2014

SHAKLEE HARAM? KE HALAL? JOM SIASAT!!

Kebelakangan ini selalu sahaja ada produk-produk yang di CLAIM tak halal or tak mengikut piawaian tertentu yang di gariskan oleh KKM..so sy nak UPkan entri tentang isu halal haram tentang produk shaklee..khas untuk semua customer saya dan juga untuk bakal customer saya..hehe...

Shaklee merupakan produk keluaran USA yang telah lebih 50 tahun bertapak. Sepanjang tempoh itu, Alhamdulillah tidak ada sebarang penolakan dari kerajaan atau kementerian kesihatan..cuma kadang2 ada pihak yang mahukan kepastian. Tak salah untuk mencari yang HALAL..yes, jika anda ragu-ragu maka yang halal pun memang akan jadi haram. Itulah hukum alam..:)

Inilah sijil Halal yang di iktiraf oleh ISA ( Islamic Services of America )


Kenapa bukan JAKIM yang iktiraf? Sebab produk itu diimport dari USA.. JAKIM mengiktiraf halal dari produk keluaran Malaysia. Jadi jangan konpius naaa....Tapi saya ada info hebat untuk anda...

ISA adalah satu badan yang diiktiraf oleh JAKIM
 Nampak tak? Jelas tak? Nak lagi info?

ISA diiktiraf oleh JAKIM sejak 1982
Ha, amik..sejak 1982 di iktiraf oleh JAKIM. Anda perlukan apa lagi? Tak percaya juga, jom ikut saya pergi USA buat kajian..:P

Dah hampir 16 bulan saya menikmati income dari bisnes ini, jika HARAM hasilnya, HARAM jugalah darah daging saya dan anak-anak.. Dan saya antara yang sangat particular bab-bab halal haram ini..kadang-kadang nak makan di rumah kawan saya India pun saya akan selidik betul-betul. Apatah lagi sumber pendapatan saya kan???

:) Senyum selalu untuk ketenangan hidup yang berpanjangan...:)





Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Popular Posts

© REHAN'S WARDROBE | Template Designed By MH