Pages

Follow US

Our Video

Saturday, March 16, 2013

PERIOD PAIN..memang sakit!

period pain

Sebut pasal PERIOD PAIN atau SENGGUGUT memang semua wanita yang pernah mengalaminya gerun. Memang sakit bersalin lagi sakit. Tapi sakit ni jika bulan-bulan mengganggu hidup, memang serba tak kena.

Masa saya belajar dulu, ada rakan saya yang hampir 2 hari MC sebab sakit yang tak tahan sampai muntah dan pengsan. Pelik juga, walaupun saya pun bulan-bulan tak pernah miss sakit tuh, tapi Alhamdulillah boleh lagi pergi ke kelas cuma nak fokus tu susah sikit.

Sebab period pain ni sakit dia tak sama untuk semua wanita. Ada yang MILD je, ada yang sakit teruk ada yang tak pernah sakit pun ada.  Ada yang cakap lepas bersalin dah tak ada senggugut. No! Dah bersalin pun ada yang masih senggugut ok!

Antara simptom-simptom period pain :
1. Sakit abdomen yang amat ( tak boleh nak describe sebab yang alami sahaja tahu..:) )
2. Sakit tulang pinggang dan ke bawah
3. Tidak boleh fokus atau berjalan dengan baik
4. Muntah atau pengsan ( kes teruk)

Antara sebab-sebab berlakunya period pain :
1. Serviks sempit
2. Ovari ada cyst
3. Infeksi
4. IUD mengganggu

LAGI SATU : Ia terjadi sebab rahim dirangsang oleh PROSTAGLANDINS, sejenis bahan kimiah yang terlibat dalam kesakitan dan keradangan). So semakin banyak PROSTAGLANDINS, semakin bertambah lah sakit itu.


CARA-CARA UNTUK MENGURANGKANG PERIOD PAIN :

1. Diet yang seimbang dengan buah dan sayuran. Fiber yang cukup boleh menyingkirkan estrogen yang berlebihan.
2. Pengambilan vitamin E, Kalsium , Magnesium dan Vitamin D yang cukup. Kalsium dan magnesium berfungsi untuk mengurangkan kejang otot pada perut dan menyokong sakit tulang akibat period pain
3. Regular check up . Bincang dengan doktor jika sakit yang teruk

4. Elakkan XENEOESTROGEN & PHYTOESTROGENS kerana dua bahan ini mengakibatkan menstrual cramps. XENEOESTROGEN selalu didapati dalam shampu atau serbuk cuci ( yang ni lah sebab kita digalakkan guna bebas toksik ;) ) PHYTOESTROGENS pula selalu terdapat dalam herba-herba buatan sendiri.Kedua unsur ini boleh mengakibatkan kekurangan vitamin B dan Magnesium sekaligus membawa kepada kejang perut semasa period

5. Baring dalam posisi yang selesa
6. Tuam perut dengan botol panas berbalut ( saya pernah buat dulu memang mujarab) . Ia seakan merelease otot masa kejang
7. COKLAT ( yang ni bergantung pada individu. saya suka coklat dan ia membantu hilangkan sakit saya..hehe)

JOM CURE PERIOD PAIN dan jalani hidup dengan ceria!




Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Tuesday, March 12, 2013

Apple pie sedappppp

Hari ni nak tukar selera pula update blog, semalam dah berjaya buat PIE EPAL...memang sedap..cuma manis sebab saya guna epal merah yang manis. so tak terfikir nak kurangkan manis dalam inti tu..heheh...tapi memang tercapai hajat lah..:)

Bahan-bahan :

Inti :
6 biji epal ( hijau /merah)
200 g gula pasir
20 g tepung jagung
sedikit air

Untuk Doh:
500 g tepung gandum
200g gula halus ( tak nak pun tak ape sebab inti pie tu dah manis)
200g mentega
2 biji telur
Esen vanila


Ni bahan-bahan untuk inti epal. Panaskan air dan gula

Lepas tu masuk epal yang dah dipotong dadu. Masak sehingga perang. Angkat dan ketepikan


Ni doh tepung, masuk semua bahan2 doh dan gaul sebati. Pakai tangan je baru tahu tekstur
Simpan dalam peti sejuk 30 minit
 Letak lapisan pertama doh lebih kurang 1/2 inci. Pastikan loyang digris dengan mentega dan tepung. Kalau nak senang guna acuan pie. Saya ni nak cepat so pakai loyang je. hihi


Masukkan inti epal yang dah masak tadi. Ratakan

Letak lagi lapisan di atas untuk tutup epal. Pastikan tutup betul-betul. Masak dalam ketuhar 200 degree selama 20 minit. Tengok sekali sekala perubahan dalam ketuhar tu.

Tadaa...dah siap...boleh potong dan makan.. Saya makan dengan ESP..memang kombinasi hebat!hehe..





Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Monday, March 11, 2013

GIGI & KALSIUM

kalsium

Hari ini saya nak cerita pasal gigi pula. Saya suka buat research tentang mineral dan vitamin. So alang-alang bulan ni promo OSTEMATRIX..so kita gali ilmu tentang keperluan kalsium dalam hidup kita.

Tahukah anda 1/3 daripada gigi kita terdiri daripada kalsium. So kalau kalsium tak cukup, agak-agak kukuh tak struktur gigi kita?Mestilah tak kan. Sebab tu dari kecil disarankan minum susu la...makan ikan bilis la dan macam-macam. Keperluan kalsium adalah seiring dengan pertumbuhan umur masing-masing.

Kanak-kanak dan remaja perlukan kalsium tinggi untuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat. So bila dah tumbuh gigi kekal tak perlu dah kalsium ke???A BIG NO!

KALSIUM perlu sepanjang hidup untuk mengelakkan tulang dan gigi rapuh...Bila kalsium kurang, ini salah satu yang boleh terjadi...GIGI RAPUH...bila gigi rapuh mulalah berlubang ke...lepas berlubang ada yang kena cabut..nak ker??

So jangan ambil remeh dengan keperluan kalsium. Make sure your calcium intake is sufficient ;)







Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Tuesday, March 5, 2013

INSOMNIA ~ Susah tidur

INSOMNIA ~ Susah tidur

Tahukah anda nikmat tidur sangat penting untuk manusia? Macam Nabi pernah beritahu, 1/3 malam adalah untuk tidur. Jadi, bila tidur tak cukup atau sukar tidur, hari berikutnya tentu memenatkan dan tidak produktif.

Antara sebab mendapat insomnia adalah :
1. Stress
2. Mengambil ubat-ubatan
3. Masalah kesihatan atau kesakitan
4. Pola pemakanan yang tidak baik
5. Kafein intake
6. Merokok dan alkohol
7. Kerap berfikir dan tidak berehat

Ramai yang mengalami susah tidur walaupun penat seharian. Ada yang bergantung dengan pil tidur sehingga pil tidur pun tidak boleh memberikan kesan yang baik.

Antara cadangan untuk tidur lena ialah :
1. Mandi dengan air suam sebelum tidur
2. Mengambil segelas susu atau produk tenusu
3. Elakkan kafein
4. Pengambilan Kalsium+Magnesium yang cukup

Jom tengok apa mereka kata :

Tentukan yan terbaik untuk anda...saya ada pilihan yang terbaik...OSTEMATRIX...Lebih dari sekadar kalsium...:)

INSOMNIA ~ Susah tidur















Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe





Saturday, March 2, 2013

OSTEOPOROSIS~ A SILENT DISEASE

Saya kenal apa itu osteoporosis masa tengok iklan susu dulu-dulu.. Bagaimana tulang tiba-tiba membengkok..ngeri tengok. Tapi masa tu kecil lagi, mana tahu sebab apa jadi macam tu semua. Tapi selalu mak pesan..minum susu..minum susu... Fuh. Saya admit saya tak suka minum susu putih. Saya lagi suka minum yang berperisa which i knoe sometimes its not good sebab banyaaak gula.

Ok, jom share pasal OSTEOPOROSIS.

Apa itu osteoporosis? Ia adalah tulang yang menjadi semakin lemah dengan peningkatan usia. Atau lebih tepat, hilang jisim tulang dan struktur tulang yang sepatutnya. Kira macam tulang akan jadi rapuh, poros.

No simptom for this disease..sebab its a SILENT DISEASE. Hanya tahu bila tulang retak or patah. Lepas tu baru maybe diagnos dengan OSTEOPOROSIS...

Antara faktor untuk terjadinya osteoporosis ialah :
1. Usia tua
2. Hormon seks yang berkurang ( terutama selepas menopous)
3. Sejarah keluarga
4. Cara pemakanan
5. Kurang bersenam
6. KEKURANGAN KALSIUM dan VITAMIN D


OSTEOPOROSIS

Sebab itu pengambilan kalsium sangat penting untuk semua terutama wanita.

Salah satu cara merawat osteoporosis ialah mengambil keperluan kalsium yang secukupnya, pengambilan vitamin D untuk penyerapan kalsium yang lebih baik dan kerapkan bersenam.

So jom bagi yang terbaik kepada keluarga kita...:)Saya dah beri, dan mereka sangat berpuas hati. Anda bila lagi?

ostematrix


Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Popular Posts

© REHAN'S WARDROBE | Template Designed By MH