Pages

Follow US

Our Video

Friday, September 12, 2014

Bersalin secara Induce : Keperluan atau paksaan?

Baca tajuk pun dah tahu kan saya nak cerita tentang apa kan? Ibu-ibu yang mengandung perlu tahu serba sedikit tentang INDUCE.

Apa itu induce? Induce merupakan satu kaedah yang digunakan oleh doctor-doktor untuk merangsang kelahiran anak secara tidak semulajadi.


Perlu anda ketahui ada tiga tanda-tanda untuk bersalin iaitu 
a) Air ketuban pecah
b) Tanda darah yang keluar
      c)   Kontraksi atau sakit pinggang beritma mengikut kadar masa.

Namun begitu, doctor juga akan memeriksa kandungan seperti denyutan jantung bayi, kandungan air ketuban mencukupi dan keadaan bayi itu sendiri.  Tetapi akan wujud sesetengah keadaan yang menyebabkan doctor membuat keputusan untuk induce. Antara keadaan tersebut adalah seperti :     

      a) Tarikh bersalin (EDD) sudah hampir atau melepasi 41 minggu namun masih tiada tanda-tanda untuk bersalin
b    b)  Air ketuban sudah pecah namun tiada kontraksi yang berlaku, mungkin boleh menyebabkan bayi lemas atau terpaksa dibedah
      c)   Jangkitan dalam rahim
      d)  Kurang air ketuban 
           e)  Keadaan kesihatan yang tidak berapa baik seperti diabetes dan tekanan darah tinggi
f     f)    Uri bermasalah

Pengalaman bersalin induce   :Anak saya kedua-duanya induce. Dan sakitnya memang yang amat. Semestinya sakit bersalin tu sakit. Namun doctor saya beritahu induce memang lagi sakit sebab kita paksa bayi tu keluar secara tidak semulajadi. Kalau diberi pilihan, anda boleh menunggu sehingga 42 minggu untuk berbuat keputusan untuk induce atau tidak. Macam kes anak 1 saya dulu, saya baru mencecah 40 minggu dan di hari EDD saya diinduce sebab doctor kata heart beat bayi rendah. Malam tu saya di drip masuk air dulu, lepas tu heart beat dah ok, saya pula tak terfikir untuk pulang ke rumah. Terus tengah malam itu saya dah diinduce. Kalau ikut keadaan, saya boleh tunggu lagi sampai minggu ke 42.

Nasihat saya untuk para ibu, jangan terburu-buru untuk induce kerana hendak mempercepatkan proses bersalin. Kerana sakit itu memang sakit yang amat dan Allah pasti akan menciptakan sesuatu dengan fitrahnya.Ramai ibu di barat akan hanya fikir untuk induce jika sudah lebih 42 minggu atau sebab-sebab yang lain seperti rumah terlalu jauh dengan hospital dan sebagainya.

Zaman dulu semua mana pernah induce bagai kan? Semuanya natural. Macam saya pun disebabkan ada kemudahan seperti epidural, gas penenang, kita lagi jadi manja...hehe..

Induce ada 2 jenis : satu adalah memasukkan ubat sebesar panadol (prostaglandin ) ke dalam vagina. Ia untuk melembutkan rahim dan mempercepatkan bukaan servik.

Lagi satu adalah dengan memasukkan air secara drip. Dalam drip tu akan dimasukkan sejenis ubat (hormon oxytocin)  yang mempercepatkan bukaan rahim dan kontraksi



Video ni saya tonton tentang mempercepatkan proses bersalin secara semulajadi. Tapi bab akupuntur tu saya tak berani jamin naaa...Apa-apa pun refer pada yang pakar :)

Petua tradisional ibu saya bila dah start sakit or contraction :

* castor oil+telurgoreng+nasi lembik : yang ni memang untuk kakak and kakak ipar berkesan..untuk saya mmg tak dapat la..rahim tebal sangat
* Air jintan manis panas

Tapi apa-apa pun, semulajadi is the BEST!!



Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

© REHAN'S WARDROBE | Template Designed By MH