Selamat hari minggu semua. Harap semua berada dalam keadaan yang sihat-sihat selalu.
Dunia penyusuan susu ibu merupakan momen indah untuk semua ibu walaupun terpaksa melalui pelbagai rintangan.
Sebagai ibu kepada 2 orang anak saya, penyusuan susu ibu memerlukan kesabaran yang sangat tinggi lebih-lebih lagi jika anda meneruskan perjuangan walaupun setelah kembali bekerja.
Untuk anak pertama, hampir 12 bulan saya mengusung beg pam dan pam di ofis selama setahun. Kemudian saya disahkan mengandung dan terpaksa berhenti menyusu syamil kerana susu mulai kurang.
Kini perjalanan itu kembali untuk anak kedua saya. Hampir 11 bulan mengusung beg pam juga. Pengalaman yang indah.
Sepanjang perjalanan penyusuan, saya mendapati ramai yang akan mengalami kekurangan susu ibu atas sebab-sebab tertentu. Jadi, bila ada sahaja MILK BOOSTER yang diwar-warkan terus sahaja mereka mencuba dan menyangka akan mendapat susu yang meriah.
SALAH TANGGAPAN ITU.
Memang ada banyak petua banyakkan susu ibu. Tapi yang paling penting dan mustahak adalah untuk mengekalkan supply susu ibu. Sepanjang tiga tahun lebih ini yang saya tahu, asas untuk mengekalkan supply susu ibu adalah KERAP PAM SETIAP TIGA JAM, MINUM AIR MASAK 3 LITER dan KURANGKAN STRESS.
Jika anda amalkan 3 konsep di atas, anda boleh cari iktihar lain seperti milk booster dan lain-lain lagi.
Sebagai penjual alfalfa dan ESP, saya sangat menitik beratkan tiga konsep ini untuk customer saya dan bukan memberi janji-janji kosong semata-mata melariskan jualan.
Ok, dah bebel banyak ni, jom tengok sekilas petua banyakkan susu ibu mengikut pengalaman saya. Lain orang lain milk booster ye. Jangan samakan dan jangan bandingkan. Anda boleh cuba tetapi jangan mengharap hasil yang sama kerana lain badan lain fungsi nya.
Tips banyakkan susu ibu :
1. Minum air suam 3 liter sehari
2. Nasi yang banyak ( ni masa pantang saya amalkan sebab memang susu meriah masa tu )
3. Bawang putih
4. Kurma dan horlicks
5. ESP
6. Alfalfa
7. Ikan yu
8. Lobak putih
Dan macam-macam lagi lah...jom share milk booster anda! :)
Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe