Salam semua,
Belum terlambat untuk saya ucapkan selamat menduduki peperiksaan UPSR kepada semua pelajar tahun 6. UPSR merupakan titik tolak untuk maju ke hadapan. Sewaktu saya menghadapi UPSR dulu, saya betul-betul dah tak ingat bagaimana saya belajar masa tu sebab dah 17 tahun berlalu. Tapi masih segar dalam ingatan saya apabila menduduki PMR dan SPM. Ingat lagi bagaimana saya membuat persediaan yang rapi untuk menghadapi peperiksaan itu. Saya bukanlah pelajar yang cemerlang atau nombor satu di sekolah. Tetapi saya rajin. Hee..masuk bakul angkat sendiri. Tapi itulah hakikatnya. Bila saya bersungguh baru saya akan dapat kejayaan tersebut.
Masa PMR, memang saya aim 8 A. Sebab ayah saya betul-betul mengharap selepas abang saya. So, saya pun memang push diri saya untuk dapatkan 8 A tersebut. Mungkin apa yang saya share tentang pengalaman saya tak sama dengan persekitaran sekarang yang banyak cabaran terutama dengan wujudnya gajet-gajet canggih dan internet di hujung jari. Oh ya, PMR tu saya dapat 6A 2 B. Itu pun dah menangis teruk-teruk dah. Hehe…Tapi syukur sebab memang terbayar segala penat lelah. Masa SPM pun saya berusaha juga, tapi tak de rezeki saya mungkin, hanya mampu mendapat 3A dan 6B.
Kepada ibu-bapa sekalian, ingatlah bahawa dari kecil lagi perlu didik anak tentang kepentingan pembelajaran. Ayah saya selalu tekankan saya kena dapat DEGREE. Memang dia sebut hamper setiap hari. Even emak saya yang tak belajar tinggi-tinggi pun berdoa yang sama untuk saya.
Ok,sudah cerita tentang saya. Jom kita imbas balik tips-tips hebat yang pernah saya gunakan. Saya juga ada menambah sedikit tips hasil 2 tahun saya bersama Shaklee. Jangan terkejut ye, sebab saya bukan suruh buat bisnes masa belajar. Cuma konsep yang kita gunakan adalah sama dalam semua aspek. Back to basic!
ANTARA TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN :
1 Set target untuk dicapai semasa peperiksaan. Pastikan target anda logik dan usaha anda perlu setaraf dengan target anda. Sebaiknya, target perlu di buat pada awal tahun lagi. Tetapi, masih belum terlambat sekiranya peperiksaan bakal tiba 3 atau 4 bulan lagi. Jika esok nak periksa baru harini nak buat target memang tak logik ye.
1. Tulis target anda di atas kertas. Tulis besar-besar dan tampal di depan meja anda ke, depan cermin ke, atas katil ke. Janji tempat yang anda tengok hari-hari. Anda perlu tahu target yang ditulis lebih berkesan daripada sekadar impikan dalam minda ( ini memang betul dan ramai pakar motivasi sudah membuktikan).
Kalau saya dulu, saya tiru gaya abang saya. Di setiap buku rujukan abang saya akan tulis 8 A in PMR di bawah tu. Setiap buku, setiap buku nota dan latihan dia akan buat begitu. So saya pun akan buat begitu. Minda separa sedar kita akan sentiasa lihat dan rakamkan dalam minda.
1. Sebut hari-hari tentang target anda. Katakan anda nak capai 8 A dalam PMR, sebut hari-hari ‘SAYA DAH DAPAT 8A DALAM PMR’. Sebut begini ye. Jangan tanya kenapa, sebab cara ini lagi berkesan
2. Doa secara spesifik. Sentiasa tidak jemu untuk berdoa setiap kali solat, suruh ibu bapa doakan. Suruh guru doakan. Buat solat hajat dan tahajjud jika larat. Jika saya dulu, saya suka suruh ibu saya doakan sebab memang doa ibu adalah paling hebat sekali.
3. Jaga pemakanan. Elakkan makan makanan yang masam dan junk food kerana ia boleh melembabkan otak. Banyakkan mengambil nutrient asas dan sayur-sayur serta buahan. Lebihkan makan ikan. Jika tidak gemar makan sayur atau makanan anda tidak seimbang boleh mengambil multivitamin ( vitalea atau mealshake). Omega guard boleh di ambil untuk meningkatkan memori. Masa saya dulu tak kenal Shaklee. Dan saya memang takkan makan vitamin-vitamin sangat. Tapi seingat saya, pernah ambil B complex dari klinik. Ayah saya belikan dulu.
4. Rancang masa anda. Pastikan anda disiplin dalam menelaah pelajaran. Paling kurang 1.5 jam atau maksimum 3 jam sehari. Kualiti jam ye. Bukan sambil belajar tengok fon ke..no.no..Kena FOKUS. Kalau betul-betul FOKUS, 1.5jam sehari pun cukup sehari untuk pelajar PMR & SPM.
5. Pastikan tidur yang cukup . 6 jam tidur. Kalau boleh sebelum tidur ambil susu yang ada magnesium untuk tidur yang lena dan berkualiti
6. Amalkan belajar di awal pagi. Lepas subuh kalau boleh jangan tidur. Terus belajar kerana otak sedang fresh. Dalam pukul 9 tu tidur la balik kalau rasa penat. Malam pula, makan awal sebelum magrib dan boleh start belajar pukul 8.00- 10.00 malam. Itu pun dah cukup.
7. Sentiasa bersenam untuk dapatkan oksigen yang segar
8. Buat nota yang difahami setiap kali menelaah. Macam saya, setiap kali saya ulangkaji, saya akan tulis nota dalam mind map. Percayalah, ia membantu
9. Buat latihan sebanyak mungkin. Masa saya PMR, saya rasa saya khatam 20 buah buku latihan setiap subjek. Hari-hari saya akan buat latihan sehinggakan dapat soalan pun balik-balik tang tu juga sebab kita dah biasa kan. Jika budget tak cukup, share dengan kawan. Anda beli 5 buah, kawan anda beli 5 buah buku. Lepas tu tukar. Dah dapat 10 buah buku kan? Senang. Saya dulu pinjam di perpustakaan.
Sekali-sekala hadiri motivasi untuk membangkitkan semangat anda
1 Rajinkan diri untuk solat dan membaca alquran untuk terapi diri secara rohaniah
Zikir sentiasa untuk memudahkan anda mengingat subjek yang anda pelajari. Terutamanya selawat. Pengalaman saya, setiap kali saya selawat saya pasti akan ingat balik tajuk yang saya dah lupa
1 Elakkan lihat perkara-perkara yang lagha seperti FB feed yang tak berguna untuk anda, boleh scroll feed yang positif sahaja.
Jangan terlalu stress dengan pelajaran 24jam. Selitkan aktiviti riadah dan bersama keluarga juga. Yang penting anda disiplin dan jujur dengan MASA
Minum air secukupnya untuk elak mengantuk.
Oklah, ini antara yang pernah saya apply dan ada yang saya tambah. Insha Allah harap dapat membantu J
Semoga maju jaya adik-adik semua
Ps : Saya tulis artikel ini dari hati saya. Terbayang semua yang saya hadapi 14 tahun yang sudah. Cukup manis. Cukup berharga. Jadikan zaman persekolahan anda suatu memori yang terindah dalam hidup.