Kalau ibu bapa yang ada bayi selesema tentu buat kita serba tak kena kan? Sebab akan mengganggu penyusuan atau tidur bayi itu sendiri. Saya cukup risau kalau anak-anak saya kena selesema. Memang akan fikir alternatif untuk sembuhkan selesema.
Tapi seperti yang ramai dah maklum, ubat selesema untuk bayi tidak digalakkan dan bagi saya memang tak akan ada kesan cuma bayi atau kanak-kanak akan tidur dengan lena sebab effect ubat itu. Tapi selesemanya tak pernah hilang. Ini pengalaman saya masa syamil. 3 hari bagi ubat selesema yang dibekalkan oleh doktor tapi tak baik- baik juga.
NAK TAHU PETUA TRADISIONAL YANG BERKESAN???
Tips ini memang patut dipraktikkan sebab keberkesanannnya hampir 90% pada anak-anak saya. 10% tu kita serah pada ketentuan Allah :) . Tips ni datang dari emak dan emak mertua saya. Jom tengok guna apa
Daun bangun-bangun atau dalam bahasa tamilnya 'KARPURA VALLI' |
MACAM MANA NAK GUNA DAUN INI?
Saya start guna lepas bayi dah lepas 6 bulan, kalau sebelum itu kena selesema saya guna cara tradisional yang lain , saya akan cerita tentang ini di akhir entri. Untuk bayi lebih dari 6 bulan:
1. Petik dalam 4 helai daun karpura valli / bangun-bangun ini. Pastikan daunnya besar-besar untuk kesan yang optimum.
2. Basuh bersih-bersih daun tersebut
3. Layarkan atas periuk panas atau perkakas panas. Ini untuk heat daun tu, tak yah layar atas api.
4. Tumbuk daun tersebut sampai lumat
5. Perah daun yang dah di tumbuk itu
6. Masukkan dalam picagari ( selalu akan dapat 2-3 ml)
7. Beri pada bayi
Boleh amalkan ini 2 hingga 3 kali setiap hari semasa selesema. Insha Allah hilang. Saya baru guna 2 kali memang akan kering selesema anak saya. Powerful leave! Anak anda mungkin akan berak hijau atau lendir, sebab daun itu menjalankan fungsinya.
Kalau untuk kanak-kanak lebih setahun boleh bagi cara atas juga cuma dengan kuantiti lebih atau boleh di campur bersama madu. :)
Kadang-kadang kalau ada batuk atau kahak, saya akan campur dengan daun thulasi dan sirih.
Selain itu, saya akan sapu kunyit hidup yanng diekstrak jusnya atas hidung bayi. Yang ini pun cepat kering!
Kalau masa dulu bayi saya selesema teruk umur 4 bulan, saya guna teknik pengewapan.
Teknik pengewapan ini di ajar oleh dr rozita. Senang aja, panas kan air dalam satu periuk besar. Kemudian lepas mendidih guna asap itu, halakan pada muka bayi. Jauh sikit, agak-agak bayi boleh kena asap itu. Kalau ada vicks lagi best sebab baby akan rasa lega. Memang dia akan tidur lena lepas tu dan hingus tu selalu keluar bersama beraknya.
Ha, ada yang tanya macam mana nak cari daun karpura valli kan? Kalau rajin, boleh tanam sendiri. Kat rumah mak saya memang dah ditanam. Boleh cari pucuk atau daun ini kat kedai india yang jual bunga atau tepi-tepi kuil. Ye, saya memang cari bagai nak rak walaupun kat tepi kuil batu caves masa syamil selesema teruk dulu. Memang berjaya dapat. Nasihat saya, senang tanam aje. Boleh tanya pada kebun bunga yang jual herba-herba atau pokok ubatan.
Dan satu lagi petua, saya amalkan vitamin C +nutriferon semasa menyusukan anak. Memang membantu!!
Semoga tips ini sedikit sebanyak membantu anda!! :)
Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe