Our Video
Thursday, February 14, 2013
HAMIL tetapi masih menyusu. Bahaya atau sebaliknya?
Menyusukan anak masing-masing merupakan moment yang terindah dalam setiap kehidupan wanita. Pelbagai rintangan perlu di hadapi oleh seorang ibu untuk menjayakan penyusuan selama 2 tahun. Kurang susu, nursing strike, nipple confius, latching tak betul,growth spurt, sakit pinggang, period dan macam-macam lagi masalah yang mungkin si ibu alami.
Ketika hampir semua masalah dihadapi dengan baik, penyusuan akan menjadi sangat ENJOY dan RILEKS kepada si ibu dan anak. Ketika anak menginjak umur 9 -11 bulan, si ibu mungkin disahkan hamil atau memang anda merancang untuk anak yang ke dua.
Apabila isu ini timbul, ramai menyangka TIDAK boleh meneruskan penyusuan selepas hamil. Ramai ibu akan mengalami kemurungan dan berfikir cara yang terbaik untuk wean off dengan anak.
PERLU WEAN OFF SEMASA HAMIL?
Follow the flow. Jangan terus wean off anak kerana itu boleh membawa kesedihan yang berpanjangan kepada si anak dan juga anda. Emosi anda sebagai seorang wanita hamil juga perlu di jaga.
Ramai yang mengatakan menyusukan akan merangsang hormon OKSITOSIN yang menggalak kepada pengecutan rahim atau kontraksi. Ya betul. Tapi hormon yang dirangsang adalah tidak cukup sehingga untuk mengundang kontraksi besar sehingga membawa kelahiran atau keguguran. [lactation counsellor]
Tetapi ada beberapa perkara yang perlu anda tahu bila menyusukan semasa hamil :
1. Nipple akan menjadi ngilu dan perit
2. Kebanyakan orang akan mengalami kemurudan susu
3. Rasa susu akan berubah menjelang trimester kedua kerana badan menghasilkan kolestrum untuk anak ke dua, dan mungkin anak anda akan wean off sendiri kerana tidak suka akan rasa susu itu.
HENTIKAN PENYUSUAN : JIKA ANDA PERNAH MENGALAMI KEGUGURAN, BLEEDING ATAU KELAHIRAN BAYI PRA MATANG. BINCANG DENGAN GYNAE ANDA :)
Jangan risau jika terpaksa wean off dengan anak sulung anda kerana itu adalah lumrah. Anda masih boleh tandem nursing dengannya selepas anak lahir (jika si anak masih mahu menyusu)
Sepanjang tempoh wean off, layan anak dengan baik, manjakan dia dan sentiasa rapat dengannya. Cari cara yang terbaik untuk WEAN OFF jika perlu.
Jika anda tidak mengalami apa-apa masalh, penyusuan masih boleh diteruskan sehingga anda mampu.
Happy breastfeed while pregnant!! :)
Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe


Popular Posts
-
Kalau ibu bapa yang ada bayi selesema tentu buat kita serba tak kena kan? Sebab akan mengganggu penyusuan atau tidur bayi itu sendiri. Saya ...
-
Kalau cakap pasal kolagen, ramai yang anggap untuk kecantikan dan awet muda semata...Salah..Kolagen ada fungsi yang lebih daripada itu. :) J...
-
Assalamualaikum semua, ramai ligat dengan promo ESP ye tak? Setiap kali promo ESP memang begini lah. hehe. Saya pernah ceritakan tentang E...
-
Susu ibu mempunyai dua bahagian iaitu foremilk dan hindmilk. Foremilk ialah bahagian susu yang awal keluar semasa mula menyusu atau pam. For...
-
Hari ini saya nak cerita pasal gigi pula. Saya suka buat research tentang mineral dan vitamin. So alang-alang bulan ni promo OSTEMATRIX..so ...
-
Assalamualaikum semua, dengar tajuk kanser ni gerun kan? Minggu lepas ada satu customer yang rapat dengan saya mengadu tentang suaminya yang...
-
Kepada semua muslimin dan muslimat, saya ucapkan selamat berpuasa ..:) Jom jalankan ibadah puasa dengan penuh semangat dan bertenaga.. Untuk...
-
Sebelum move on dengan tajuk entry, saya nak cerita pasal weight loss saya..nak kata happy pun tak sangat sebab ramai kata x berapa lawa dah...
-
Salam hujung minggu semua... Harini nak share info sikit tentang kolestrol dan phtyocol.. Actually phytocol dan kolestrol mempunyai rantai...
-
Hari ni nak tukar selera pula update blog, semalam dah berjaya buat PIE EPAL...memang sedap..cuma manis sebab saya guna epal merah yang mani...