Pages

Follow US

Our Video

Monday, October 15, 2012

Power pumping~Boost up your breast milk!

Power pumping

Perjalanan penyusuan ibu memang akan ada naik dan turun. Kadang kala kuantiti susu yang dihasilkan tidak mencukupi apabila bayi makin membesar dan kehendaknya menjadi lebih tinggi. Justeru itu, jangan mengambil langkah mudah dengan menyogok bayi dengan susu formula sebelum berusaha untuk meningkatkan kuantiti susu.

Power pumping adalah salah satu cara untuk meningkatkan penghasilan susu secara tidak langsung. Ia adalah satu teknik untuk menghantar signal kepada otak untuk menghasilkan susu dengan lebih.Ia juga berguna untuk ibu-ibu yang ingin relaktasi.

Kaedah :

PAM TUNGGAL (single pam)

  1. Pam sebelah payudara(kanan atau kiri) untuk 10 minit.
  2. Tukar pam kepada payudara yang lagi satu dan pam selama 10 minit.
  3. Ulang kembali pam payudara yang pertama untuk 10 minit lagi.
  4. Teruskan pam bergilir-gilir selama 10 minit sehingga satu jam.

      DWI PAM ( double pam)

  1. Pam kedua-dua payudara selama 10 minit
  2. Rehat selama 10 minit.
  3. Sambung kembali pam selama 10 minit
  4. Ulang (2) dan (3) selama satu jam


Power pumping perlu dilakukan secara konsisten untuk mendapatkan hasil yang baik. Kesan peningkatan boleh di pantau dari hari ke 5 hingga 2 minggu selepas power pumping dilakukan secara kerap.

Teruskan pam walaupun hanya keluar angin. Ia adalah seperti memimik bayi menghisap dan menghantar signal pada otak untuk menghasilkan susu dengan kuantiti yang lebih.

Jangan putus asa jika tidak nampak kesan dalam masa yang singkat. Kesabaran dan usaha berterusan adalah kunci utama kepada kejayaan power pumping. Teruskan power pumping sehingga anda mendapat hasil yang dikehendaki. All the best mommies semua! Jangan cepat give up ya!

p/s: Power pumping lebih digalakkan pada waktu tengah malam, kerana hormon susu lebih banyak dirembeskan semasa itu. So, korbankan waktu tidur anda untuk si manja..:) Tapi kalau tak dapat bangun tengah malam pun, try waktu-waktu yang terluang. Siapa berjaya boleh comment kat sini..:)







Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

© REHAN'S WARDROBE | Template Designed By MH