Ramai wanita selepas bersalin sibuk untuk menjaga kecantikan badan mereka lebih daripada pemakanan. Tahukah anda pemakanan yang seimbang semasa pantang juga salah satu faktor untuk menjaga kecantikan dan kesihatan dalaman? Terutama untuk ibu yang menyusukan anak, mereka memerlukan kalori yang lebih dan tenaga yang lebih selepas bertarung nyawa untuk melahirkan anak.
Pengalaman makanan pantang saya semasa anak pertama dulu memang ada perbezaan dengan pemakanan normal saya. Kalau normal saya makan sepinggan nasi, bila pantang saya digesa mengambil 2 pinggan nasi. Berjam jugak nak habis!!
Antara tips untuk membuatkan anda berselera untuk makan semasa pantang:
1. Sertakan makanan yang bersup+lada hitam( yang ni memang membuka selera saya, apa-apa pun mesti ada lada hitam)
2. Pilih makanan yang anda suka. Minggu pertama anda boleh cuba makanan yang disyorkan oleh ibu atau boleh google resipi di internet. Bila anda suka makanan tersebut, anda akan makan dengan berselera.
3. Nasi di masak secara lembik ( mengelakkan sembelit)
KEPERLUAN NUTRIEN SEMASA PANTANG ( persatuan pemakanan malaysia)
Tenaga :
Tambah 500kcal ke dalam diet anda ( 3 1/2 hidangan nasi atau bijirin atau oats)
Protein :
Tambah 20g protein (bersamaan dengan satu ekor ikan sederhana)
Kalsium ~ 1000mg , tingkatkan pengambilan kalsium seperti susu, yogurt, keju dan ikan bilis
Zat besi (10 mg) & Asid Folik (500 mikro gram) : Ambil nutrien ini dengan kadar yang mencukupi untuk memenuhi keperluan nutrien
JAGALAH PEMAKANAN ANDA SEMASA PANTANG!! PENTING OK..jangan ambil mudah, nanti akan menyesal di kemudian hari ;)
Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Our Video
Popular Posts
-
Assalamualaikum semua, ramai ligat dengan promo ESP ye tak? Setiap kali promo ESP memang begini lah. hehe. Saya pernah ceritakan tentang E...
-
Semalam baru rasmikan oven yang sampai minggu lepas. Dah almost 2 weeks saya park resipi kat FB. Resipi di kongsi oleh seorang teman kat FB ...
-
Kalau ibu bapa yang ada bayi selesema tentu buat kita serba tak kena kan? Sebab akan mengganggu penyusuan atau tidur bayi itu sendiri. Saya ...
-
Saya rasa ini entry ke berapa entah tentang collagen..Hehe..sebab suka nak cerita pasal benda yang best, saya tak kisahla ulang berapa kali ...
-
Alhamdulillah, tercapai juga hajat saya untuk nak share entri tentang antioksidan dengan anda semua. Sesungguhnya sesuatu ilmu yang baru ada...
-
Salam tengah hari semua mommies. Dah lama tak cerita tentang penyusuan ibu kan. Anyway, Alhamdulillah saya masih menyusukan anak saya secara...
-
Saya tahu perasaan wanita bila jerawat or jeragat muncul di muka..wah..sangat lah annoying..tak best sungguh..kurang keyakinan diri, asyik f...
-
Selalu kan kita sering mendengar tentang gila meroyan atau depresi atau post partum depression(PPD) yang sering berlaku pada ibu yang baru ...
-
Assalamualaikum semua, Jom mulakan hari dengan fikir positif, terapkan nilai-nilai positif dalam minda anda. YOU ARE WHAT YOU THINK. Kita be...
-
November promo datang lagi..promo VIVIX datang lagi!! Bukan senang VIVIX ni nak dapat harga promo ye tak..murah bukan murah sikit..murah ban...