Pages

Follow US

Our Video

Friday, September 27, 2013

Bawang putih a.k.a GARLIC!!! Power immune booster & antibiotic!


" Garlic is an important nutritional food, the most reasonable explanation to power immune system is that picks up toxic materials and transport them out of the body" - Dr Robert Atkins M.D -New York

Best bila saya godek-godek ilmu tentang garlic ni.. memang tidak dinafikan garlic ni digunakan secara tradisional pada zaman dahulu untuk merawat sesetengah penyakit seperti batuk, hypertensi, demam dan macam-macam lagi..Dan melalui statement Dr Robert tu, DETOX tu sangat penting untuk build up immune system.

Tahukah anda ALICIN di dalam garlic ni yang memberi sifat antibiotik pada garlic tersebut. Nah..jom relate dengan garlic Shaklee

garlic shaklee
Garlic Shaklee diproses dengan suhu bilik untuk pengekalan alicin 100%..So memang Shaklee dah preserve Alicin tu kerana elemen itu yang paling penting untuk atibiotik atau untuk melawan penyakit.

Fungsi-fungsi garlic yang lain :
~ Membunuh bakteria
~ Mengurangkan blood pressure
~ Menghindar stroke dan blood clot
~ Detox agent
~ Mengawal gula dalam darah
~ Immune booster dan antibiotik


 



Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Thursday, September 26, 2013

EPIDURAL~ Syurga di labor room!!

pregnancy, kehamilan, epidural

Epidural

Memandangkan hari-hari untuk bersalin hampir tiba, saya nak kongsi serba sedikit tentang EPIDURAL..ada yang pernah dengar tentang EPIDURAL..selalunya ibu-ibu tentu sedia maklum tentang EPIDURAL...sejak akhir-akhir ni saya banyak baca tentang pengalaman bersalin masing-masing..excited dan thrilling..nama je saya nak bersalin kali kedua tapi honestly..memang seram!! Sebab yang pertama dulu saya memang guna EPIDURAL...Saya dah rasa sakit contraction atau senggugut yang sangat kuat masa kena induce..Hampir satu hari bertarung tapi bukaan tetap 1 cm sahaja..memang dah habis tenaga..So memang decide ambil EPIDURAL

Masa ambil EPIDURAL tu memang tak rasa sakit dan alhamdulillah bukaan lebih cepat..tapi saya tak rasa sangat nak push dan mengakibatkan doktor terpaksa guna vaacum untuk anak saya.

Ok jom tengok sikit apa itu EPIDURAL untuk panduan-panduan ibu baru :)

**********************************************************************************

Epidural adalah sejenis ubat yang di cucuk di tulang belakang oleh pakar bius dan akan menyebabkan kita berasa kebas di bahagian abdomen dan ke bawah. Proses ini dilakukan hanya apabila bukaan rahim kurang dari 5 cm kerana contraction yang kuat akan menyebabkan kesukaran untuk mencucuk epidural sekaligus boleh memberi kesan pada tulang belakang.

epidural



Antara kebaikan menggunakan epidural :

1. Boleh menjalani proses bersalin dengan lebih lancar
2. Penyusuan boleh dilakukan tanpa rasa sakit dan lebih selesa
3. Menghindar dari di czer terutama untuk wanita yang sangat takut dan tidak kuat untuk melawan rasa sakit. Bertarung lebih lama boleh menyebabkan bayi lemas dan menyebabkan czer. Lagi bagus bersalin normal dengan menggunakan epidural dari menggunakan kaedah czer kan?




Kekurangan menggunakan epidural :

1. Prolong labor : Rasa kebas yang menyebabkan sukar untuk meneran
2. Penggunaan forsep atau vakum kerana tidak berjaya meneran kerana tidak ada kuasa yang mendorong untuk meneran ( walaubagaimanapun ada pilihan untuk memilih dos yang paling rendah, masih dapat merasakan contraction tapi hanya kurang sakit)
3. Kebas sehingga beberapa jam hingga sukar untuk kencing
4.Rasa mengantuk dan mabuk sehingga tidak boleh fokus
5.Menggigil


PERSOALAN YANG PALING POPULAR TENTANG EPIDURAL IALAH SAKIT PINGGANG UNTUK KESAN JANGKA PANJANG.. BENARKAH?? jom kita tengok apa kata doktor ini


 Kajian membuktikan epidural tiada kesan sampingan jangka panjang. Saya sendiri pernah berpeluang menjalani kaedah epidural semasa bersalin anak ketiga hingga kelima. Ia pengalaman manis yang tidak dapat dilupakan semasa menjalani proses kelahiran. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Moga proses kelahiran yang akan puan alami juga sedemikian!

Rungutan atau dakwaan bahawa suntikan epidural menyebabkan sakit belakang atau sakit pinggang kemudian hari adalah tidak benar. Ini kerana selepas bersalin normal tanpa epidural pun, sakit belakang tetap wujud disebabkan faktor berat badan, regangan pada kulit dan otot, serta postur ketika mengandung. Kaedah epidural sama sekali tidak menyebabkan masalah atau penyakit pada organ buah pinggang seseorang.

Jadi semuanya terletak ditangan anda. Macam saya, untuk anak ke- 2 ini saya memang seboleh nya ingin mengelakkan epidural,namun tak siapa tahu apa perancangan Allah untuk saya. Saya nak juga rasa sakit bersalin yang kuat tu..Sakit kan boleh menggugurkan dosa kita kan..;)

Tapi ini lah dia respon dari Dr ratna bila saya beritahu saya tak nak epidural ..Dia boleh gelak sebab cakap saya ni FRAGILE dan kurang daya tahan sakit..So dia beritahu " Takpa, saya bagi awak rasa sakit dulu, jika rasa perlu epidural awak beritahu saya "

Hmm..mudah-mudahan semuanya di permudahkan...
Sekali lagi, anda yang decide untuk diri anda..:)
Selamat bersalin kepada para ibu semua!! Saya pun menghitung hari ni..hehehe...:)
Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe


Monday, September 23, 2013

Collapse lepas ambil supplemen? Mengapa?

HEALING CRISIS~

Ada ramai customer lepas ambil supplemen akan mengadu pada saya

"Kak, saya macam rasa nak pitam lah lepas makan B compleks tu.."

"Kak, saya rasa lagi sakit sendi lepas ambil joint health ni.."

" Dik, akak takut lah nak makan supplemen tu lagi, Rasa lagi teruk .."


Ok..sebenarnya simptom itu dinamakan healing crisis. Apakah itu? Tak pernah dengar kan? Tapi healing crisis atau krisis penyembuhan. Biasanya simptom ini berlaku apablila berlaku proses detoksifikasi dalam badan kita. Ia tengah mengalami proses penyembuhan yang beransur-ansur...Secara jujurnya, saya lagi suka kalau customer beritahu tentang simptom-simptom healing crisis, kerana supplemen itu bertindak dalam badannya..Saya akan advise untuk continue dan minum air dengan banyak untuk memudahkan proses detoksifikasi..Selalunya kena sabar dan ambil masa untuk hilangkan simptom healing crisis ni...

Antara simptom yang mungkin di alami semasa healing crisis :
1. Mual
2. Pening kepala
3. Sakit sendi yang teramat
4. Mudah pitam
5. Mudah letih
6. Jerawat yang banyak timbul
7. Cirit birit
8. Mood swing

Antara cara untuk mengurangkan healing crisis :

1. Minum air yang banyak
2. Kurangkan dos supplement dan teruskan macam biasa secara beransur-ansur

So jangan risau jika ada ketidakselesaan atau simptom negatif selepas ambil supplemen ye..anda sedang melalui proses penyembuhan..:)
 




Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Wednesday, September 11, 2013

Siapa cakap susu ibu tak cukup? Meh saya sebat!!

Wah..saya dah masuk 35 weeks..pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan terakhir..memang dah sarat sangat dah ni..Pergi kerja pun dah macam penguin..hihi..Jujurnya, anak yang ke-2 ni memang sangat letih dan tak larat. Banyak sangat mild contraction dan sakit pinggang. Ada yang jangka saya bersalin awal, tapi hanya Allah sahaja tahu bila lah nak keluar si kecik comel ni...:)

Bila fikir-fikir balik, memang saya tak prepare ape2 lagi untuk berpantang. Vitamin shaklee pun tak check lagi cukup ke tak sebab sangat busy dengan kerja dan bisnes. Tapi minggu lepas dapat alarm kot..tetiba rasa rindu nak breastfeeding..Journey yang sangat indah. Siapa yang sia-siakan journey ini memang sangatlah rugi kecuali atas sebab2 tertentu..

Niat saya nak menyusukan syamil selama 2 tahun, namun rezeki nya hanya sampai setahun lebih. Terkilan, tapi mampu redha dengan rezekinya..Anak ke-2 saya nak menyusukannya sehingga 2 tahun insha Allah.

Ok back to topic :

Kenapa ramai ibu gagal menyusukan anak mereka??

Salah satu puncanya adalah mindset yang negatif tentang tak ada susu di awal kelahiran bayi. Percaya tak, perut bayi hanya sebesar guli sahaja masa dilahirkan..kirenye hanya perlu satu sudu susu sahaja ye..bukan 2 oz atau 3 oz...bayangkan ada sesetengah individu yang menyogok susu formula sampai 3-4 oz sekali minum. Huhu..kesian baby tu..susah dia nak proses kerana usus jadi berat. Memang bila baby di bagi minum susu formula boleh kenyang berjam2 sebab sukar untuk dihadam. Berlainan dengan susu ibu ye, senang dihadam dan cepat kenyang.

Mind set kena betul! Jangan ikutkan sangat cakap orang. Gali ilmu sebanyak yang mana boleh. Zaman sekarang ni, orang yang kerja pilot dan askar pun boleh fully breastfeed..Apatah lagi hanya kita yang bekerja di depan pc sepanjang masa.

Sentiasa menyusukan anak anda di awal kelahiran. Jangan putus asa, jangan cepat give up, pengorbanan yang selama beberapa masa ini mampu membuatkan anda tersenyum di kemudian hari. Percaya atau tak, saya lagi suka breastfeed sebab tak perlu nak bancuh2 susu tengah pagi or malam..tak perlu usung bakul susu bagai. Its just INSTANT!

Ok???

Jom check checklist untuk ibu menyusu (awal kelahiran)

1. Breast pump ( Wajib! sebab kita tak tahu anak kita ada komplikasi atau mungkin ditempatkan di inkubator, so breast pump ni membantu kita mengelak dari bengkak susu dan susu merudum)

2. Botol storage ( bukan untuk buat stok awal-awal kelahiran, tapi untuk kecemasan)

3. Nursing cover ( jika segan nak menyusu depan orang ramai )

4. Google! ( untuk gali ilmu tentang penyusuan atau boleh beli buku penyusuan siap-siap )


Yang ni asas lah..yang lain macam-macam leh add on ikut budget masing-masing : ada yang beli lengkap semua dari nursing pad, nursing pillow, macam-macam lagi la...

Tapi, yang penting, konsep asas perlu difahami ok??

Selamat menyusukan anak anda!!!

Cant wait for my 2nd journey :)


Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Wednesday, September 4, 2013

Hindar silent killer dengan CoQ Health Plus Shaklee!!

Jom kita bercerita tentang promo bulan September ni.. CoQ Health Plus Shaklee ni..Keluaran terbaru dari Shaklee...memang supplemen yang ramai dah tau sebab memang dikaitkan dengan jantung :)

Apa itu CoQ? CoQ ni adalah Coenzim Q10. CoQ terdapat dalam kebanyakan sel dalam badan kita. Ia merupakan agen mengankut tenaga kepada sel badan manusia.

Jom tengok gambar kat bawah ni, arteri tersumbat. Oh no! Satu-satunya perkara yang kita tidak mahu berlaku pada arteri kita apabila tersumbat atau ada blockage yang sikit. Blockage ni selalu terjadi hasil daripada mendapan kolestrol. Bila ruang arteri mengecil, kadar tekanan untuk mengepam darah menjadi lebih tinggi. So, dari situlah terjadi high blood pressure la, strok la, kurang tenaga la, tercungap2 lah..

Mengapa ia boleh terjadi? Selalunya kekurangan enzim CoQ 10 boleh menyebabkan badan kurang bertenaga, high blood pressure dan berpotensi kena strok. CoQ10 ni penting ye, bukan senang nak dapat dari makanan seharian kerana sekapsul CoQ Health Plus bersamaan dengan 1.7kg ayam atau 28 cawan brokoli!!..larat ke nak makan 28 cawan brokoli setiap hari??Jika larat, sila lupakan supplemen ini..:P



jantung
 Lagi satu yang bestnya tentang Shaklee CoQ Health Plus, ada vitamin E dan teh hijau di dalamnya yang menjadikannya supplemen antioksida yang bagus. Selain itu, memang sesuai untuk kesuburan lelaki kerana meningkatkan reproduktif dan sperma..Wah..bagus lah tu, kesihatan jantung pun terjaga, subur pun subur...;)
sperma

Paling menarik, pengambilan CoQ boleh melancarkan peredaran darah dan sekaligus mencantikkan kulit muka..wow..weee...

muka cantik
credit :mamafaiz.com

 Antara fungsi CoQ 10 yang lain :
* Menangani serangan jantung
* Membaiki fungsi jantung
* Mengatasi masalah sesak nafas, susah tidur
* Mengelak arteri dari tersumbat
* Menghindar pengoksidaan kolestrol jahat dan sekaligus melindungi arteri
* Menguatkan otot jantung
* Melancarkan darah

Wah..teruja tengok fungsi ni..jom cuba sempena promo hangat bulan September..memang harga murah berbaloi-baloi..
 


Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Popular Posts

© REHAN'S WARDROBE | Template Designed By MH