Epidural
Memandangkan hari-hari untuk bersalin hampir tiba, saya nak kongsi serba sedikit tentang EPIDURAL..ada yang pernah dengar tentang EPIDURAL..selalunya ibu-ibu tentu sedia maklum tentang EPIDURAL...sejak akhir-akhir ni saya banyak baca tentang pengalaman bersalin masing-masing..excited dan thrilling..nama je saya nak bersalin kali kedua tapi honestly..memang seram!! Sebab yang pertama dulu saya memang guna EPIDURAL...Saya dah rasa sakit contraction atau senggugut yang sangat kuat masa kena induce..Hampir satu hari bertarung tapi bukaan tetap 1 cm sahaja..memang dah habis tenaga..So memang decide ambil EPIDURALMasa ambil EPIDURAL tu memang tak rasa sakit dan alhamdulillah bukaan lebih cepat..tapi saya tak rasa sangat nak push dan mengakibatkan doktor terpaksa guna vaacum untuk anak saya.
Ok jom tengok sikit apa itu EPIDURAL untuk panduan-panduan ibu baru :)
**********************************************************************************
Epidural adalah sejenis ubat yang di cucuk di tulang belakang oleh pakar bius dan akan menyebabkan kita berasa kebas di bahagian abdomen dan ke bawah. Proses ini dilakukan hanya apabila bukaan rahim kurang dari 5 cm kerana contraction yang kuat akan menyebabkan kesukaran untuk mencucuk epidural sekaligus boleh memberi kesan pada tulang belakang.
Antara kebaikan menggunakan epidural :
1. Boleh menjalani proses bersalin dengan lebih lancar
2. Penyusuan boleh dilakukan tanpa rasa sakit dan lebih selesa
3. Menghindar dari di czer terutama untuk wanita yang sangat takut dan tidak kuat untuk melawan rasa sakit. Bertarung lebih lama boleh menyebabkan bayi lemas dan menyebabkan czer. Lagi bagus bersalin normal dengan menggunakan epidural dari menggunakan kaedah czer kan?
Kekurangan menggunakan epidural :
1. Prolong labor : Rasa kebas yang menyebabkan sukar untuk meneran
2. Penggunaan forsep atau vakum kerana tidak berjaya meneran kerana tidak ada kuasa yang mendorong untuk meneran ( walaubagaimanapun ada pilihan untuk memilih dos yang paling rendah, masih dapat merasakan contraction tapi hanya kurang sakit)
3. Kebas sehingga beberapa jam hingga sukar untuk kencing
4.Rasa mengantuk dan mabuk sehingga tidak boleh fokus
5.Menggigil
PERSOALAN YANG PALING POPULAR TENTANG EPIDURAL IALAH SAKIT PINGGANG UNTUK KESAN JANGKA PANJANG.. BENARKAH?? jom kita tengok apa kata doktor ini
Kajian membuktikan epidural tiada kesan sampingan jangka panjang. Saya sendiri pernah berpeluang menjalani kaedah epidural semasa bersalin anak ketiga hingga kelima. Ia pengalaman manis yang tidak dapat dilupakan semasa menjalani proses kelahiran. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Moga proses kelahiran yang akan puan alami juga sedemikian!
Rungutan atau dakwaan bahawa suntikan epidural menyebabkan sakit belakang atau sakit pinggang kemudian hari adalah tidak benar. Ini kerana selepas bersalin normal tanpa epidural pun, sakit belakang tetap wujud disebabkan faktor berat badan, regangan pada kulit dan otot, serta postur ketika mengandung. Kaedah epidural sama sekali tidak menyebabkan masalah atau penyakit pada organ buah pinggang seseorang.
Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe