Pages

Follow US

Our Video

Wednesday, November 7, 2012

Foremilk and hindmilk

Susu ibu mempunyai dua bahagian iaitu foremilk dan hindmilk. Foremilk ialah bahagian susu yang awal keluar semasa mula menyusu atau pam. Foremilk mengandungi peratus air yang tinggi dan ia selalunya menghilangkan haus.

Hindmilk pula ialah bahagian susu yang keluar selepas foremilk habis dikeluarkan. Hindmilk mengandungi peratus lemak yang tinggi dan mengenyangkan bayi.


Bayi perlu mendapat kedua-dua bahagian susu ibu ini. Untuk memastikan bayi mendapat hindmilk, penyusuan harus berlaku selama 10-15 minit setiap payudara ( kadang kala 5- 10 minit bergantung pada bayi masing-masing).

Satu lagi cara untuk menentukan bayi mendapat kedua-dua bahagian susu ini adalah melalui najis bayi.

Najis bayi akan berbentuk bijian atau tekstur berwarna kekuningan jika bayi mendapat foremilk and hindmilk.

Bagi bayi yang hanya mendapat foremilk, najisnya berwarna kehijauan. Indikasi ini boleh menentukan ibu untuk lebih peka terhadap kadar penyusuan bayi. Sekiranya bayi hanya mendapat foremilk tanpa hindmilk, berkemungkinan berat mengikut umur tidak tercapai akibat kurang zat-zat dan lemak yang terdapat dalam hindmilk.


sumber google


Jangan ingat foremilk itu susu basi kerana kecairannya ya...susu ibu tak boleh dan tidak akan basi ( kecuali EBM).








Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

© REHAN'S WARDROBE | Template Designed By MH