Pages

Follow US

Our Video

Monday, May 26, 2014

Shaklee product : Pengeposan & COD area

Ok semua, sejak Shaklee dah enforce rules untuk beri harga ahli pada ahli sahaja, so ramai yang bukan ahli bertanya apa benefit untuk mereka yang bukan ahli

PASTI ada!

Saya menawarkan khidmat konsultasi percuma dan excellent sales service..:) Juga, kami menawarkan untuk yang bukan ahli PENGEPOSAN SECARA PERCUMA. Tapi harga produk dengan RETAIL ok? Deal?

Senarai COD area yang saya boleh hantar atau jumpa di mana-mana di kawasan sekitar untuk penghantaran produk shaklee adalah Saujana utama, sungai buloh, rahman putra, paya jaras, sungai pelong, puncak alam, alam budiman, uitm puncak perdana, cahaya SPK, desa coalfields, gombak, hicom, shah alam, bukit jelutong, puchong

Boleh hubungi saya untuk arrangement..Always ready stok!!

Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

PERIOD PAIN tinggal kenangan!!!


Assalamualaikum semua,

Harini saya nak share tentang artikel dalam Health Digest , keluaran bulan disember 1998. Tentang Pre menstrual syndrome atau lebih dikenali dengan PMS. Meskipun saya dah pernah share dulu tentang PMS, tapi saya nak share sedikit lagi kupasan dalam artikel tersebut.


Artikel ni ditulis oleh Dr Mark Coates, saya jumpa buku ni di ofis saya, so bila lebih berkaitan dengan kesihatan saya memang suka baca dan share :) Ok jom baca sekilas

PMS adalah sejenis simptom ketidakseimbangan hormon  yang menyebabkan tidak selesa perut, cravings, bloating, dan water retention.

Mengapa ia terjadi? Setiap wanita akan merembeskan hormon progesteron dan estrogen berubah-rubah dalam satu kitar haid. Pada 14 hari yang pertama, ovari akan membebaskan estrogen untuk perlepasan ovum atau telur dalam untuk persenyawaan.
Pada hari-hari itu, wanita akan merasakan sakit di bahagian perut dan payudara. Selepas telur dibebaskan, hormon progesteron akan dibebas dan jika tiada persenyawaan berlaku, maka luruhlah dinding uterus sebagai haid dan kedua-dua hormon ini akan berhenti pada kitaran itu. Perubahan mendadak itulah yang menyebabkan PMS!

Antara tips-tips menarik yang di utarakan :
1. Elakkan minum kafein dan alkohol 10-14 hari sebelum haid
2. Pengambilan vitamin B untuk mengurangkan depression
3. Makan dalam portion yang kecil untuk regulate gula dalam darah
4. Minum jus buah
5. Pengambilan Magnesium sebaiknya magnesium citrate untuk mengurangkan sakit abdomen.
6. Lebihkn diet dengan protein
7. Pengambilan EPO atau minyak borage untuk kurangkan radang kesakitan dan legakan sengugut
8. Pengambilan multivitamin dan B compolex secara konsisten.



Ha, best kan info baru ni? Saya memang akan suggest kat siapa-siapa yang sengugut : Amalkan B complex, GLA complex dan ostematrix ( ada magnesium). Insha Allah akan berkurang sakit tersebut.

Jom say bye-bye to PMS!! ;)








Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Thursday, May 22, 2014

BASIC H ~ 1001 KEGUNAAN. Tak perlu semakkan rak dengan macam-macam pencuci!

basic h  
Sebut tentang BASIC H shaklee masih ramai yang tak tahu kegunaan basic H ni..hmm...so saya nak ajak semua berkempen tentang basic H ni. Lepas ni kalau tak ada botol basic H dalam rumah tu maksudnya rumah anda superb clean dah...hehe..

Jom intai dulu kegunaan basic H yang unlimited ni. Tak dapat nak list satu-satu tapi saya cuba untuk senaraikan sebanyak yang mungkin..:)

Antara kegunaan basic H :
1. Mencuci lantai ( Mop sekali lalu memang hilang segala kesan minyak)
2. Mengelap cermin tingkap
3. Mencuci tandas dan mangkuk tandas
4. Menyental pakaian yang sangat kotor
5. Menyergarkan sayur
6. Mengatasi masalah sinki tersumbat
7. Menghilangkan bau hanyir ikan
8. Mencuci perhiasan gelang dsb
9. Menghilangkan kesan karat
10. Boleh mengurangkan ekzema
11. Menghilangkan gatal-gatal
12. Membersihkan kesan getah
13. Membersihkan puting botol bayi dengan effektif
14. Mengurangkan demam 


Banyak sangat lagi....memang best dan effektif BASIC H ni...

16 oz cecair ni boleh di cairkan dengan 48 gelen air..jom buat kira-kira jap :
1 gelen = 3. 7 liter 
48 gelen =  170 liter air

Banyak kannnn.....1 baldi tu boleh letak beberapa titis aje...magik!
So memang berbaloi untuk dapatkannya untuk rumah anda...:)

APA ISTIMEWANYA BASIC H BERBANDING CECAIR LAIN?????
Tidak mengandungi bahan kimia
Tidak bertoksik
Tidak beracun
Tanpa bahan pewangi
diekstrak dari sumber semulajadi seperti jagung dan kelapa
Biodegradasi
Tanpa klorin

Sangat bagus untuk persekitaran yang SIHAT!



Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Friday, May 16, 2014

KRIM MAGIK SUPER DEMAND! ~HERBAL BLEND SHAKLEE TOP RANKING!

 Salam sabtu semua, bersiaran lagi kita pagi ni ye, :) alhamdulillah dari semalam saya nak share tentang herbal blend ni. Sebab? Saya ada baca dan suka risik tentang bahan-bahan yang ada dalam sesebuah produk. Lagi-lagilah produk yang kita nak jual kan. Wajib lah tahu serba sedikit. Tapi bila saya baca semalam tentang herba-herba semulajadi yang diekstrak dalam herbal blend ni, saya rasa macam nak borong banyak-banyak untuk diri saya dan keluarga saya sendiri. Serius! Ini bukan cerita rekaan sebab saya dah guna untuk anak-anak saya memang alhamdulillah superb!!

herbal blend
5 tiub kat saya. Saya reserve 1 atau 2 untuk saya. Yang lain untuk dijual. Memang sehari saja keluar di branch shaklee, the next day dah licin! jom rembat dari saya RM 27.50 sahaja! murah!!!!!!
testimoni herbal blend
Antara testimoni di secret group kami. :)
Kalau ikutkan testimoni saya, memang berkesan untuk ruam lampin. Satu hari aja boleh baik dah based on my experience. Kalau gatal-gatal pun saya suka sapu. Memang magik!!
herbal blend
Ni lah ekstrak semulajadi dalam herbal blend. Zaman dulu-dulu guna herba ni jer untuk kulit, untuk masakan, untuk radang, untuk ekzema dan macam-macam lagi...



 Antara kegunaan herbal blend yang lain :

1. Merawat ekzema dan gatal-gatal kulit
2. Melembutkan tumit dan merawat tumit pecah
3. Mengurangkan ruam lampin
4. Bagus sebagai antiseptik dan ubat lecur
5. Untuk melecet
6. Menghilangkan parut ( contoh chicken pox)
7. Sebagai losyen harian sebab tak berminyak!


Satu rumah satu herbal blend. Jom ke arah semulajadi :)
 


Berminat? Hubungi Rehana/ whatsapp 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Tuesday, May 13, 2014

Ruang istimewa rumahku!

Assalamualaikum semua....

Jom terjah ruang istimewa rumah saya...semestinya bilik bawah kami yang menjadi port lepak dan multipurpose..sebabnya? Malas nak naik tangga tiap kali walaupun naik tangga tu satu exercise yang baik..hihi...sememangnya adanya bilik bawah sangat memudahkan kerja. Masa dulu kat gombak, bilik bawah tak ada. MIL saya sampai sekarang menyesal pecah bilik bawah sebab sangat tak FRIENDLY USER sebab asyik nak menapak naik atas especially bila nak menyusu or nak tukar baju etc2...

Bilik bawah ni sangat convenient dan saya jadikan tempat multi purpose. Yang utama adalah untuk solat dan rehat2...
Nampak tak hujung sana ada tersangkut sejadah dan telekung? Untuk guest dan saya sendiri kalau nak sembahyang. Sebabnya, balik dari kerja saya terus masak. Jarang saya sembahyang maghrib kat atas sebab saya sembahyang bawah dan sambung masak...effektif tak???? hehe..jimat masa..

Agak tak kemas :p tapi saya memang dah tak tahu nak susun mcm mana lagi dah..sebab ruang dia sangat besar dan wajib pakai divider mcm saya beli dari daiso tu, memang agak tak sesuai tapi okla leh simpan banyak barang and baju2 baby kecik2 aje. So just ok. Baju-baju syamil dan gaun aeisyah saya gantung sebab? Malas lipat!:p Abaikan beg merah n pink tu,,beg harian anak2 saya. Yang tu maid saya yang susun
Almari ni kami pakai masa di gombak dahulu, Letak baju-baju saya, sekarang dah ada wardrobe baru kat master bedroom, so bolehla letak almari ni. Almari ni leh panggil multipurpose cupboard sebab banyak barang dalam nih.Kalau perhati betul-betul, ada tudung saya dan sweater tergantung di hujung tu.
Sebab, kalau tiba-tiba ada orang nak datang, sarung aje. :) saya pastikan tudung tu dah terpin elok ( plan nak jahit je lagi senang ...hehe ) ..Baju-baju MIL dan FIL pun ada di sebelah lagi satu pintu. Kalau mereka singgah, memang mandi or tinggal sini senang jer. Quran dan toto pun ada dalam tu.

Blind : belakang tu ruang sidai baju. Saya dah pasang net, so memang akan bukak tingkap hari-hari untuk pengudaraan yang lebih baik. :) sebelah kanan tu ada pintu, ke tandas..syiok kan..leh mandi or ambil air sembahyang terus masuk bilik. tak payah sarung-sarung tudung incase tetamu lelaki ada kat luar. :)


KATIL!!! Yang ni lah penyeri bilik..hehe...sebabnya, saya boleh menyusu, boleh bagi baby tidur, emak baby pun rehat2 jap, husband saya landing kadang2..memang bilik ni kami gunakan sepenuhnya especially bila baby sangat panas. Bilik ni sejuk sebab KDK fan dan memang naturally sejuk..:) Kadang2 petang2 semua berempat tidur kat bilik ni. Bentang toto..Memang lama anak-anak ku tidur ...:) Cadar katil ni sebenarnya pakai queen size punye. Hehe..Tak sempat beli sebab tilam die jenis tebal and susah nak cari cadar tu. So yang ni pun jadilah kan..??? :)



Tinggal beberapa benda saya tak buat lagi :

1. Cermin ( wajib ada sebab nak solat nak tgk ada rambut kuar ke tak ..:P and sebelum keluar rumah leh belek tudung jap ..hihi..)

2. Shelf ( ni nak yang comel2 je, sebab nak letak quran, letak buku-buku or kitab yasin ke, jam ke)




3. Frame ( nak dyi frame doa. nanti kalau dah buat saya share naaa)
Ok..jom singgah blog http://susunatursioca.blogspot.com/

Best tengok blog kak fizah ni...:)









Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Thursday, May 8, 2014

BASIC H SEBABKAN EKZEMA MENJADI TERUK!! JANGAN GUNA BASIC H UNTUK ANAK ANDA!!

Salam semua,

Anda terkejut dengan tajuk di atas?Senyum sudahhhh...:)

Title ni bukan dari saya ye, isu ini selalu di gembar-gemburkan oleh sesetengah pihak yang tidak tahu pokok pangkal cerita terus jump to conclusion! Oh saya sangat tidak gemar, tapi kita senyum aje lah kan...:) Jom kita gali ilmu dulu ye. Tak perlu kuburkan sesuatu tanpa gali sedalam-dalamnya

Sebenarnya saya nak cerita tentang EKZEMA. Kenapa saya pilih tajuk EKZEMA ini? Sebab baru-baru ini anak saya selalu gatal-gatal di bahagian leher dan ruam-ruam merah. Saya tak pernah terfikir langsung tentang ekzema ini sehingga lah doktor mengesahkannya. Walaupun mild, tapi tetap hati saya gundah sebentar. Namun saya bersabar untuk merawatnya.

Siapa yang tak tahu tentang EKZEMA boleh baca link ini . Kalau tak nak baca panjang lebar, saya akan pendekkan cerita ye.

EKZEMA adalah sejenis penyakit yang menyerang anggota terbesar dalam badan kita iaitu kulit. EKZEMA boleh menjadikan kulit gatal, ruam, berlendir, bernanah atau berdarah ikut tahap keseriusan penyakit tersebut.

Antara perkara yang perlu di ambil kira untuk bayi atau kanak-kanak ekzema :
1. Elakkan bahan kimia atau sabun yang terlalu wangi
2. Pastikan kuku kanak-kanak pendek supaya tidak mudah luka jika digaru
3. Cuba kenal pasti punca ekzema. Mungkin akan mengambil masa, tetapi boleh dilakukan dengan kesabaran yang tinggi

Ini antara yang saya kenal pasti. Macam anak saya, doktor tu cakap alergi pada peluh sendiri. Semalam bila anak saya naik balik ruam-ruam merah tu terus saya rendam anak saya dalam basic H. Jangan melatah ye bila saya sebut rendam dalam basic H yang guna untuk mencuci macam-macam.

favourite question : Bagaimana Basic H yang boleh digunakan untuk mencuci lantai dan bertindak sebagai pencuci serbaguna boleh diguna untuk merawat ekzema?

Ok, saya jawab yang ini. Mula-mula tahukah anda apa itu Basic H? Basic H bukan pencuci biasa dalam supermarket ye. Yang ada bahan kimia, yang ada bahan pelarut, yang ada sintetik, pewangi dan macam-macam. Basic H ni adalah sisa vitamin atau vitamin residue yang terhasil di kilang Shaklee. Ok, kita dah sedia maklum semua vitamin Shaklee adalah semulajadi. Maksudnya baik-baki vitamin itu juga adalah semulajadi. Basic H ni lebih daripada sekadar pencuci. Sama sahaja konsep kadang-kadang teori guna ubat gigi untuk sapu tempat melecur. Mana relevennya kan? Pernah juga saya guna shampoo untuk basuh lantai bila dah habis pencuci lantai. So adakah rambut yang di shampoo itu juga menjadi mangsa sebab shampoo yang sama boleh digunakan untuk cuci lantai? Andaian sahaja ok..Saya nak jelaskan di sini sahaja bahawa basic H boleh ade 1001 kegunaan dan lebih sekadar pencuci.

Saya dah cuba, alhamdulillah memang berkurang ruam-ruam anak saya. Rendam basic H tu bukan lah rendam satu cawan or satu botol ye, Just titikkan beberapa drops.. BEBERAPA DROPS dalam sebesen air. Lepas tu rendam lah anak macam mandi biasa. Ramai dah pernah buat, cuma perlukan kesabaran untuk melihat kesannya. 

Selain itu, saya guna herbal blend untuk sapu sekitar ruam-ruam baby saya. Ia memang betul-betul membantu. Ia melembapkan kulit anak saya, and paling penting NON STEROID!!!. Nanti di entri lain saya akan kongsikan mengenai Steroid & Ekzema. Ringkasnya, ekzema dan steroid adalah tidak serasi. :)

Tapi saya nak kongsikan sikit lagi pengalaman saya, kalau saya minum ESP memang ruam-ruam anak saya akan berkurangan sebab ESP kan protein. Boleh baca lanjut di sini tentang ESP. ESP repair sel dan membaiki sel kulit. Sebab saya menyusu, so saya amalkan ESP secara konsisten selain menjadi milk booster saya.  Kalau anak anda dah umur 1 tahun ke atas boleh beri Meal shake  di mana akan mempercepatkan proses pemulihan dan juga sebagai vitamin tambahan. Omega guard pula boleh di ambil oleh ibu menyusu atau anak yang sudah berumur setahun ke atas untuk mengurangkan radang kulit. Memang best sebab mampu cantikkan kulit juga!

Nak tengok testimoni? Saya tak ambil banyak sebab yang satu ni memang saya tgk kulitnya memang tak ada langsung nampak kesan ekzema. anak Master iffah, Faheem. Superb!!

testimoni herbal blend



BOLEH HUBUNGI SAYA UNTUK DETAIL KONSULTASI. PROMO MEAL SHAKE UNTUK BULAN MAY INI. JANGAN LEPASKAN PELUAN TERBAIK UNTUK ANAK ANDA DAN JUGA ANDA!!

Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Tuesday, May 6, 2014

Puas makan dengan MAKANAN ROHANI..superb best!! Jom percaya sebelum berjaya!

Assalamualaikum semua,
Jom mulakan hari dengan fikir positif, terapkan nilai-nilai positif dalam minda anda. YOU ARE WHAT YOU THINK. Kita berada dalam roda fikiran kita. Percayalah.

Minggu lepas, saya telah dipilih oleh Allah untuk menghadiri sesi motivasi or saya lebih suka sebut SPIRITUAL SESSION dengan Ateh @ Tuan Zuhairi Nopiah. Beliau telah member aura yang begitu hebat dengan izin Allah kepada kami di situ. Satu pengalaman yang baru, satu ilmu yang sungguh istimewa.
Barisan S2U telah berjaya menganjurkan satu program yang berkualiti tinggi. Sekalung tahniah di ucapkan. Dapat berjumpa dengan Master iffah, antara insan yang saya suka memang membuatkan semangat saya lebih tinggi. 

Apa yang diperkongsi kan dalam seminar 2 hari itu sangatlah EKSLUSIF. Tak mungkin dan tak akan sama dengan apa yang saya cuba sampaikan. Sebab auranya sangat berbeza.
Dalam program ini satu yang saya sangat suka ialah meletakkan ALLAH pada tangga teratas. Buat apa pun ingat lah ALLAH sebab ALLAH ialah UNIVERSAL  ATTRACTOR.
LAW of ATTRACTION adalah sedikit sebanyak mengupas tentang tarikan magnet dalam diri kita. Bagaimana minda kita boleh menakluk apa yang kita fikir. Sebab tu kita disarankan jangan fikir yang negative sebab makin lama kita fikir yang negative makin kerap ia akan datang pada kita

Antara quote yang saya suka oleh Ateh :
1.       Syurga hanya terima orang-orang hebat. Sangat terkesan dengan quote ini. Adakah kita ini sudah jadi orang yang hebat?
2.       Percaya sebelum berjaya. Walaupun tak berjaya lagi, bayangkan diri anda sudah berjaya  mengecapi kejayaan tersebut
3.       Tulis target anda. Cita-cita adalah yang ditulis bukan diperap sahaja dalam minda. Tulis dan tatap tiap-tiap hari. Ini adalah rahsia kejayaan ramai jutawan
4.       Kejayaan bermula dari kekalahan yang dipelajari. Bak kata lagu dalam cerita Boys, MISTAKES ARE THE SECRET OF SUCCESS. Jangan pandang kekalahan sebagai kelemahan, go thru it, face it , jadikan pengajaran dan ubah menjadi lebih baik.
5.       Kawal hati untuk kawal semua benda


Yang ni antara saya ingat lah, tengah lunch time ni saya tulis apa yang saya ingat.
Salah satu yang sangat member kesan pada saya ialah kejadian batu permata. Betul-betul membuatkan diri saya sentap sebentar.

Batu permata yang paling bernilai adalah batu yang menghadapi tekanan demi tekanan. Jika anda di uji Allah, ingatlah bahawa mungkin Allah hendak melonjakkan anda ke tempat yang lebih tinggi.

Sesungguhnya, PRICELESS. Tak ada perkataan untuk menggambarkan sesi itu. Sampai ke hari ini saya masih terkesan dengan AURANYA.. J

Untuk mengetahui lebih lanjut boleh layari web ini. Call ateh terus pun boleh. Insha Allah Ateh akan membantu. :)



Sebelum ledakan aura


exercise paling sempoiiiii....best
bersama master farah, nanny saya

Untuk lihat gambar-gambar lagi menarik boleh singgah FB saya.. www.facebook.com/RehanaNurulAmin




Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Thursday, May 1, 2014

HOMEMADE RICE CEREAL >> LAGI SEDAP >> TANPA PENGAWET DAN PEWARNA!

Assalamualaikum semua,
Lama tak update blog ni, tersangatlah busy..anak perempuan saya dah menginjak 6 bulan lebih, nak masuk 7 bulan dah pun tapi sekarang baru nak bagi makan..hehe..biar dia betul-betul rasa nak makan baru bagi.

Ok semalam punya projek.. tak sampai 15 min saya dah siap buat homemade cereal ni. janji cuaca panas terik, Memang boleh siap!

Jom tengok cara-cara buat rice cereal yang sangat simple :

beras
Step 1: Basuh dan toskan beras . Lepas tu keringkan bawah matahari yag memang terik. Sehari je saya keringkan memang dah kering habis
beras kuning
Untuk memastikan beras tu dah kering betul-betul, sangai beras sampai kekuningan. Pastikan api perlahan dan kena kacau selalu. Lagi satu, bila sangai rasa wangi sikit beras tu :)

blend beras
Masukkan dalam blender dan blend sampai halus. Ni blender yang paling best saya pernah jumpa. Thanks to my mom sebab hadiahkan. Sangat-sangat berguna!

ayak tepung
Wajib ayak untuk dapat tepung yang betul-betul halus

beras halus
Tada!!! Halus kan..very fine! best !


simpanan beras
Simpan dalam bekas kering dan kedap. Boleh guna bila-bila perlu

simpanan beras
Masak atas api perlahan selama 5 -10 minit. Boleh campur maca-macam puri dalam ni. Kalau breakfast bagi la puri buah ke, puri sayur ke..Nyumnyum,...lagi rasa best
 Tu jer nak share hari ini.. Nanti saya share lagi kalau buat puri yang lain..:)
Selamat mencuba!
Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Popular Posts

© REHAN'S WARDROBE | Template Designed By MH