Assalamualaikum semua,
Lama tak update blog ni, tersangatlah busy..anak perempuan saya dah menginjak 6 bulan lebih, nak masuk 7 bulan dah pun tapi sekarang baru nak bagi makan..hehe..biar dia betul-betul rasa nak makan baru bagi.
Ok semalam punya projek.. tak sampai 15 min saya dah siap buat homemade cereal ni. janji cuaca panas terik, Memang boleh siap!
Jom tengok cara-cara buat rice cereal yang sangat simple :
|
Step 1: Basuh dan toskan beras . Lepas tu keringkan bawah matahari yag memang terik. Sehari je saya keringkan memang dah kering habis |
|
Untuk memastikan beras tu dah kering betul-betul, sangai beras sampai kekuningan. Pastikan api perlahan dan kena kacau selalu. Lagi satu, bila sangai rasa wangi sikit beras tu :) |
|
Masukkan dalam blender dan blend sampai halus. Ni blender yang paling best saya pernah jumpa. Thanks to my mom sebab hadiahkan. Sangat-sangat berguna! |
|
Wajib ayak untuk dapat tepung yang betul-betul halus |
|
Tada!!! Halus kan..very fine! best ! |
|
Simpan dalam bekas kering dan kedap. Boleh guna bila-bila perlu |
|
Masak atas api perlahan selama 5 -10 minit. Boleh campur maca-macam puri dalam ni. Kalau breakfast bagi la puri buah ke, puri sayur ke..Nyumnyum,...lagi rasa best |
Tu jer nak share hari ini.. Nanti saya share lagi kalau buat puri yang lain..:)
Selamat mencuba!
Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe