Pages

Follow US

Our Video

Saturday, September 27, 2014

Dari dapur : Resipi apam paling sedap di dunia!!

Salam berhujung minggu semua, semalam saya saja lah up post kat fb tentang buatan apam sendiri. Baru pertama kali cuba tau dan hasilnya memang menjadi..soft..sedap..berlemak..sesuai untuk budak2 yang sukakan kelainan. Dan healthy jugak!

apam
Ini lah apam saya. Patutnya putih kan, tapi ini saya modify jadi apam manis


Lepas beberapa minit saya letak gambar ni di fb, ramai komen nak resipi. Tak sangka ramai suka ye. Dulu saya tak suka pun makan ni. Rasa macam masam-masam. Tapi sekarang ni suka sangat! Licin kalau emak buat.

Sebab ramai nak tahu buat resipi ni, saya akan share resipi turun temurun ni. Kalau apam gini, kena betul-betul pakar yang bagi resipi. Bagi saya ibu saya memang dah pakar sebab dia ada tips-tips ekslusif. Ok jom tengok resipi nya.

Sebelum tu, masing-masing kalau nak buat kena ada kuali apam tau. Kuali apam tu boleh beli kat mana-mana kedai perkakas india. Dekat kelang dan masjid india banyak. Kalau ada kuali lempeng atau apam balik pun boleh,cuma tak adalah jadi macam piring terbang tu kan. hehe. Nak cari kuali tu senang je. Bukan susah mana.

Resipi APAM

Bahan-bahan

4 cawan beras putih
setengah biji kelapa
1 mangkuk kecil nasi masak direndam dalam air
sedikit air
garam
soda bikarbonat

CARA-CARA

1. Rendam beras dalam air selama 9 jam. Kalau saya, saya akan rendam sebelum pergi kerja pagi tu. Lepas balik kerja baru akan sambung. so cun-cun 9 jam beras tu dah direndam. Beras tu bila da direndam akan jadi kembang sedikit. Lepas 9 jam, tos beras tersebut.

2. Ambil setengah biji kelapa yang diparut dan masukkan ke dalam beras tadi. Gaul rata sehingga bercampur semua.

3. Nasi yang di rendam tu pun boleh gaul sekali atau boleh masuk nanti semasa blend secara berselang-seli.

4. Blend beras+kelapa tersebut sehingga halus. Macam saya guna blender khas, memang soft. Kalau blender yang biasa tu, kena sabar sikit ye, Kena blend betul-betul bagi halus. Cuma tekstur kalau rasa kat jari macam ada kasar sikit sebab beras tersebut. Tapi kalau tengok dengan mata kasar dah jadi macam halus dah. Blend tu kena campur air tau. Jangan cair sangat , jangan pekat sangat. Kena macam pekat sikit ala-ala nak buat lempeng tu.

5. Dah blend semua, masukkan dalam bekas atau mangkuk besar ye. Pastikan ada ruang dalam 3/4 lagi sebab tepung ni akan menjadi tapai. Dia akan kembang, kalau letak bekas kecik ngam-ngam memang akan melimpah.


6. Lepas tu, biar selama 12 jam rendam tepung tu. Macam saya, jumaat malam blend, Sabtu pagi tu boleh buat dah. Hehe.

7. Lepas 12 jam tu, tengok tepung tersebut. Pastikan gaul sebati lagi sekali sampai smooth. Kemudian tambah garam 2 sudu kecil dalam tepung tu.

8. Boleh masak dah! Masa nak masak tu baru masukkan secubit atau 2 cubit soda bikarbonat. Selalunya, kalau sukatan yang saya bagi ni untuk satu famili 5 orang, boleh makan tiga kali. So kalau nak masak tu baru ambil sedikit yang nak masak je, Lepas tu baru campur soda bikarbonat. Yang tak nak masak tu boleh masuk bekas dan tutup rapat dan letak dalam peti sejuk. Bila-bila nak boleh buat ( selalu dalam masa seminggu)

MACAM MANA NAK BUAT??

1. Kalau anda nak apam ni cicah dengan kari ikan or udang ( favourite) , anda boleh buat kosong je. Tuang. Guna satu sudu senduk untuk satu apam. Kemudian pusing-pusing kuali tersebut supaya dapat jadi kerak kat tepi tu..buat cantik-cantik tau..lepas tu kalau nak letak telur, boleh pecahkan sebiji telur tengah-tengah tu. kacau telur tu sahja tau. Jangan usik tepung tu, kacau telur sikit supaya dia letak elok kat tengah-tengah apam tu. Dan tutup kuali. Api kena perlahan dan kena sabar menunggu. Sebab tak perlu terbalikkan apam ni. Lepas masak boleh angkat terus
guna senduk begini. satu apam satu senduk

2. Kalau nak apam manis, boleh campur telur dan gula perang sedikit. So boleh makan macam tu aje. Tak perlu kuah..

3. Kalau nak makan dengan santan, boleh letak santan dan gula kat dalam apam, rendam sekejap dan makan!

Tak tahu la korang faham ke tak. Kalau nak tanya soalan boleh pm saya. Heee....Hope faham la...hehe..selamat mencuba!!



Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Tuesday, September 23, 2014

DIY : HOME MADE FACIAL : MURAH! BERKESAN! TAHAN LAMA!

Aktiviti hujung minggu saya BERFACIAL. Actually bukan aktiviti hujung minggu sebab masa buat facial ni dah malam ahad dah. Esoknya kerja tapi saya gigih nak bereksperimen dengan full course facial. Hehe. gigih nak dapat muka yang super lembut. Kalau dulu saya buat masker vita C dan ESP shj, Kini saya ambil jalan panjang sikit sebab nak lawa kan...Muka ni sekali sekala kena belai. Baru best dan terpelihara.. :)

Saya ambil masa selama 30 minit untuk buat facial ini. Ringkas sahaja, cuma part tunggu masker jadi kering tu yang lama :).. Okay, jom tengok step2 facial home made saya :

scrub
2 biji alfalfa saya tumbuk kasar. Kalau dulu untuk masker saya tumbuk halus, kini saya tumbuk kasar pula sebab nak buat skrub

alfalfa shaklee
Nampak tu agak kasar-kasar sikit kan. Baru berfungsi sebagai skrub untuk menanggalkan kotoran dari dalam

Tambah gula. Gula ni patut kene tumbuk halus gak. Jangan kasar sangat sebab nanti calar kulit muka. Tak cantik nanti. 

masker
Collagen powder saya masuk kat bekas yang lain pula . Ini untuk bahan masker. Saya guna separuh peket jer, Baki saya simpan untuk minum

Masker
Tambah sikit ESP dalam collagen tadi

alfalfa
Ok jom mula, skrub campuran alfalfa dan gula di campur dengan gentle deep foaming cleanser or saya panggil pencuci muka nutriwhite. Campur, lepas tu skrub lah muka anda dengan gerakan memutar. Saya paling suka bab skrub ni, rasa memang smooth tau lepas basuh dengan air. Rasa macam breathable sebab kotoran2 semua keluar. Oh ye, skrub tu boleh campur air sikit ye.

cleanser
Kemudian, cuci muka dengan pencuuci nutriwhite . Cuci bersih-bersih. Kalau boleh dengan air suam la ye..hygenic.heee..

Collagen + ESP ni dah tambah air sikit. ni terlebih air so apply masker ni tak rasa tebal sangat tapi still rasa best . Lepas apply masker ni, tunggu dalam masa 15 minit baru boleh basuh 

toner nutriwhite
Selepas tu, lap muka bersih-bersih dengan tuala lembut. Kemudian apply Soothing Radiance Whitening Softener dengan kapas muka. Apply tipis kat muka. 

krim malam
Akhir sekali saya guna night cream nutriwhite. Kemudian, rilex dan tidur!

Senang kan step-step nak buat facial ni. Saya buat malam kerana lagi bagus buat facial malam. Ada cerita lanjut dalam entri krim malam

Outcome:

* Bangun pagi rasa moist
* Rasa nak pegang-pegang kulit muka sebab melantun
* Nampak agak cerah
* Kesan facial bertahan sehingga 2 hari lebih.

Kos facial ni tak sampai RM 15 pun. Heee....tapi high class punya facial tau. Bahan-bahan semua yang berkualiti dan bebas bahan kimia..

Ok! tidur jom!!!
zzzzzz





Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Sunday, September 21, 2014

Info lengkap : Nutrisi semasa hamil

Assalamualaikum semua,

Dah tengah-tengah malam baru boleh up entri hamil ini. Sebab dari pagi anak asyik melekat je. Memandangkan weekends, keutamaan diberikan pada mereka.

ibu mengandung

Lama dah nak cerita tentang nutrisi semasa hamil ini tapi asyik pending aje sebab memerlukan sedikit masa untuk menulis, mengkaji dan berkongsi apa yang saya rasakan. Kalau dah mengandung mesti macam-macam persediaan rapi yang kita buat. Dari isi buku merah sampailah ke barang bayi. Tahukah anda nutrisi semasa hamil sangatlah penting sebab nutrisi itu untuk 2 orang dan jik tidak mencukupi maka badan mungkin akan jadi lemah tak energetik dan bayi mungkin kurang sihat
pil kalsium untuk mengandung
Hamil bukanlah satu penyakit. Dan ia bukanlah alasan untuk para ibu untuk tidak bergerak secara biasa. Bukan ye, 9 bulan itu sepatutnya perlu berlalu biasa cuma ditambah dengan momen-momen indah semasa hamil. Mungkin juga ada yang lembik selama 9 bulan tersebut, tapi macam-macam pilihan kita ada untuk tidak menjadi lemah. Kecualilah sesuatu itu di luar kawalan kita kan?

Antara nutrisi-nutrisi penting semasa hamil :

PROTEIN

keperluan protein

Protein ialah unit asas yang membentuk sel. Bayangkan ye, bayi baru nak terbentuk, asid amino sangat penting untuk pembentukan sel-sel asas. Selain itu, saya pilih ESP sebagai protein utama kerana ia nya mempunyai asid amino perlu dan tak perlu, rendah kolestrol, dan yang paling penting beri tenaga yang maksimum terutama semasa melahirkan anak selepas 9 bulan.

VITAMIN C

vitamin c






Vitamin C sangat penting untuk sistem imun , pembinaan salur darah yang sihat dan juga kolagen untuk tulang rawan. Selain itu, vitamin C membantu mengekalkan seri wajah dan mengelakkan pigmentasi.

ZAT BESI

HB low
Zat besi adalah salah satu nutrien yang paling penting semasa hamil. Jikalau HB rendah dan kurang darah semestinya ramai yang memilih Vitalea kerana ianya merupakan multivitamin dan mempunyai zat besi. Anda perlu tahu jika darah kurang pekat boleh menyebabkan risiko gugur. Selain itu zat  besi sangat penting untuk membawa oksigen kepada otak.

ASID FOLIK
b compleks
Asid folik ni memang sangat penting dalam pembentukan saraf bayi dan mengelakkan kecacatan pada tiub neural. Untuk ibu mengandung, sebanyak 400-800mcg. Asid folik juga terkandung dalam B compleks yang juga meredakan stress.

KALSIUM
pil kalsium mengandung
Kalsium sangat lah penting kerana ia perlu untuk pembentukan tulang dan gigi. Kebanyakan kalsium akan diserap oleh bayi, jadi ibu hamil perlu mengambil susu atau pil kalsium semasa mengandung. Oh ye, lagi satu kalau saya telan ostematrix kan, memang akan kurang cramp atau kejang kaki saya semasa mengandung dulu. Antara pil yang saya tak pernah miss!
Daily intake  = 1000-1500mg untuk wanita hamil

MINYAK IKAN

EPA& DHA
EPA & DHA sangat penting untuk pembentukan otak dan mata janin. Dinasihatkan untuk mengambil minyak ikan yang berkualiti tinggi seperti omega guard untuk kesan yang lebih baik. Omega juga boleh diambil antara trimester kedua untuk mengelakkan darah cair yang boleh menyebabkan keguguran.


Pendek kata, tepuk dada tanya yang mana anda perlu utamakan. Saya akan share lebih details lagi insha Allah.

Bukan saya seorang yang cerita tentang kepentingan nutrisi semasa hamil ye. Dr pun ada menekankan kepentingan nutrisi semasa hamil. :)



Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Friday, September 19, 2014

KRIM MALAM MEMBAZIR?

Salam jumaat semua, apa khabar semua..rata-rata semua dah masuk tidur atau masih di depan tv sebab esok hari minggu. Enjoy bersama keluarga tercinta.

Alang-alang cerita pasal nak tidur, saya baru dapat baca tentang kepentingan memakai krim malam. Sebelum ini saya buat tak endah. Tapi lepas ni kena wajib pakai krim malam hari-hari untuk kulit muka yang lebih energetik dan cerah serta awet muda..;)

Kenapa?

Sewaktu malam, kulit akan berada dalam keadaan rehat dan pada masa inilah sel-sel kulit akan proses secara perlahan-lahan, lebih -lebih lagi ada kajian mengatakan krim malam mampu menjadikan kulit lebih muda dari biasa...

Ha, best? Jom apply krim malam anda. Saya pilih yang ini
krim malam

Bebas bahan kimia, bebas paraben, tak ada unsur-unsur sintetik dan yang paling penting berkesan. Krim malam ni mengurangkan radang kulit dan melembapkan kulit serta mencerahkan dari kulit dalam. Best apply selepas guna toner Soothing Radiance Whitener Softener.

Ok jom tidur!



Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Wednesday, September 17, 2014

Collagen bantu sakit sendi?





















Sumber : http://www.healthybonesplus.com/en/page/8/why-calcium-alone-does-not-build-bone



Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Monday, September 15, 2014

AWAS DENGAN PRODUK NUTRIWHITE ! ANDA MUNGKIN TERTIPU!

Assalamualaikum semua, salam hari malaysia. Sukar dinafikan cuti di hari Malaysia ini memang memberi banyak ruang pada saya yang bekerja. Boleh masak macam-macam. Makan petang pun boleh nak buat, main-main dengan anak pun ada masa. Sementara anak layan tv dengan ayah dia, saya buatkan entri ini khas untuk anda.

Tajuk di atas tu memang betul. Sila AWAS jika anda beli produk nutriwhite skin care. Skin care product ini memang banyak kelebihan daripada harganya. Dan yang paling tertipu tu, produk ni boleh digunakan berbulan-bulan lamanya. Pernah sekali saya beli pencuci muka tu sebab ingat nak habis tapi memang extend sampai sebulan lebih lagi. Picit ada lagi. Picit ada lagi. Memang terbaik

nutriwhite
Yang ni antara yang saya guna. Paling wajib saya guna  gentle deep foaming cleanser







































Pencuci muka tu lah yang buat saya jatuh hati dengan nutriwhite. Sebab apa? Sebab nya saya dapat rasa memang mencuci betul2 dari dalam. Yang paling best tak ada rasa gatal-gatal ke, atau naik ruam macam pencuci muka sebelum ini. Jelas terbukti bahawa pencuci muka nutri white dan enfuselle  memang bebas paraben dan 100% semulajadi.

Cuba bayangkan anda cepat putih, cepat cerah cepat hilang jerawat dalam masa 2 hingga 3 hari atau seminggu tapi produk itu berasaskan bahan kimia? Mahu ke? Tepuk dada tanya diri anda. Kalau muka didedahkan dengan bahan-bahan kimia senang kena macam-macam penyakit.
Kesan menggunakan produk bahan kimia memang sangat bahaya! Boleh baca dalam link yang saya kongsikan di atas.

Nutriwhite ni tak ada wangi-wangi macam produk-produk lain. Tapi saya tak tipu, memang sangat best guna pencuci ni. Ingat ye. nutriwhite untuk kulit normal sahaja. Kalau kulit berminyak dan kering boleh gunakan enfuselle dari shaklee juga.

Antara kelebihan produk nutriwhite :
* Dijadikan secara semulajadi
* Bebas bahan kimia dan paraben
* Diekstrak dari 16 ramuan buahan dan tumbuhan
* kajian selama 3 tahun
* melembapkan kulit
* mengurangkan pigmentasi dan mencerahkan kulit secara semulajadi
* mengawal dan mengurangkan radang kulit secara beransur-ansur

Antara ekstrak dalam nutriwhite seperti rosemary, bearberry, soybean, green algae,cats claw, aloevera dan lain-lain
harga
Harga retail untuk produk. nak harga kasi sayang boleh hubungi saya





testimonial nutriwhite

testimonial nutriwhite

testimonial nutriwhite

Best kan tengok testimoni? Nak cuba boleh hubungi saya. Insha Allah tak menyesal :)



Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Friday, September 12, 2014

Bersalin secara Induce : Keperluan atau paksaan?

Baca tajuk pun dah tahu kan saya nak cerita tentang apa kan? Ibu-ibu yang mengandung perlu tahu serba sedikit tentang INDUCE.

Apa itu induce? Induce merupakan satu kaedah yang digunakan oleh doctor-doktor untuk merangsang kelahiran anak secara tidak semulajadi.


Perlu anda ketahui ada tiga tanda-tanda untuk bersalin iaitu 
a) Air ketuban pecah
b) Tanda darah yang keluar
      c)   Kontraksi atau sakit pinggang beritma mengikut kadar masa.

Namun begitu, doctor juga akan memeriksa kandungan seperti denyutan jantung bayi, kandungan air ketuban mencukupi dan keadaan bayi itu sendiri.  Tetapi akan wujud sesetengah keadaan yang menyebabkan doctor membuat keputusan untuk induce. Antara keadaan tersebut adalah seperti :     

      a) Tarikh bersalin (EDD) sudah hampir atau melepasi 41 minggu namun masih tiada tanda-tanda untuk bersalin
b    b)  Air ketuban sudah pecah namun tiada kontraksi yang berlaku, mungkin boleh menyebabkan bayi lemas atau terpaksa dibedah
      c)   Jangkitan dalam rahim
      d)  Kurang air ketuban 
           e)  Keadaan kesihatan yang tidak berapa baik seperti diabetes dan tekanan darah tinggi
f     f)    Uri bermasalah

Pengalaman bersalin induce   :Anak saya kedua-duanya induce. Dan sakitnya memang yang amat. Semestinya sakit bersalin tu sakit. Namun doctor saya beritahu induce memang lagi sakit sebab kita paksa bayi tu keluar secara tidak semulajadi. Kalau diberi pilihan, anda boleh menunggu sehingga 42 minggu untuk berbuat keputusan untuk induce atau tidak. Macam kes anak 1 saya dulu, saya baru mencecah 40 minggu dan di hari EDD saya diinduce sebab doctor kata heart beat bayi rendah. Malam tu saya di drip masuk air dulu, lepas tu heart beat dah ok, saya pula tak terfikir untuk pulang ke rumah. Terus tengah malam itu saya dah diinduce. Kalau ikut keadaan, saya boleh tunggu lagi sampai minggu ke 42.

Nasihat saya untuk para ibu, jangan terburu-buru untuk induce kerana hendak mempercepatkan proses bersalin. Kerana sakit itu memang sakit yang amat dan Allah pasti akan menciptakan sesuatu dengan fitrahnya.Ramai ibu di barat akan hanya fikir untuk induce jika sudah lebih 42 minggu atau sebab-sebab yang lain seperti rumah terlalu jauh dengan hospital dan sebagainya.

Zaman dulu semua mana pernah induce bagai kan? Semuanya natural. Macam saya pun disebabkan ada kemudahan seperti epidural, gas penenang, kita lagi jadi manja...hehe..

Induce ada 2 jenis : satu adalah memasukkan ubat sebesar panadol (prostaglandin ) ke dalam vagina. Ia untuk melembutkan rahim dan mempercepatkan bukaan servik.

Lagi satu adalah dengan memasukkan air secara drip. Dalam drip tu akan dimasukkan sejenis ubat (hormon oxytocin)  yang mempercepatkan bukaan rahim dan kontraksi



Video ni saya tonton tentang mempercepatkan proses bersalin secara semulajadi. Tapi bab akupuntur tu saya tak berani jamin naaa...Apa-apa pun refer pada yang pakar :)

Petua tradisional ibu saya bila dah start sakit or contraction :

* castor oil+telurgoreng+nasi lembik : yang ni memang untuk kakak and kakak ipar berkesan..untuk saya mmg tak dapat la..rahim tebal sangat
* Air jintan manis panas

Tapi apa-apa pun, semulajadi is the BEST!!



Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Wednesday, September 10, 2014

PELAJAR PMR & SPM : TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN




Salam semua,
Belum terlambat untuk saya ucapkan selamat menduduki peperiksaan UPSR kepada semua pelajar tahun 6. UPSR merupakan titik tolak untuk maju ke hadapan. Sewaktu saya menghadapi UPSR dulu, saya betul-betul dah tak ingat bagaimana saya belajar masa tu sebab dah 17 tahun berlalu. Tapi masih segar dalam ingatan saya apabila menduduki PMR dan SPM.  Ingat lagi bagaimana saya membuat persediaan yang rapi untuk menghadapi peperiksaan itu. Saya bukanlah pelajar yang cemerlang atau nombor satu di sekolah. Tetapi saya rajin. Hee..masuk bakul angkat sendiri. Tapi itulah hakikatnya. Bila saya bersungguh baru saya akan dapat kejayaan tersebut.

Masa PMR, memang saya aim 8 A. Sebab ayah saya betul-betul mengharap selepas abang saya. So, saya pun memang push diri saya untuk dapatkan 8 A tersebut. Mungkin apa yang saya share tentang pengalaman saya tak sama dengan persekitaran sekarang yang banyak cabaran terutama dengan wujudnya gajet-gajet canggih dan internet di hujung jari. Oh ya, PMR  tu saya dapat 6A 2 B. Itu pun dah menangis teruk-teruk dah. Hehe…Tapi syukur sebab memang terbayar segala penat lelah. Masa SPM pun saya berusaha juga, tapi tak de rezeki saya mungkin, hanya mampu mendapat 3A dan 6B.
Kepada ibu-bapa sekalian, ingatlah bahawa dari kecil lagi perlu didik anak tentang kepentingan pembelajaran. Ayah saya selalu tekankan saya kena dapat DEGREE. Memang dia sebut hamper setiap hari. Even emak saya yang tak belajar tinggi-tinggi pun berdoa yang sama untuk saya. 

Ok,sudah cerita tentang saya. Jom kita imbas balik tips-tips hebat yang pernah saya gunakan. Saya juga ada menambah sedikit tips hasil 2 tahun saya bersama Shaklee. Jangan terkejut ye, sebab saya bukan suruh buat bisnes masa belajar. Cuma konsep yang kita gunakan adalah sama dalam semua aspek. Back to basic!


ANTARA TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN :

1            Set target untuk dicapai semasa peperiksaan. Pastikan target anda logik dan usaha anda perlu setaraf dengan target anda. Sebaiknya, target perlu di buat pada awal tahun lagi. Tetapi, masih belum terlambat sekiranya peperiksaan bakal tiba 3 atau 4 bulan lagi. Jika esok nak periksa baru harini nak buat target memang tak logik ye.


1.       Tulis target anda di atas kertas. Tulis besar-besar dan tampal di depan meja anda ke, depan cermin ke, atas katil ke. Janji tempat yang anda tengok hari-hari. Anda perlu tahu target yang ditulis lebih berkesan daripada sekadar impikan dalam minda ( ini memang betul dan ramai pakar motivasi sudah membuktikan).
Kalau saya dulu, saya tiru gaya abang saya. Di setiap buku rujukan abang saya akan tulis 8 A in PMR di bawah tu. Setiap buku, setiap buku nota dan latihan dia akan buat begitu. So saya pun akan buat begitu. Minda separa sedar kita akan sentiasa lihat dan rakamkan dalam minda.

1.       Sebut hari-hari tentang target anda. Katakan anda nak capai 8 A dalam PMR, sebut hari-hari ‘SAYA DAH DAPAT 8A DALAM PMR’. Sebut begini ye. Jangan tanya kenapa, sebab cara ini lagi berkesan


2.       Doa secara spesifik. Sentiasa tidak jemu untuk berdoa setiap kali solat, suruh ibu bapa doakan. Suruh guru doakan. Buat solat hajat dan tahajjud jika larat. Jika saya dulu, saya suka suruh ibu saya doakan sebab memang doa ibu adalah paling hebat sekali.

3.       Jaga pemakanan. Elakkan makan makanan yang masam dan junk food kerana ia boleh melembabkan otak. Banyakkan mengambil nutrient asas dan sayur-sayur serta buahan. Lebihkan makan ikan. Jika tidak gemar makan sayur atau makanan anda tidak seimbang boleh mengambil multivitamin ( vitalea atau mealshake). Omega guard boleh di ambil untuk meningkatkan memori. Masa saya dulu tak kenal Shaklee. Dan saya memang takkan makan vitamin-vitamin sangat. Tapi seingat saya, pernah ambil B complex dari klinik. Ayah saya belikan dulu.

4.       Rancang masa anda. Pastikan anda disiplin dalam menelaah pelajaran. Paling kurang 1.5 jam atau maksimum 3 jam sehari. Kualiti jam ye. Bukan sambil belajar tengok fon ke..no.no..Kena FOKUS. Kalau betul-betul FOKUS, 1.5jam sehari pun cukup sehari untuk pelajar PMR & SPM.

5.      Pastikan tidur yang cukup . 6 jam tidur. Kalau boleh sebelum tidur ambil susu yang ada magnesium untuk tidur yang lena dan berkualiti

6.       Amalkan belajar di awal pagi. Lepas subuh kalau boleh jangan tidur. Terus belajar kerana otak sedang fresh. Dalam pukul 9 tu tidur la balik kalau rasa penat. Malam pula, makan awal sebelum magrib dan boleh start belajar pukul 8.00- 10.00 malam. Itu pun dah cukup.

7.       Sentiasa bersenam untuk dapatkan oksigen yang segar

8.       Buat nota yang difahami setiap kali menelaah. Macam saya, setiap kali saya ulangkaji, saya akan tulis nota dalam mind map. Percayalah, ia membantu

9.       Buat latihan sebanyak mungkin. Masa saya PMR, saya rasa saya khatam 20 buah buku latihan setiap subjek. Hari-hari saya akan buat latihan sehinggakan dapat soalan pun balik-balik tang tu juga sebab kita dah biasa kan.  Jika budget tak cukup, share dengan kawan. Anda beli 5 buah, kawan anda beli 5 buah buku. Lepas tu tukar. Dah dapat 10 buah buku kan? Senang. Saya dulu pinjam di perpustakaan.

        Sekali-sekala hadiri motivasi untuk membangkitkan semangat anda

1      Rajinkan diri untuk solat dan membaca alquran untuk terapi diri secara rohaniah

        Zikir sentiasa untuk memudahkan anda mengingat subjek yang anda pelajari. Terutamanya selawat.  Pengalaman saya, setiap kali saya selawat saya pasti akan ingat balik tajuk yang saya dah lupa

1      Elakkan lihat perkara-perkara yang lagha seperti FB feed yang tak berguna untuk anda, boleh scroll feed yang positif sahaja.

       Jangan terlalu stress dengan pelajaran 24jam. Selitkan aktiviti riadah dan bersama keluarga juga. Yang penting anda disiplin dan jujur dengan MASA

      Minum air secukupnya untuk elak mengantuk. 



Oklah, ini antara yang pernah saya apply dan ada yang saya tambah. Insha Allah harap dapat membantu J
Semoga maju jaya adik-adik semua

Ps : Saya tulis artikel ini dari hati saya. Terbayang semua yang saya hadapi 14 tahun yang sudah. Cukup manis. Cukup berharga. Jadikan zaman persekolahan anda suatu memori yang terindah dalam hidup.


 
Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Sunday, September 7, 2014

PANTAU BAU BADAN ANDA!!

bau badan


















Adakah anda mempunyai bau badan yang kurang menyenangkan? Atau anda tidak tahu langsung anda boleh menyebabkan orang di sekitar anda tidak selesa kerana bau badan dan peluh berlebihan?.
Pastikan anda mempunyai bau badan yang neutral supaya orang selesa dan anda juga mempunyai tahap keyakinan yang tinggi untuk berdepan dengan individu yang lain.

peluh

Pada badan manusia terdapat dua kelenjar peluh  iaitu kelenjar peluh eccrine dan kelenjar peluh apocrine.

Kelenjar peluh eccrine adalah merembeskan peluh yang bersifat air dan garam serta meliputi di sebahagian kulit manusia. Manakala kelenjar apocrine merembeskan peluh yang bersifat melekit dan berbau apabila bertindakbalas dengan bakteria. Biasanya terletak di kawasan ketiak dan payudara. Dan tahukah anda jika anda STRESS ansda boleh merembeskan peluh bersifat apocrine ini? Ha, selalu lah telan b compleks untuk kurangkan stress yang melanda ok? 

Antara tips bau badan atau cara menghilangkan bau badan hasil kajian saya :

1. Sentiasa mandi dan gunakan sabun antibakteria. Tak perlulah mandi setiap 2 jam kan..hehe..paling kurang 2 kali sehari. Macam saya amalkan mandi pagi dan petang/malam. Baru selesa dan kurang berbau

2, Pastikan pemilihan fabrik yang terbaik untuk menyerap peluh. Kadang kita tengok fabrik yang tak serap peluh..lagi cepat berbau sebab terperangkap je,

3. Kurangkan stress yang melanda, sekali sekala pergi bercuti ke

4. Chlorophy supplements ni saya ambil dari web wiki how. Alfalfa complex pun mengandungi chlophyl. sebab tu ramai yang amalkan untuk bau badan dan bau mulut. Alhamdulillah berkesan

alfalfa complex

5. Minum air yang banyak untuk detoks. Ini tips paling mudah.

Ok, lepas ni dah tak nak bau-bau ye...:) Sentiasa yakin dengan diri anda :)

Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Susu ibu kurang? Petua banyakkan susu ibu untuk rujukan

Salam,

Selamat hari minggu semua. Harap semua berada dalam keadaan yang sihat-sihat selalu.
Dunia penyusuan susu ibu merupakan momen indah untuk semua ibu walaupun terpaksa melalui pelbagai rintangan.

Sebagai ibu kepada 2 orang anak saya, penyusuan susu ibu memerlukan kesabaran yang sangat tinggi lebih-lebih lagi jika anda meneruskan perjuangan walaupun setelah kembali bekerja.

Untuk anak pertama, hampir 12 bulan saya mengusung beg pam dan pam di ofis selama setahun. Kemudian saya disahkan mengandung dan terpaksa berhenti menyusu syamil kerana susu mulai kurang.

Kini perjalanan itu kembali untuk anak kedua saya. Hampir 11 bulan mengusung beg pam juga. Pengalaman yang indah.

Sepanjang perjalanan penyusuan, saya mendapati ramai yang akan mengalami kekurangan susu ibu atas sebab-sebab tertentu. Jadi, bila ada sahaja MILK BOOSTER yang diwar-warkan terus sahaja mereka mencuba dan menyangka akan mendapat susu yang meriah.

SALAH TANGGAPAN ITU.

Memang ada banyak petua banyakkan susu ibu. Tapi yang paling penting dan mustahak adalah untuk mengekalkan supply susu ibu. Sepanjang tiga tahun lebih ini yang saya tahu, asas untuk mengekalkan supply susu ibu adalah KERAP PAM SETIAP TIGA JAM, MINUM AIR MASAK 3 LITER dan KURANGKAN STRESS.

Jika anda amalkan 3 konsep di atas, anda boleh cari iktihar lain seperti milk booster dan lain-lain lagi.

Sebagai penjual alfalfa dan ESP, saya sangat menitik beratkan tiga konsep ini untuk customer saya dan bukan memberi janji-janji kosong semata-mata melariskan jualan.

Ok, dah bebel banyak ni, jom tengok sekilas petua banyakkan susu ibu mengikut pengalaman saya. Lain orang lain milk booster ye. Jangan samakan dan jangan bandingkan. Anda boleh cuba tetapi jangan mengharap hasil yang sama kerana lain badan lain fungsi nya.

Tips banyakkan susu ibu :

1. Minum air suam 3 liter sehari
2. Nasi yang banyak ( ni masa pantang saya amalkan sebab memang susu meriah masa tu )
3. Bawang putih
4. Kurma dan horlicks
5. ESP
6. Alfalfa
7. Ikan yu
8. Lobak putih

Dan macam-macam lagi lah...jom share milk booster anda! :)



Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Wednesday, September 3, 2014

WAJIB TAHU : Kenapa sembelit terjadi ??

Sembelit..dengar pun ngeri kan..ngeri bagi sesiapa yang dah pernah alaminya. Dulu saya memang mengalami masalah sembelit ini. Habis sampai SJMC saya pergi untuk check up dan siap buat endoskopi. Tak tahu apa punca masa tu, saya kena sembelit yang agak teruk. Sampai kena makan benda alah ni untuk ubat sembelit. Hehe. Sedap, perisa oren.


Saya rasa punca masa tu sebab saya tak mengamalkan minum air kosong macam yang saya amalkan sekarang. Toksik dalam badan dah terkumpul sampai selalu naik jerawat sehingga nak buat apa pun saya tak tahu. Satu cara untuk elak sembelit ; minum air banyak.

Selain itu, cara mengatasi sembelit, kena rajin makan makanan yang kaya dengan serat dan buah-buahan serta sayuran. Saya memang jarang makan sayur. huhu. Sebab tu kot jadi macam tu.

Anak sembelit? Juga kena perhati pola pemakanan, jangan biasakan anak makan coklat terlalu banyak atau kurang beri air pada anak. Kalau nak lebih baik, boleh cuba meal shake untuk anak yang sembelit sebab kaya dengan fiber.

Kalau yang dewasa tu boleh cuba herbalax atau ostematrix. Tapi pemakanan kena jaga ye, jangan biarkan sembelit melarat sebab nanti toksik dalam badan terkumpul. Bahaya!

JOM AMALKAN MINUM AIR  MINIMUM 2 LITER SEHARI!!

Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Hilangkan EYEBAG tanpa suntikan atau rawatan khas!

eyebag

Siapa ada masalah eyebag atau kesan bawah mata yang hitam????
Tahukah anda kesan bawah mata yang hitam tu sebab kurang tidur, keturunan atau stress dan juga allergi. Tapi ada petua untuk hilangkan eyebag ini. Saya nak share tentang home remedies...Ade few website yang saya research, memang macam-macam cara untuk hilangkan eyebag ini. Saya share antaranya ok :

1. Guna kain lap basah di area mata, tekapkan di mata untuk beberapa minit. Boleh buat setiap hari
2. Pastikan tidur yang cukup dan berkualiti. 
3. Tidur dengan bantal yang agak tinggi di kepala untuk mengelakkan bendalir terkumpul di area mata semasa tidur.
4. Untuk simptom allergi, boleh jumpa doktor untuk rawatan
5. Guna timun dan tekapkan di mata untuk beberapa minit. Ia akan menyejukkan bahagian mata
6. Minum air yang banyak
7. Kurangkan alkohol & merokok dan amalkan cara hidup yang sihat

Nak lagi boleh bukak link di bawah ini :

Petua hilangkan eyebag 1
Petua hilangkan eyebag 2

Itu di antara cara-cara umum la ye. Nak tahu cara saya atau suggestion saya?? heeeee....jom baca

1. Shaklee collagen  powder- Secara umumnya, collagen ini akan mengurangkan kedut-kedut dan lingkaran bawah mata. Kalau ada  sachet collagen tu boleh minum hari-hari sampai 3 bulan berturut. Tengok kesannya effektif tak.

2. Energizing soy protein - ESP ni pula sebagai protein untuk baiki sel-sel kulit dan juga mencerahkan kulit. Kalau rasa nak ambil collagen 2 kali seminggu pun boleh, tapi ESP ni kene ambil setiap hari la

3. Alfalfa complex - Alfalfa ni untuk mengurangkan allergi jika ada

4. Enfuselle eye treatment- Kalau rasa susah sangat nak makan ESP ke, collagen ke...ha buat je masker semua tu atau pun apply enfuselle eye treatment ni.

5. Ostematrix- untuk tidur yang berkualiti sebab ostematrix ni memang bagus untuk yang susah tidur

Ha, dah banyak tips dah share kan..so apa lagi..jom cuba..kalau tak cuba tak tahu...saya suka cara yang natural ni, tak perlu buat rawatan bagai kan......ok nak tidur lah...nanti jadi mata panda pulak ..hehe :P





Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Monday, September 1, 2014

Kronik : Telan 8 biji ostematrix setiap hari memudaratkan!

Assalamualaikum semua,

Dah lama saya tak cerita tentang ostematrix ni kan? Ostematrix ini adalah pil kalsium yang menjadi favourite utama saya jugak. Bukan cerita olok-olok bukan cerita tipu. Ini kisah saya bersama shaklee kalsium atau lebih dikenali dengan OSTEMATRIX.

sumber kalsium
Add caption
Nampak tak keperluan kalsium berbeza-beza kan? Sebab itu biasanya 4 biji ostematrix disarankan ambil oleh orang biasa. Macam saya yang menyusukan anak, kalsium saya akan hilang banyak so saya pernah ambil up to 8 biji kalsium setiap hari! Hasilnya super hebat!

Kelmarin dulu saya sakit kaki macam nak putus je rasa sebab kenduri sabtu ahad campur jaga anak, campur tak cukup tidur campur sakit belakang sebab tidur atas lantai. Lenguh badan dan lenguh kaki usah cerita memang tahap 100% sakit yang amat. Lenguh pinggang pula sebab asyik dukung aeisyah sambil menyusukan dia. Rasa habis semua tenaga saya disedut-sedut. 
Malam tu sampai rumah, saya memang flat! Tapi sempat ambil 6 biji ostematrix. Paginya saya dah ambil 2 biji ostematrix. Saya ingat keesokan harinya saya akan MC sebab keadaan yang sangat tak memberangsangkan. Tapi saya bangun pagi jadi segar dan badan memang ringan, walaupun agak lewat bangun sebab kepenatan tapi saya memang cepat-cepat bersiap untuk ke ofis. 

Ada yang tanya, tak bahaya ke ambil banyak-banyak? Jom tengok gambar di bawah ni

pil kalsium

Tengok ye gambar tu, ikut kan dalam tempoh 12 jam kalsium diserap sepenuhnya dalam badan. So memang bukan termendap di mana-mana. Itu lah kehebatan ostematrix ni. So kalau keadaan yang sangat lenguh badan saya leh cadang ambil 4 biji pagi dan 4 biji malam. Kalau hari biasa boleh ambil 4 biji sebelum tidur.

Artikel menarik tentang kalsium di arkib utusan malaysia. Boleh baca untuk tambah info!

Selamat membaca! Berminat nak cuba? Jom roger saya



Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe

Popular Posts

© REHAN'S WARDROBE | Template Designed By MH