Saya sendiri pernah mengalaminya sehingga saya terus google dan hendak tahu apakah wujud penyakit begini. Agak lega bila mendapati kemurungan selepas bersalin adalah perkara yang normal.
Masa pantang Syamil, saya mudah marah, menangis, fikir boleh jaga anak ke tak, merajuk dengan suami, dan macam-macam lah. Memang kena banyak bersabar dengan orang PPD ni. :P
Macam-macam simptom kemurungan semasa bersalin, antaranya :
- tekanan
- mudah menangis
- sering merungut
- sedih
- bersendirian
- mengabaikan bayi sementara
Simptom-simptom seperti di atas selalunya berlanjutan paling maksimum 2 minggu. Jika simptom berlanjutan lebih 2 minggu, haruslah pergi berjumpa yang pakar ye. Sebab hal emosi, depression tak boleh buat main. Mungkin boleh menjadi parah jika tidak dirawat.
Antara sebab yang menyebabkan kemurungan ialah, perubahan fizikal dan hormon iaitu hormon progesteron dan estrogen akan berkurang selepas melahirkan anak. Untuk stabilkan hormon selalunya boleh ambil pil hormon atau saya lagi suka ambil GLA COMPLEX.
Selain itu, perubahan persekitaran seperti individu baru muncul dalam hidup, kurang ilmu untuk menjaga bayi, masalah kewangan, kurang sokongan dari suami dan keluarga, susah untuk menyusukan bayi, dan juga kepenatan yang amat akibat bersalin.
Kalau cerita tentang emosi dan stress, memang saya syorkan ambil B COMPLEX. Satu-satunya vitamin anti stress yang berjaya mengubah pengalaman pantang saya semasa anak yang kedua.
Yang paling penting, sentiasa lah zikir sebab tak boleh sembahyang kan. Bila tak boleh sembahyang ni mula lah syaitan suka mengacau. So, kena lah selalu beringat, PEACE.
Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe