Pages

Follow US

Our Video

Friday, April 19, 2013

Handle EBM semasa travel

Memandangkan ada customer saya tanya tentang cara nak handle pam dan EBM semasa beliau travel nanti, jadi saya buat entri ini khas untuk beliau dan juga untuk semua ibu-ibu yang lain.  :)

Ok, Perlu di ingatkan kepada semua ibu, bila berjauhan dengan bayi, anda WAJIB pam setiap 3-4 jam untuk maintain supply kepada anak. Maksudnya di sini, tengah malam pun perlu bangun sebab bayi tak ada di sisi untuk tolong kosongkan payudara anda. So tiada alasan kata tak sempat or so on. WAJIB schedule untuk pam..Macam-macam cara ada sekarang kan nak pam?? cover dengan shawl, even dalam meeting pun boleh, time solat, time lunch break, time tea time, pam yang canggih-canggih pun ada. So BE SMART.

Tips untuk jimat masa semasa pam :
1. Multi task ( cuba untuk pam sambil cakap telefon dengan husband ker, lipat baju ker, sms ker, update notes ker)
2. Double pumping ( Yang ni memang jimat masa separuh, lagi-lagi kalau guna freestyle atau elektrik. 10 minit dah boleh siap , orang pun tak sedar kita pergi pam)

So kalau hotel atau tempat penginapan ada peti sejuk, itu sudah bagus. Kalau tak ada, cari lah peti sejuk yang kat hotel ker. Minta jasa baik mereka. Kalau travel 4 hari sahaja, then tak perlu sejuk bekukan EBM anda. Letak dalam cooler bag pun boleh. Boleh tengok link ini untuk lihat tempoh susu untuk bertahan.

Antara gadjet yang perlu ada semasa anda travel selain pakaian dan peralatan anda. :)

ebm
Coolerman box - untuk bawa balik susu perahan yang sejuk atau beku

ebm
Cooler box juga - jika tak dapat cooler box yang atas tu, boleh bawak ini. Isi ais separuh, lepas tu isi EBM then isi ais balik

ebm
Storage bottle yang mencukupi sepanjang tempoh travel

ebm
Cooler bag untuk sesi di luar -contoh semasa kursus. Dah balik hotel boleh transfer tu peti sejuk. jangan lupa label

avent
Pastikan breast pump and berfungsi dengan baik, kalau perlu servis, servis lah dulu ye..

Kalau ada yang nak tanya, boleh pm saya terus. Saya boleh bantu anda. Selamat travel dan selamat mengepam!! ;)


Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

© REHAN'S WARDROBE | Template Designed By MH