Saya memang dalam mood nak pindah rumah..insha Allah hujung bulan ni nak pindah.. perasaan? sangat teruja sebab nak deko rumah sendiri..hari-hari dok tengok blog orang mcm mana nak susun atur..macam mana nak jimatkan space for max! Alhamdullillah dapat inspirasi!
Kalau time kat uni dulu memang saya sangat particular bab2 organize ni...maybe sebab terjangkit dengan salina..hihi..tapi memang saya pantang kalau bilik bersemak! Especially bila kami study ramai2 atau lepak ramai2..saya mesti nak kemas fully lepas mereka balik..hihi..macam tu jugak kalau pergi camping bagai, balik tu bukan terus tidur tau. Mesti kemas barang dan kosongkan beg dulu baru TIDUR!..
Sekarang ni saya, husband dan 2 orang anak dalam satu bilik..dah 3 tahun menumpang rumah adik ipar saya..memang tension jugak sebab tak boleh organize langsung sebab very limited space..bayangkan, baju saya dan husband pun dah tak muat almari..baju anak2 kena letak dekat almari luar dan memang tak organize langsung. Dressing table yang lacinya dah terkopak.bila laci dah terkopak lagi mengurangkan ruang untuk saya simpan barang. Dengan biz shaklee lagi..saya tak ada tempat nak simpan shaker la, pill box la, bubble wrap la, plastik courier la, log book saya, nak tampal misi n target pun letak kat cermin tengok muka..sangatlah tak organize.. Husband suka bising-bising sebab tak kemas tapi dia tak pernah faham macam mana nak squeeze semua dalam satu bilik..itupun saya selalu kemas kat luaran..dalam almari tu tolonglah jangan tengok..memang macam nak nangis kalau cari baju...totally not me!Tapi sejak 2 bulan lalu memang saya pejam sebelah mata jer sebab tahu nak pindah dah..so malas nak kemas beria2..kene jimat masa...kalau tengok pun baju yang saya pakai semua berulang sebab lepas cuci letak kat bahagian depan almari,,so senang nak capai..
Tapi, semua itu ada hikmahnya..banyak bersabar akan membuahkan kemanisan yang tak terhingga..insha Allah impian saya untuk duduk di rumah baru akan tercapai. So the journey of decoration will starts! ;)
Antara blog yang saya sangat suka jelajah :
www.susunatursioca.blogspot.com
www.vanillapink3113.blogspot.com
Ok nantikan tentang nafas baru di rumah baru saya ye..
Mode : sangat tak sabar nak shopping!
Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Our Video
Popular Posts
-
Baca tajuk pun dah tahu kan saya nak cerita tentang apa kan? Ibu-ibu yang mengandung perlu tahu serba sedikit tentang INDUCE. Apa itu induc...
-
home deko bersama eric leong Home Deko Assalamualaikum, Lama dah tak tulis tentang deko rumah atau susun atur rumah. Sangat busy dan tak s...
-
Assalamualaikum semua, dengar tajuk kanser ni gerun kan? Minggu lepas ada satu customer yang rapat dengan saya mengadu tentang suaminya yang...
-
Mencuci pinggan mangkuk adalah rutin di setiap rumah. Boleh dikatakan sehari habis sebaldi air minimum hanya untuk basuh pinggan mangkuk. La...
-
Kalau ibu bapa yang ada bayi selesema tentu buat kita serba tak kena kan? Sebab akan mengganggu penyusuan atau tidur bayi itu sendiri. Saya ...
-
NURSING STRIKE Kadang-kadang ada bayi yang mengalami nursing strike. Apa itu nursing strike? Nursing strike adalah satu keadaan di mana tiba...
-
Osteoarthiritis adalah satu penyakit sendi yang menyerang individu yang berusia dan kebanyakan adalah perempuan. Berlaku apabila rawan sudah...
-
Sebelum ni sumpah tak tahu pasal paraben. Bila duk research pasal paraben, melopong kejap sebab tak pernah tahu ada isu pasal paraben ni. Se...
-
Jom kita bercerita tentang promo bulan September ni.. CoQ Health Plus Shaklee ni..Keluaran terbaru dari Shaklee...memang supplemen yang ra...
-
One step ahead...:) Kenapa saya pilih Shaklee? Saya masih ingat semasa membuat research tentang penyusuan saya banyak kali terjumpa dengan b...