Tapi apa yang nak saya tekankan di sini, orang-orang Malaysia ni suka benar dengan Butang share & like dan menyebarkan info tanpa usul periksa. Ada yang menyatakan tentang rezeki HARAM. Haih. pendeknya akal wahai manusia. Cepat sungguh menjatuhkan hukum haram halal ni.
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
ayat 6- surah alhujurat
Tahukah anda setiap kali GAZA dibedil atau diserang baru akan timbul isu-isu begini. Bila dah tak ada ramai je yang cakap besar tentang boikot kembali balik menyokong. Tapi bukan itu yang saya nak sampaikan. Sila BOIKOT dengan ilmu. Bertahun-tahun sudah shaklee di Malaysia. Tak pernah timbul isu sebegini atau dikatikan dengan MCD or NESTLE. Tak ada.
Jom tengok kronologi isu israel & shaklee dalam blog ini
Saya suka dengan bisnes shaklee sebab bukan sebab DUIT atau kebebasan kewangan. Itu hanya adalah salah satu misi. Sebenarnya saya tak perlu share tentang bab rohani, tapi saya nak share juga sebab untuk buka mata manusia-manusia yang menggelar segelintir dari kami sebagai mata duitan! SENYUM SAHAJA ~
Sejak tahun 2012,
1. Saya berjaya konsisten mengamalkan zikir setiap hari , padahal sebelum itu tak pernah dan sangat kurang.
2. Solat dhuha menjadi habit dan ketenangan ada di situ
3. Sedekah /Infak / Zakat
4. Tolong ibu/bapa dan orang lain
Bukan saya nak kata sebab SHAKLEE saya jadi begini, tapi ALLAH yang lorongkan saya pada biznes ini. Dan saya sangat puas hati setiap kali saya share kebaikan dan tips2 kesihatan kepada orang ramai.
Ada satu masa saya dapat award di National Conference, puas saya fikir mcm mana nak elak dari bersalam dengan lelaki bukan muhrim di sana. Siap fikir nak beli sarung tangan tau. Tak tipu! Tapi bila sampai sana terpana juga master-master di sana hanya letak tangan di dada sebagai tanda hormat dan mendapat balasan yang sama. Apa lagi you all expect kan? Speechless.
Saya yakin dengan SHAKLEE.
Ada beberapa kali saya jatuh bangun dengan SHAKLEE namun saya tetap ingin teruskan untuk menyebar kebaikan.
Saya memilih SHAKLEE, jika anda rasa was-was anda boleh teruskan untuk boikot. Itu pilihan masing-masing.
JOM TONTON VIDEO dari roger barnett. *speechless*