Salam semua..dah lama tak update entri kat blog ni kan. Minta maaf ye, baru-baru ini nenek saya dimasukkan ke ICU akibat jantung lemah. So, saya pun memang kelam kabut mengikuti perkembangan beliau. Alhamdulillah, kini makin sihat :)
Sejak saya melawat nya, saya selalu tertanya-tanya bagaimana hendak baca bacaan tekanan darah. Sebab rasa macam setiap kali kalau sakit ke, mesti doktor periksa tekanan darah kita kan? Kita gelar BP atau blood pressure.
Apa itu tekanan darah?
Tekanan darah merujuk kepada tekanan yang dikenakan oleh darah pada pembuluh arteri darah ketika darah di pam oleh jantung keseluruh anggota tubuh badan manusia.( Sumber : Wikipedia)
Tekanan darah ada tiga jenis iaitu tekanan darah normal, tekanan darah tinggi dan tekanan darah rendah.
Dalam entri kali ini saya nak kongsi tentang maksud bacaan tekanan darah. Rujuk gambar ini.
Boleh rujuk jadual di atas untuk mengetahui tekanan darah anda berada pada kadar normal atau tidak. Simptom-simptom untuk tekanan darah jadi rendah atau tinggi juga disertakan untuk rujukan anda semua :)
Dah pandai baca? Jom lepas ni boleh baca sekali dengan doktor dah.
Artikel yang menarik berkaitan dengan tekanan darah atau tekanan darah tinggi
Nak dapatkan tekanan darah yang cun? Tips :
1. Jaga pemakanan
2. Selalu bersenam
3. Minum air suam banyak
4. Kurangkan kolestrol
5. Lebihkan nutrien asas
6. Amalkan gaya hidup sihat ( no smoking, tidur cukup)
Nak tahu supplemen yang sesuai untuk tekanan darah rendah atau tinggi? Nanti saya share naaaa..tunggu! ;)
Sharing is caring..~ Spread the love!