Pages

Follow US

Our Video

Friday, October 10, 2014

BENCI ROKOK AKIBAT VIVIX!!

Amaran : Artikel ini boleh membantu pengusaha rokok atau penjual rokok boleh gulung tikar. Maaf ya, bukan untuk sabotaj mana-mana pihak tapi kesihatan mutlak adalah satu dakwah juga. Menyebarkan kebaikan adalah wajib. Perokok-perokok tegar sila baca dan sila sedar!!Kenali cara berhenti merokok dan explore tips-tips untuk berhenti merokok. Anda harus mulakan!

MUKADIMAH ( Artikel dari Utusan Malaysia )

MEROKOK merupakan satu tindakan yang melibatkan penyedutan asap hasil daripada pembakaran tembakau dalam rokok atau cerut.
Tembakau mengandungi bahan kimia seperti nikotina (sejenis dadah) dan tar.
Selepas beberapa percubaan merokok, badan akan mula membiasakan diri terhadap racun dan kesan ketagihan nikotina, yang akan menyumbang kepada terjadinya masalah kesihatan yang lebih serius.

Prevalens kanser paru-paru, kanser serviks dan jenis kanser yang lain, penyakit pernafasan seperti asma (penyakit lelah) dan bronkitis, penyakit jantung seperti serangan penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok dan aterosklerosis (pengerasan dan penyempitan arteri) adalah lebih tinggi di kalangan perokok berbanding bukan perokok. Asap rokok mengandungi radikal bebas dan kompaun lain yang menggalakkan proses pengoksidaan. Penyedutan paras radikal bebas yang terlampau tinggi dalam asap rokok akan menyebabkan masalah kesihatan yang memudaratkan. Radikal bebas ialah bahan yang sangat reaktif serta mampu menyebabkan kerosakan dan kematian sel.Kesan serangan radikal bebas telah dikaitkan dengan beberapa jenis penyakit misalnya aterosklerosis, kanser, penyakit Alzheimer, katarak, osteoartritis dan sistem pertahanan badan yang lemah.


Merokok juga dikaitkan dengan pengurangan bilangan dan pergerakan sperma serta peningkatan dalam kekerapan pembentukan sperma yang abnormal.
Kesan buruk ke atas kulit yang disebabkan oleh tabiat merokok termasuk masalah kulit kering dan pembentukan kedutan.
Rasa rengsa rokok atau cerut ke atas bibir dan lidah boleh menyebabkan kanser di bahagian ini di samping menjejaskan deria rasa, bau dan penglihatan.Individu yang tidak merokok tetapi berada dalam bilik yang sama dengan perokok juga akan mengalami kesan buruk daripada asap rokok.

Melindungi diri daripada radikal bebas

Nutrien seperti vitamin A (terutamanya beta-karotena dan karotenoid yang lain), vitamin C, E serta mineral zink dan selenium melindungi badan kita menerusi kesan antioksida mereka.
Beta-karotena berperanan untuk melindungi membran sel dan tisu lemak, membantu memperbaiki kerosakan yang disebabkan oleh bahan pencemar udara dan merangsang sistem pertahanan badan.
Merokok boleh mengurangkan vitamin C dalam badan lalu menyebabkan badan lebih rentan terhadap infeksi.
Vitamin C ialah antioksida yang kuat dan bertanggungjawab untuk memperkuatkan sistem pertahanan badan, mencegah penyakit jantung dan melindungi badan terhadap kesan merokok dan bahan pencemar udara.
Ia juga bertanggungjawab meningkatkan keberkesanan vitamin E sebagai antioksida.
Zink, salah satu komponen di kalangan 200 jenis enzim membantu merangsang fungsi pertahanan badan dan menggalakkan penyembuhan luka, meningkatkan fungsi organ deria, fungsi organ pembiakan dan kesihatan kulit.
Beberapa kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa kesan antikanser selenium membantu dalam pencegahan kanser salur pernafasan dan kanser salur gastrousus.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0418&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_03.htm#ixzz3FmvLQDtA
© Utusan Melayu (M) Bhd 


harga rokok


Ok dah baca? Panjang ye mukadimah dari Utusan. hehe. Apa yang saya nak sampaikan dalam entri kali ini adalah bagaimana kita hendak mengurangkan bilangan rokok sehari. Mustahil untuk berhenti sekaligus kerana ia boleh memudaratkan diri. Jadi, seorang customer yang sayang sangat dekat suaminya message saya untuk bantu suaminya berhenti merokok.

Nasihat saya pada beliau adalah ambil VIVIX sebagai bantuan, dan suaminya sendiri perlu ada inisiatif tinggi untuk berhenti merokok.

Customer : Kak, suami saya habis sekotak sehari selalunya. Dekat RM 400 juga dia belanja untuk rokok sebulan. Membazir dan merosakkan kesihatannya.

Saya  : Cuba lah, bagi VIVIX kat dia. Investment hampir sama dengan kos rokok dia sebulan. Tapi mind set dia kena make sure dia nak berhenti.

Customer : VIVIX tu apa? Macam mana boleh bantu kurang untuk merokok? Suami saya memang asyik sakit je ni, dia pun nekad nak berhenti

Saya : Alhamdulillah jika dah niat nak berhenti. VIVIX ni ada resveratrol dan antioksidan yang sangat tinggi. Boleh membantu melawan radikal bebas akibat nikotin. Ia juga boleh membantu baiki sel-sel yang rosak akibat merokok. 

Customer tu dah bagi VIVIX kat suaminya dan apa yang menggembirakan saya, lepas seminggu beliau call saya dan beritahu suaminya dah 2 hari tak hisap rokok langsung. Mula-mula tu ada jugak lah 3 batang, lepas tu reduce dan reduce. ALHAMDULILLAH!!!

Kepada perokok-perokok tegar di luar sana, ayuh elakkan lah benda HARAM ini. Jom sama-sama bantu memberi sokongan moral pada perokok-perokok yang ingin berhenti merokok!!







Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

© REHAN'S WARDROBE | Template Designed By MH