Pages

Follow US

Our Video

Monday, October 27, 2014

PANTANG LARANG SEMASA BERPANTANG!!

Salam semua, tajuk best hari ini adalah tentang pengalaman berpantang dan apa pantang larang semasa berpantang..hihi...tergeliat lidah nak menyebut berkali-kali. Pengalaman berpantang saya memang sangat best sebab saya ada set pantang shaklee yang sangat membantu. Namun, tidak dinafikan, betapa banyak supplemen atau jamu yang anda makan, anda perlu juga jaga kesihatan anda secara dalaman sebab melahirkan anak adalah suatu proses yang sangat besar dan berlakunya pemindahan hormon.

Kalau tak jaga badan betul-betul masa pantang, memang senang rasa sakit badan di kemudian hari. Macam saya, kadang-kadang langgar juga pantang..hihi...jangan ikut saya naaa...

Antara tips-tips yang perlu di ambil kira :

1. Jangan minum air ais atau apa-apa makanan yang sejuk. Macam saya kalau buah pun saya akan makan lepas masukkan dalam air. Bagi hilang sejuk

2. Kalau mandi kepala, kena keringkan betul-betul supaya tak selesema atau pening kepala.

3. Banyakkan makan nasi dan air serta makanan yang berkhasiat untuk meningkatkan susu ibu. Elakkan makanan yang bergoreng. Cuba banyakkan resipi bakar dan kukus atau rebus.

4. Banyakkan berehat, Pastikan anda tidur semasa baby tidur untuk mendapatkan rehat yang maksima. Kalau ada anak lebih dari satu, cuba juga untuk berehat semaksima yang mungkin

5. Sentiasa jaga jahitan. Elakkan jalan laju untuk bersalin normal. Jangan naik tangga untuk 2 bulan yang pertama. Rahim mungkin akan terjejas. Bagi yang bersalin secara czer atau epidural anda juga perlukan rehat yang sangat banyak kerana anda boleh cepat lenguh di kemudian hari.

6. Jangan muram sentiasa atau terlalu stress dengan keadaan sekeliling.


Tu serba sedikit tips saya lah..anda macam mana???












Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

© REHAN'S WARDROBE | Template Designed By MH