Garlic bread memang favourite saya dari dulu lagi. Hari ni terjah cuba sendiri roti bawang putih a.k.a garlic bread ni.
Memang senang. Simple. 10 minit dah boleh siap. Kalau dulu memang saya ingat susah juga nak buat tu. Tapi dah cuba baru tahu. ;)
Jom tengok gambar!
Blend separa halus bawang putih |
Tada! Sudah blend halus |
Gaul marjerin/ butter dengan bawang putih yang dah di kisar |
Sudah mix together. Boleh simpan di peti sejuk untuk 4-5 hari. |
Garlic bread yang dah siap. Pakai roti biasa je. Sapu depan dan belakang |
Memang simple kan garlic bread ni. Makan cicah dengan mushroom sup memang sedap lagi-lagi kalau waktu sejuk. Menu paling ringkas dan mudah! Saya tak campur parsley sebab tak berapa minat dan masa tu guna barang yang ada sahaja. hehe!
Tahukah anda GARLIC sangat bagus untuk kesihatan? Banyak khasiat bawang putih yang diceritakan antaranya adalah menurunkan paras kolestrol dan darah tinggi, sebagai antifungal dan antibiotik semulajadi, melancarkan peredaran darah dan meningkatkan sistem imun manusia.
Artikel menarik tentang GARLIC : http://www.dailymail.co.uk/news/article-2420421/Garlic-lower-blood-pressure-10---tablet-form.html
Mencari tablet garlic yang sesuai? Klik GARLIC SHAKLEE