Pages

Follow US

Our Video

Wednesday, November 12, 2014

Susu meningkat dengan power pumping yang konsisten!

Salam..dah lama tak bercerita tentang dunia penyusuan kan...alhamdulillah sy dah lebih setahun menyusukan anak kedua saya. Susu pun alhamdulillah boleh dapat 13 -15 oz sehari. Based on dia minum tu, selalu 12 oz je, so so far supply more than demand.

Kami di ofis ni pun ada geng mengepam..best sebab masing2 cerita dan kongsi info..memang tak sempat nak rasa bosan nak pam tu. Lagi2 double pumping...10-15 minit dah siap...

So alkisahnya begini..ada junior yang baru abis pantang tak pernah pun sy nampak dia mengepam. So saja la tegur..dia cerita susu dia banyak lagi dalam freezer..sebab dia banyak pam masa pantang.
Then saya cakap..lama2 nanti tak boleh depends da dengan susu tu sebab supply makin kurang.
2 hingga 3 hari jugak la saya brainwash dia..haha..sy cakap rugi ada susu tapi anak dia tak dapat. Then dia realize. Saya cerita tentang power pumping. Dia tanya saya camne? Saya bagi link power pumping pada die yg memang dah ada dalam blog saya

Dan lepas few days..hari ini die kejar saya dan happynya berkata susu dia dah up semula..dia cakap terima kasih banyak2.
Happy dengar. Sejujurnya..sukar sy ungkapkan perasaan gembira itu kerana berjaya boost motivation seseorang untuk meneruskan penyusuan susu ibu. Kini dia bersama2 saya mengepam di surau...heeee..
Alhamdulillah...
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

© REHAN'S WARDROBE | Template Designed By MH