Salam semua...harini mood nak share resipi semasa pantang pulak. Pantang ni paling best kalau masakan tu kena dengan tekak baru bersalin ni..jom intai menu favourite saya semasa pantang
SUP AYAM KAMPUNG
Bahan2 :
1 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih tumbuk kasar
Bwg putih+halia blend 1 sudu
Serbuk lada hitam ( 1 sudu kecil)
Serbuk jintan putih( 1 sudu kecil)
Serbuk cili merah ( sedikit sahaja)
Daun sup
Ayam untuk 4 orang makan ( tapi ni seorang yang makan la sebab nak makan banyak masa pantang ni )
Cara2 ;
Tumis bawang dan bawang putih. Masukkan ayam dan halia+bawang putih yang sudah diblend. Masukkan semua rempah. Gaul rata. Agak2 rempah dah masak, masukkan air secukupnya dan biar ayam empuk dan mendidih.

IKAN BAKAR LEMBUT
Ikan tenggiri di rebus separa dahulu. Kemudian di perap dengan serbuk kunyit, serbuk jintan putih dan serbuk lada hitam. Bakar hingga masak garing kekuningan.
Banyak lagi favourite menu saya tapi yang dua ni memang top favourite la..hehe..jom share korang punye menu plak...:)