Pages

Follow US

Our Video

Friday, September 21, 2012

Kaedah Penyimpanan EBM(Expressed Breast Milk)


Yang ini untuk ibu-ibu baru yang masih ragu-ragu tentang penyimpanan EBM. Macam saya dulu juga, tak tahu apa itu EBM, macam mana nak simpan, pam pun tak reti. Why i can come far until 8 months in breastfeeding? Because the knowledge itself. Bukan semua kena disuap, tapi kena pandai cari sendiri juga baru lekat dalam minda . So jom baca sedikit tips dari saya :


TEMPAT SIMPANAN
JENIS KEADAAN
TEMPOH

Suhu bilik (25-37 C)
Susu perahan yang baru
diperah
3-4 jam
Bilik berhawa dingin
(15-25 C) *
Susu perahan yang baru
diperah
6-7 jam
Peti sejuk 2 pintu
(pintu bawah)
Susu di sejukkan
(tidak beku)
3-5 hari(boleh dibekukan selepas 5 hari
Peti sejuk 1 pintu
(bahagian sejuk)
Susu disejukkan
(tidak beku)
3-5 hari(boleh dibekukan selepas 5 hari
Bahagian beku : 2 minggu
Peti sejuk 2 pintu
(bahagian sejuk beku)
Susu dibekukan
3 bulan
Deep freezer

Susu beku
5-6 bulan


Table ni saya create sendiri. Kalau tak paham, boleh comment or tanya saya terus. Ingat susu perahan perlu di preserve. Sebab kualiti kena jaga. Memang takkan sama as from breast itself, tapi, this is least we can do instead of giving formula milk.

Dimana nak simpan susu perahan?
Didalam bekas BPA free,bekas dadih ( 3 kali guna sahaja) atau plastik recycle bags. Boleh google tentang storage bottle for EBM atau storage bottle for EBM. Dah banyak jenama dalam pasaran. Ini salah satu contohnya :




Kalau nak jimat, guna storage bottle for daily use dan storage bags for stock. Macam tulah saya buat. So tak perlu beli storage bottle banyak2. dan jimat space jugak..


Sumber dari KIM : Kan kemas tu..


Macam saya guna plastik You Have a Baby ( YHAB). Murah sikit, saya beli sealer plastik dan seal. Plastik ni murah sebab tak ade zipper lock. Bagi saya, selagi saya boleh jimat, saya akan jimat. :) Thats me. Yang penting kualiti terjaga. Kalau dulu saya guna plastik aiskrim which i wont encourage. Dulu tak ada ilmu boleh la buat macam tu,. siapa yang dah tahu ambillah cara yang mudah dan terjamin ye..

Apa lagi perlu untuk buat stok? Kena letak tarikh, kuantiti susu dan susu ikut tarikh ye. First In, First Out.

Okay..nanti kita sambung lagi untuk gadjets pengepaman.



 Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

© REHAN'S WARDROBE | Template Designed By MH