Pages

Follow US

Our Video

Tuesday, September 18, 2012

Kurus yang sihat

Kurus adalah sinonim dengan wanita. Terutamanya selepas melahirkan anak. Macam-macam cara yang ingin dicuba oleh setiap wanita kalau ingin kurus.

Kalau ikut pengalaman saya, kurus itu tidak akan datang bergolek. Bukan tup-tup dah jadi kurus. Bukan hari ini dah cuba nak kurus esok dah kurus. A BIG NO! Cuma untuk sesetengah individu, mereka mudah kurus., bergantung kepada metabolisme mereka.

Nak tahu macam mana saya kurus?

Jom kita tengok aliran carta berat saya :

Sebelum mengandung : 57 kg
Hujung kehamilan       : 69 kg
Selepas melahirkan     : 67 kg ( turun 2 kg sahaja!)

Saya gelisah, tapi tak sempat nak fikir apa-apa sebab tengah layan anak yang baru lahir. Lepas 40 hari berat turun 65 kg. Agak lambat berat saya turun. Mungkin tak cukup bakar kalori yang saya ambil. Masa pantang memang makan banyak.

Dan selepas 7 bulan akhirnya saya kembali kepada berat asal saya. Bagaimana?

BREASTFEEDING

So ibu-ibu yang ingin kurus dan cantik molek, susukan anak ya, jangan malas-malas. Turun naik berat semasa penyusuan pun bergantung kepada individu. Makan perlu jaga, jangan nak hentam semua dengan alasan BREASTFEEDING. 

Satu lagi yang membantu saya shape up...ini dia :

Pemecah lemak
Credit to : Mamafaiz aka Chery
 
Kepentingan Lecithin :
Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.

Kandungan Lecithin :
  • Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .
  • Kolin – satu komponen neurotransmitter.
  • Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf.
  • Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan.
Kegunaan Lecithin :

PALING UTAMA
  • Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
  • Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
  • Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
  • Membantu kawal paras triglycerides.
  • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
  • Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.
PENTING UNTUK FUNGSI OTAK
  • Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb.
  • Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecithin.
  • Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.
UNTUK KAUM TUA
  • Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua.
  • Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb.
UNTUK PENGHADAMAN
  • Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman
UNTUK SEL
  • Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel.
  • Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita
UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)
  • Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.
Tapi pastikan anda mengambil Lecitin selepas heavy meal(lunch/dinner)..bukan sebelum makan lunch/dinner yer ..kerana .pengambilan vitamin sebelum makan akan meningkatkan enzim metabolik... dimana anda akan cepat berasa lapar.... ..:-)
 
 


Berminat? Hubungi Rehana 0122319979 atau PM saya di www.facebook.com/Rehanswardrobe
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

© REHAN'S WARDROBE | Template Designed By MH